05/10/2026
Alhamdulillah, sekali lagi berkesempatan mengadakan mesyuarat dan melawat tapak Masjid Baharu Al-Mardhiah, Kg. Sungai Itek, Gopeng untuk kali yang ke-24.
Kerja-kerja pembinaan masih berjalan seperti yang dirancang. Ketika ini, pihak kontraktor sedang menjalankan proses pemasangan siling, longkang dan kerja-kerja mengecat.
Semoga segala urusan pembinaan masjid ini terus dipermudahkan dan berjalan lancar sehingga selesai sepenuhnya, agar tidak lama lagi dapat digunakan oleh seluruh masyarakat Kg. Sungai Itek untuk beribadah dan mengimarahkan rumah Allah ini.
Sama-sama kita doakan semoga Masjid Al-Mardhiah ini siap dengan sempurna dan menjadi tempat yang penuh keberkatan buat kita semua.
Semoga dipermudahkan segala urusan hendak-Nya.
Amin Ya Rabbal ‘Alamin.
Ikuti Media:
Page FB: Datuk Hang Tuah Din
FB Personal: Hang Tuah Din
IG:
Tiktok:
Twitter: