Pusat Maklumat Rakyat PPD Kinta

Call Directions Website Contact the organization

Pusat Maklumat Rakyat PPD Kinta � MISI

Menterjemah dan memasarkan dasar dan agenda negara supaya difahami, disokong, dihayati dan dibudayakan oleh seluruh rakyat melalui program penerangan.

PROGRAM JIWA@KOMUNITI MADANI SEMBANG SANTAI BUNTONG B / INFO ON WHEELS (IOW) PEJABAT PENERANGAN DAERAH KINTATARIKH : 1 O...
02/10/2026

PROGRAM JIWA@KOMUNITI MADANI SEMBANG SANTAI BUNTONG B / INFO ON WHEELS (IOW) PEJABAT PENERANGAN DAERAH KINTA

TARIKH : 1 OKTOBER 2026 (KHAMIS)

PARLIMEN : P. 065 IPOH BARAT | DUN : N30 BUNTONG

Lokasi :
1. PUSAT KHIDMAT ADUN BUNTONG, IPOH

Edaran Bahan Penerbitan :
1. BULI Ambil Tindakan Segera
2. ⁠Jangan Jadi Mangsa Penipuan (SCAMMER)
3. ⁠Ganti Jalur Gemilang Lusuh!
4. ⁠Kempen Internet Selamat.





29/09/2026

Orang ramai diingatkan agar tidak terpedaya dengan pihak yang mengenakan bayaran bagi pendaftaran program Ubat Melalui Pos (UMP) menerusi saluran tidak rasmi. 💊📱

Pendaftaran program berkenaan hanya dilaksanakan secara percuma melalui fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 📝🚑




29/09/2026

Menerusi kerjasama strategik Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kos penghantaran ubat susulan bagi pesakit yang layak akan ditanggung sepenuhnya selama setahun mulai 1 Oktober 2026. 💊📦

Dengan anggaran kos RM5 juta, inisiatif Ubat Melalui Pos (UMP) dijangka memanfaatkan 87,000 pesakit setiap bulan di seluruh negara tanpa perlu hadir ke fasiliti kesihatan. 🏥🚚




29/09/2026

[HEBAHAN] LTdL 2026: PENUTUPAN LALUAN PERINGKAT KEEMPAT

Sempena Kejohanan Lumba Basikal Antarabangsa Le Tour de Langkawi (LTdL) 2026, penutupan jalan akan dilaksanakan bagi peringkat keempat bermula di negeri Perak dan berakhir di Pahang esok, 30 September 2026.

Bagi memastikan keselamatan dan kelancaran perjalanan yang dirancang, orang ramai dinasihatkan untuk mematuhi arahan pegawai bertugas dan menggunakan laluan alternatif yang disediakan bagi melancarkan pergerakan semasa kejohanan berlangsung.

Sumber: Sekretariat Le Tour de Langkawi 2026 dan Majlis Sukan Negara Malaysia

PROGRAM JIWA@KOMUNITI MADANI SEMBANG SANTAI BUNTONG C / INFO ON WHEELS (IOW) PEJABAT PENERANGAN DAERAH KINTATARIKH : 29 ...
29/09/2026

PROGRAM JIWA@KOMUNITI MADANI SEMBANG SANTAI BUNTONG C / INFO ON WHEELS (IOW) PEJABAT PENERANGAN DAERAH KINTA

TARIKH : 29 SEPTEMBER 2026 (SELASA)

PARLIMEN : P. 065 IPOH BARAT | DUN : N29 KEPAYANG

Lokasi :
1. IPOH PICKLEBALL FUN CLUB

Naratif :⁠
1. ⁠Ubat Minum Dalam Pek Unit Dos (UDOKU)

Edaran Bahan Penerbitan :
1. BULI Ambil Tindakan Segera
2. ⁠Jangan Jadi Mangsa Penipuan (SCAMMER)
3. ⁠Ganti Jalur Gemilang Lusuh!
4. ⁠Kempen Internet Selamat.





29/09/2026

Pelarasan gaji minimum perlu menyeimbangkan kesejahteraan pekerja dengan kelangsungan majikan, khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang mungkin menghadapi implikasi kos sekiranya kadar gaji minimum dinaikkan. 👷‍♂️⚖️




28/09/2026

Pendedahan berterusan kepada jerebu boleh menjejaskan kesihatan, antaranya batuk, mata pedih dan berair, hidung berair, kulit gatal serta kesukaran bernafas. 🌫

Kenali gejalanya dan peka terhadap kesan jerebu pada kesihatan. 🩺




28/09/2026

MADANI Bekerja sepanjang 21 hingga 27 September 2026 merangkumi pelbagai usaha Kerajaan MADANI dalam memperkukuh ekonomi, melindungi rakyat serta meningkatkan kesejahteraan masyarakat. 🇲🇾✨

Antara tumpuan utama ialah rangka kerja pelesenan platform e-dagang, TVET, kerjasama strategik bersama China, belanjawan 2027, memperkukuh agenda Bumiputera, memastikan gaji yang adil, meningkatkan kesejahteraan komuniti dan perkhidmatan kesihatan.

Ikuti MADANI Bekerja untuk sorotan tindakan kerajaan sepanjang minggu ini. 📲




28/09/2026

Salam takziah kepada keluarga Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah binti Haji Mohamad Ali, isteri kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang telah kembali ke rahmatullah pada 28 September 2026 bersamaan 16 Rabiulakhir 1448H.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.

Address

Aras 3, Blok B , Bangunan Persekutuan, Greentown
Ipoh
30300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+6052545097

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Maklumat Rakyat PPD Kinta posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pusat Maklumat Rakyat PPD Kinta:

Shortcuts

Share