Balai Polis Pekan Baru Ipoh Perak

Call Directions Contact the organization

Balai Polis Pekan Baru Ipoh Perak New Town Cops

25/09/2026
LAWATAN RASMI KETUA POLIS DAERAH IPOH KE BALAI POLIS PEKAN BARU03 Ogos 2026 | Balai Polis Pekan Baru, IpohBalai Polis Pe...
03/08/2026

LAWATAN RASMI KETUA POLIS DAERAH IPOH KE BALAI POLIS PEKAN BARU

03 Ogos 2026 | Balai Polis Pekan Baru, Ipoh

Balai Polis Pekan Baru telah menerima lawatan rasmi daripada ACP Muhammad Najib bin Hamzah, Ketua Polis Daerah Ipoh.

Lawatan dimulakan dengan taklimat oleh Ketua Balai Polis Pekan Baru sebelum diteruskan dengan amanat dan nasihat daripada YDH Tuan KPD kepada seluruh anggota. Dalam amanat tersebut, beliau menekankan kepentingan melaksanakan tugas dengan penuh amanah, berintegriti dan profesional, khususnya kepada anggota yang bertugas di lapangan. Penekanan turut diberikan kepada penyelia dan anggota sektor balai agar sentiasa meningkatkan tahap penyeliaan serta penyampaian perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Program diakhiri dengan sesi bergambar bersama anggota Balai Polis Pekan Baru sebagai tanda penghargaan dan sokongan terhadap komitmen warga balai dalam melaksanakan tanggungjawab menjaga keselamatan serta ketenteraman awam.

Semoga segala amanat dan nasihat yang disampaikan menjadi panduan dalam memperkasakan mutu penyampaian perkhidmatan Polis Diraja Malaysia kepada masyarakat.

08/07/2026

.town.cops 6 Followers, 1 Following, 0 Likes - Watch awesome short videos created by NEW TOWN COPS

PROGRAM TALK TO US / HIGH PROFILE POLICING (HPP) PERINGKAT BALAI8 Julai 2026 - Balai Polis Pekan Bharu telah melaksanaka...
08/07/2026

PROGRAM TALK TO US / HIGH PROFILE POLICING (HPP) PERINGKAT BALAI

8 Julai 2026 - Balai Polis Pekan Bharu telah melaksanakan Program Talk To Us / High Profile Policing (HPP) bersama para peniaga di sekitar kawasan Pekan Bharu, Ipoh.

Program ini bertujuan mengeratkan hubungan antara PDRM dan masyarakat selaras dengan slogan "Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada", di samping meningkatkan kehadiran polis yang dapat dilihat serta dirasai oleh orang ramai.

Sepanjang program, anggota turut memberi nasihat serta berkongsi maklumat berkaitan pencegahan jenayah seperti penipuan dalam talian (scammer), kes kecurian, pecah rumah dan jenayah-jenayah lain. Orang ramai juga digalakkan untuk mendaftar aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) serta menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah kepada pihak polis.

Terima kasih kepada semua peniaga dan masyarakat yang memberikan kerjasama sepanjang program berlangsung. Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkukuhkan demi mewujudkan persekitaran yang lebih selamat dan harmoni.




TANGKAPAN KES KECURIAN SEKSYEN 379 KANUN KESEKSAANAnggota Rondaan Cegah Jenayah (RCJ) Balai Polis Pekan Baru semasa menj...
08/07/2026

TANGKAPAN KES KECURIAN SEKSYEN 379 KANUN KESEKSAAN

Anggota Rondaan Cegah Jenayah (RCJ) Balai Polis Pekan Baru semasa menjalankan RCJ di kawasan pentadbiran Balai Polis Pekan Baru berjaya menahan seorang lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam satu kes kecurian.

Semasa cubaan tangkapan dilakukan, suspek telah bertindak agresif bagi menghalang pihak polis daripada menjalankan tugas. Walau bagaimanapun, suspek berjaya diberkas hasil tindakan pantas dan profesional anggota bertugas. Turut dirampas beberapa barang yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan jenayah bagi membantu siasatan.

Suspek bersama barang rampasan kemudiannya diserahkan kepada pegawai penyiasat bertugas untuk tindakan dan siasatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

PERLAWANAN PERSAHABATAN FUTSALTelah berlangsung Perlawanan Persahabatan Futsal di antara Balai Polis Pekan Baru dan Cawa...
07/07/2026

PERLAWANAN PERSAHABATAN FUTSAL

Telah berlangsung Perlawanan Persahabatan Futsal di antara Balai Polis Pekan Baru dan Cawangan Narkotik yang diadakan di Sportiva Menglembu.

Perlawanan ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kesukanan dalam kalangan warga PDRM.

Perlawanan berlangsung dalam suasana yang harmoni, penuh semangat berpasukan dan semangat kesukanan yang tinggi. Program seumpama ini bukan sahaja dapat meningkatkan kecergasan fizikal, malah memperkukuhkan kerjasama, persefahaman dan hubungan baik antara kedua-dua pasukan.

Semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai salah satu medium dalam memperkukuhkan semangat setiakawan dan kebersamaan dalam menjalankan amanah serta tanggungjawab sebagai warga PDRM.

"Sukan Menyatukan, Ukhwah Diperkukuhkan."

Program Riadah Balai Polis Pekan Baru 🎳12/06/2026 - Program Riadah Peringkat Balai Polis Pekan Baru telah berlangsung de...
12/06/2026

Program Riadah Balai Polis Pekan Baru 🎳

12/06/2026 - Program Riadah Peringkat Balai Polis Pekan Baru telah berlangsung dengan jayanya di Ampang Bowl, Ipoh Parade Ipoh.

Aktiviti bowling bukan sahaja memberi ruang untuk beriadah dan mengamalkan gaya hidup sihat, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim, semangat kerja berpasukan serta meningkatkan kecergasan fizikal dan mental dalam kalangan warga balai.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan memberikan komitmen sepanjang program berlangsung. Semoga aktiviti sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang demi melahirkan warga kerja yang sihat, cergas dan bersemangat.




TANGKAPAN KES CURI DALAM BANGUNAN (SEKSYEN 380 KK)6 Jun 2026 - Anggota Balai Polis Pekan Baru ketika menjalankan tugas r...
06/06/2026

TANGKAPAN KES CURI DALAM BANGUNAN (SEKSYEN 380 KK)

6 Jun 2026 - Anggota Balai Polis Pekan Baru ketika menjalankan tugas rondaan cegah jenayah di kawasan pentadbiran Balai Polis Pekan Baru telah berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 51 tahun yang disyaki terlibat dalam kes kecurian di sebuah pasar raya di Jalan Dato Onn Jaafar, Ipoh.

Hasil pemeriksaan, pihak polis telah merampas beberapa barangan yang dipercayai dicuri daripada premis tersebut. Siasatan awal mendapati suspek mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah. Suspek telah ditahan dan kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan. Tangkapan dibawa dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.

Tahniah dan syabas kepada anggota Balai Polis Pekan Baru atas tindakan pantas serta komitmen berterusan dalam membanteras jenayah demi menjaga keselamatan masyarakat.




LAWATAN KEBAJIKAN KETUA POLIS BALAI POLIS PEKAN BARU3 Jun 2026 - Ketua Polis Balai Pekan Baru bersama anggota telah meng...
03/06/2026

LAWATAN KEBAJIKAN KETUA POLIS BALAI POLIS PEKAN BARU

3 Jun 2026 - Ketua Polis Balai Pekan Baru bersama anggota telah mengadakan lawatan kebajikan ke atas KTA Balai Encik Mohd Subri, yang sedang menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh akibat masalah tulang belakang yang menghimpit saraf.

Lawatan ini bertujuan menzahirkan rasa prihatin serta memberi sokongan moral kepada beliau dan ahli keluarga agar terus tabah menghadapi ujian yang dihadapi.

Semoga saudara Mohd Subri dikurniakan kesembuhan yang segera, dipermudahkan segala urusan serta diberikan kekuatan dan kesihatan yang berpanjangan.



22/05/2026

National Scam Response Centre (NSRC) telah ditubuhkan pada 7 Oktober 2022 sebagai pusat penguatkuasaan utama dalam menangani penipuan kewangan siber.

🔹 Operasi 24/7 – Bertugas tanpa henti, termasuk cuti umum
🔹 1 Talian Khas: 997 – Intervensi segera untuk menyekat aliran dana
🔹 Pengesanan Dana Masa Nyata – Jejak transaksi mencurigakan
🔹 Penyekatan Akaun Serta-Merta – Tindakan drastik terhadap akaun keldai
🔹 Penguatkuasaan Tegas – Kerjasama rentas agensi bersama NFCC, PDRM, Bank Negara Malaysia serta industri perbankan & telekomunikasi

Pendekatan “Smart Enforcement” ini membuktikan komitmen Kerajaan MADANI dalam melindungi rakyat melalui tindakan pantas, koordinasi bersepadu dan ketegasan undang-undang.

📞 Jika anda menjadi mangsa scam, hubungi 997 SEGERA.

Anwar Ibrahim
Shamsul Azri bin Abu Bakar
PMO Malaysia











Address

Balai Polis Pekan Baru, Jalan Raja Ekram
Ipoh
30000

Telephone

052549255

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Polis Pekan Baru Ipoh Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Balai Polis Pekan Baru Ipoh Perak:

Shortcuts

Share

Category