Tourism Perak

Call Directions Website Contact the organization

Tourism Perak Promising Perak – a destination where natural beauty, rich heritage, and endless adventures await. Perak will surprise you! A truly World of Wonders!
(211)

Where nature, culture, delicious food and warm people will take you through a journey to ancient caves, pristine beaches and international heritage. Perak is waiting for you and your family. Official Page: Tourism Authority of Perak - Malaysia

🌿 Bayangkan membuka mata pada waktu pagi dengan pemandangan Sungai Perak dari sebuah hotel di tengah Bandar Diraja.Hotel...
22/10/2026

🌿 Bayangkan membuka mata pada waktu pagi dengan pemandangan Sungai Perak dari sebuah hotel di tengah Bandar Diraja.

Hotel Casuarina @ Kuala Kangsar menggabungkan suasana bandar bersejarah dengan penginapan bergaya kolonial, menjadikannya salah satu pilihan penginapan bagi mereka yang ingin meneroka Kuala Kangsar.

πŸ”Ή Gaya Kolonial Moden – Bangunannya menggabungkan seni bina bergaya kolonial dengan sentuhan moden English yang menjadi identiti hotel.

πŸ”Ή Menghadap Sungai Perak – Kedudukannya berhampiran Sungai Perak memberikan suasana yang tenang serta pemandangan sungai dari beberapa bilik dan suite.

πŸ”Ή Suite Dengan Balkoni – Suite hotel mempunyai ruang tamu yang luas serta balkoni yang membolehkan tetamu menikmati pemandangan Sungai Perak.

πŸ”Ή Dekat Dengan Warisan Diraja – Lokasinya di Jalan Bukit Kerajaan memudahkan pengunjung meneroka Bukit Chandan dan pelbagai tarikan sejarah sekitar Kuala Kangsar.

Selepas seharian meneroka bandar diraja, nikmati suasana yang lebih tenang di tebing Sungai Perak bersama penginapan yang selesa.

πŸ“ Jalan Bukit Kerajaan, Kuala Kangsar, Perak

PENILAIAN SEMULA LEMBAH KINTA SEBAGAI GEOPARK KEBANGSAAN KALI KE-2 | 19–22 OKTOBER 2026Lembah Kinta terus komited dalam ...
22/10/2026

PENILAIAN SEMULA LEMBAH KINTA SEBAGAI GEOPARK KEBANGSAAN KALI KE-2 | 19–22 OKTOBER 2026

Lembah Kinta terus komited dalam usaha memelihara dan memartabatkan khazanah geologi, biodiversiti serta warisan budaya negeri Perak menerusi Misi Penilaian Semula Lembah Kinta sebagai Geopark Kebangsaan Kali Ke-2 yang berlangsung pada 19 hingga 22 Oktober 2026.

Sepanjang misi ini, panel penilaian telah mengadakan lawatan, sesi taklimat dan aktiviti di beberapa lokasi utama yang mencerminkan keunikan Geopark Lembah Kinta, merangkumi warisan geologi, biodiversiti, budaya, pendidikan serta penglibatan komuniti setempat.

Misi ini menjadi platform penting untuk menilai pencapaian, memperkukuh kerjasama strategik dan mengenal pasti ruang penambahbaikan bagi memastikan kelestarian Geopark Lembah Kinta terus terpelihara serta berpotensi untuk berkembang sebagai destinasi geopelancongan yang berdaya saing.

Program diakhiri dengan Majlis Penutup yang disempurnakan oleh YB Loh Sze Yee, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pelaburan, Industri dan Pembangunan Koridor Negeri Perak. Semoga usaha ini terus memperkukuh kedudukan Lembah Kinta sebagai kebanggaan negeri Perak serta memelihara khazanah semula jadi dan warisan budaya untuk generasi akan datang.

21/10/2026
ππˆπŠπŒπ€π“πˆ ππ„ππ†π€π‹π€πŒπ€π π†πŽπ‹π… πƒπˆ π‘πŽπ˜π€π‹ ππ„π‘π€πŠ π†πŽπ‹π… 𝐂𝐋𝐔𝐁!  🌿Jadikan percutian anda di Perak lebih istimewa dengan pelbagai pakej...
21/10/2026

ππˆπŠπŒπ€π“πˆ ππ„ππ†π€π‹π€πŒπ€π π†πŽπ‹π… πƒπˆ π‘πŽπ˜π€π‹ ππ„π‘π€πŠ π†πŽπ‹π… 𝐂𝐋𝐔𝐁! 🌿

Jadikan percutian anda di Perak lebih istimewa dengan pelbagai pakej golf menarik di Royal Perak Golf Club (RPGC), Ipoh. Sama ada bermain bersama rakan, menikmati masa berkualiti bersama keluarga atau merancang percutian golf lengkap dengan penginapan, RPGC menawarkan pilihan pakej yang sesuai untuk pengalaman rekreasi yang berbeza.

Antara promosi yang ditawarkan:
β›³ Senior Golfer Promo & Civic Heroes Golf Promo – Bermula RM170+ seorang.
β›³ Group Golf Package – RM220 seorang pada hari bekerja dan RM270 seorang pada hujung minggu.
β›³ Monday Swing Mode – Bermula RM130+ seorang.
β›³ Sunday Swing & Save – Bermula RM150+ seorang.
🏨 Stay & Play Package – Pakej penginapan dan golf untuk dua orang, bermula RM450+ pada hari bekerja dan RM580+ pada hujung minggu serta cuti umum.

Rancang percutian golf anda dan nikmati gabungan sukan, rekreasi serta penginapan dalam suasana hijau yang menenangkan di Ipoh. Untuk tempahan dan maklumat lanjut, hubungi Royal Perak Golf Club di 05-547 3266 atau RPGC Garden Hotel di 05-547 3299.

Tertakluk pada terma dan syarat.





πŸš΄β€β™‚οΈ JANAMANJUNG FELLOWSHIP RIDE 2026 (JMFR 2026)Peminat sukan berbasikal, ayuh meriahkan Janamanjung Fellowship Ride 20...
21/10/2026

πŸš΄β€β™‚οΈ JANAMANJUNG FELLOWSHIP RIDE 2026 (JMFR 2026)

Peminat sukan berbasikal, ayuh meriahkan Janamanjung Fellowship Ride 2026 yang bakal berlangsung di Teluk Batik, Lumut, Perak pada 6 Disember 2026 (Ahad)!

Nikmati pengalaman kayuhan yang menyeronokkan sambil mengeratkan silaturahim dan mengamalkan gaya hidup sihat dalam suasana indah di bumi Perak.

πŸ“… Tarikh: 6 Disember 2026 (Ahad)
⏰ Masa: 7.30 pagi hingga 2.00 petang
πŸ“ Lokasi: Teluk Batik, Lumut, Perak

Pendaftaran kini dibuka! Daftar segera menerusi laman web rasmi di https://jmfr.com.my

Jom sertai JMFR 2026 dan rasai kemeriahan kayuhan bersama!

πŸ•Œ Di sebalik kubah emas Masjid Ubudiah, tersimpan sebuah kisah tentang nazar seorang Sultan dan dua ekor gajah.Terletak ...
20/10/2026

πŸ•Œ Di sebalik kubah emas Masjid Ubudiah, tersimpan sebuah kisah tentang nazar seorang Sultan dan dua ekor gajah.

Terletak di Bukit Chandan, Masjid Ubudiah merupakan antara mercu tanda paling dikenali di Kuala Kangsar dan mempunyai hubungan rapat dengan sejarah Kesultanan Perak.

πŸ”Ή Dibina Kerana Nazar – Sultan Idris Murshidul Azam Shah menitahkan pembinaannya selepas bernazar ketika baginda gering.

πŸ”Ή Batu Asas Pada 1913 – Batu asas masjid diletakkan pada 26 September 1913, namun pembinaannya mengalami beberapa kelewatan.

πŸ”Ή Kisah Dua Ekor Gajah – Pembinaan pernah terganggu apabila marmar yang disimpan untuk masjid rosak selepas dipijak oleh dua ekor gajah milik Sultan Idris dan Raja Chulan.

πŸ”Ή Reka Bentuk Yang Tersendiri – Direka oleh arkitek kerajaan Arthur Benison Hubback, masjid ini terkenal dengan kubah keemasan, menara dan penggunaan marmar dari Itali.

Masjid Ubudiah bukan sahaja menjadi tempat ibadah, malah menjadi sebahagian daripada landskap diraja dan sejarah seni bina Kuala Kangsar yang terus dikenali sehingga hari ini.

πŸ“ Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ ππ„π‹π€ππ‚πŽππ†π€π 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 β€œπ‰π„π‹π€π‰π€π‡ πŠπ”π€π‹π€ 𝐒𝐄𝐏𝐄𝐓𝐀𝐍𝐆”17–18 Oktober 2026Kuala Sepetang, TaipingSeramai 19 pelajar Kolej Ko...
19/10/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ ππ„π‹π€ππ‚πŽππ†π€π 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 β€œπ‰π„π‹π€π‰π€π‡ πŠπ”π€π‹π€ 𝐒𝐄𝐏𝐄𝐓𝐀𝐍𝐆”
17–18 Oktober 2026
Kuala Sepetang, Taiping

Seramai 19 pelajar Kolej Komuniti Sungai Siput menyertai program anjuran Tourism Perak ini bagi meneroka warisan, sejarah dan ekopelancongan Perak. Antara lokasi yang dikunjungi ialah Matang Mangrove Eco-Educational Centre, Kilang Arang, Kuala Sepetang Heritage Trail, Stesen KTM Pertama Tanah Melayu, Muzium Matang, River Cruise Kuala Sepetang–Kuala Gula, Dolphin Tour dan Kilang Kopi Antong.

Menerusi pendekatan educational tourism (edu-tourism), program ini memberi pengalaman pembelajaran secara langsung, memupuk kecintaan terhadap negeri serta melahirkan Duta Kecil Pelancongan Perak yang mampu mempromosikan keunikan destinasi tempatan.

Program diakhiri dengan Majlis Perasmian Penutup di Kilang Kopi Antong, disempurnakan oleh Dato’ Mohamad Kamil bin Dato’ Shafie, Pengerusi Lembaga Pengarah Tourism Perak. Turut hadir, TPr. Syahrulnizam bin Baharom, Pengarah Perancang & Pembangunan Bandar Majlis Perbandaran Taiping, dan Puan Kholijah binti Abdul Majid, Penolong Pegawai Tadbir Tinggi MOTAC.





GEMA WARISAN, NADI GENERASIBerakhir sudah Program Rakan Ekspresi: Gema Warisan Rakan Muda X Himpunan Mahabbah Pendekar N...
18/10/2026

GEMA WARISAN, NADI GENERASI

Berakhir sudah Program Rakan Ekspresi: Gema Warisan Rakan Muda X Himpunan Mahabbah Pendekar Negeri Perak 2026 yang berlangsung pada 17 dan 18 Oktober di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak, Ipoh, anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak.

Menghimpunkan hampir 1,000 peserta dan pengunjung, program ini menyemarakkan warisan budaya menerusi pelbagai aktiviti menarik termasuk persembahan seni kebudayaan, pertandingan busana tradisional, seni persilatan, bengkel pantun, demonstrasi tenunan tekad, pembuatan labu sayong dan batik clay.

Tourism Perak turut berbangga menjadi rakan kerjasama menerusi penyertaan dalam pameran pelancongan bagi memperkenalkan kepelbagaian destinasi dan tarikan pelancongan negeri, sekali gus menyokong usaha memartabatkan warisan budaya sebagai sebahagian daripada daya tarikan pelancongan Perak.

Suara Tradisi, Nadi Generasi. Semoga usaha memelihara warisan bangsa terus mekar dan diwarisi oleh generasi akan datang.

GEMA WARISAN X RAKAN MUDA X MAHABBAH PENDEKAR17 Oktober 2026 Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak, IpohDari seni persil...
17/10/2026

GEMA WARISAN X RAKAN MUDA X MAHABBAH PENDEKAR
17 Oktober 2026
Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak, Ipoh

Dari seni persilatan hingga keindahan busana tradisional, warisan budaya terus hidup apabila generasi muda diberi ruang untuk mengenali dan menghayatinya.

Program Gema Warisan X Rakan Muda X Mahabbah Pendekar anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak menghimpunkan pelbagai aktiviti berteraskan seni dan tradisi, termasuk persembahan wajadiri, pertandingan pakaian tradisional, keris cantik, bedah pantun serta demonstrasi pembuatan labu sayong dan tenunan tekad.

Tourism Perak turut membuka reruai pameran bagi memperkenalkan kepelbagaian destinasi dan tarikan pelancongan negeri kepada para pengunjung.

Belum sempat datang? Masih ada sehari lagi! Program bersambung esok, 18 Oktober 2026, dengan pelbagai aktiviti menarik seperti bengkel melipat tengkolok, senam seni, himpunan silat, pembuatan labu sayong serta Jualan Rahmah. Inilah peluang untuk seisi keluarga mengenali warisan tradisional sambil menikmati pelbagai pengisian yang disediakan.

Jom kome, ajak keluarga dan rakan-rakan datang memeriahkan hari terakhir program esok di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak!



PROGRAM MADANI KITA @ KEPAYANG 202617 Oktober 2026Dewan Greentown, IpohTourism Perak berkesempatan menyertai Program MAD...
17/10/2026

PROGRAM MADANI KITA @ KEPAYANG 2026
17 Oktober 2026
Dewan Greentown, Ipoh

Tourism Perak berkesempatan menyertai Program MADANI Kita @ Kepayang 2026 dengan membuka salah satu reruai pameran di Dewan Greentown, Ipoh. Program yang bertemakan β€œMemaknai Harapan Rakyat” ini telah dirasmikan oleh YB Encik Mohd Azlan Helmi bin Helmi, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Negeri Perak.

Program ini menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan bagi mendekatkan perkhidmatan kepada masyarakat, selain menyediakan pelbagai aktiviti dan inisiatif yang memberi manfaat kepada komuniti setempat.

Turut memeriahkan reruai Tourism Perak ialah Cikgu Hamidah Suratman dari Empayar Gua Batik yang membawakan aktiviti mewarna batik untuk pengunjung, serta penyertaan Gopeng Glamping Park yang memperkenalkan tarikan pelancongan kepada orang ramai.

Semoga penyertaan ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepelbagaian tarikan pelancongan Perak dan menggalakkan lebih ramai orang meneroka keunikan negeri ini.



Address

Ipoh

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6052499966

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tourism Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Tourism Perak:

Share