17/09/2026
๐๐ถ๐พ๐ฎ' ๐๐ถ๐ธ๐ฟ๐ถ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐๐ณ๐๐ฎ๐ฟ ๐๐ฎ๐บ๐ฎ'๐ถ๐ฒ ๐ญ๐ฎ๐ ๐ฃ๐๐ฆ ๐๐ฎ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐๐ฝ๐ผ๐ต ๐ง๐ถ๐บ๐๐ฟ ๐ฆ๐ฒ๐ฝ๐๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฒ๐ฟ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
IPOH, 17 September - Alhamdulillah, Lajnah Tarbiah PAS Kawasan Ipoh Timur dan tuan rumah, PAS Cawangan Taman Shatin telah berjaya menganjurkan Liqa Fikri atau Daurah, Iftar Jama'ie 12K bulanan malam tadi yang dihadiri seramai 45 ahli-ahli PAS Kawasan.
Tadabbur ayat 1-10 Surah Hud dan Tazkirah bertajuk: Penyucian Harta dan Jiwa Melalui Sedekah, telah disampaikan oleh Ketua Dewan Pemuda merangkap Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Ipoh Timur, Ustaz Hanafi Roshan.
Manakala Pembentangan bertajuk; Jihad dengan Harta, telah disampaikan oleh naqib jemputan iaitu YB Bendahari Badan Perhubungan PAS Negeri Perak YB Tuan Haji Rosli Abd Rahman.