Ameerah Perak

Directions Contact the organization

Ameerah Perak Ini adalah halaman rasmi Ameerah Perak | "AMEERAH"

AMEERAH اميره dalam Bahasa Arab, bermakna Pemimpin Wanita, atau Puteri.

Visi: Memimpin Wanita Muda Malaysia membudayakan politik islam. Misi: Poltik Islam , Informatif , Kepimpinan

Sebuah entiti dalam Dewan Muslimat PAS Malaysia, Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Fokus utama Ameerah adalah menggiatkan kesedaran politik di kalangan generasi muda wanita, menanamkan semangat patriotisme kepada negara dan akhirnya meningkatkan partisipasi wanita muda
dalam masyarakat Like AMEERAH PERAK : http://www.facebook.com/Ameerah-Perak/
Like AMEERAH MALAYSIA: http://www.facebook.com/ameerahmalaysia
Hubungi AMEERAH MALAYSIA: [email protected]
Youtube: http://www.youtube.com/user/ameerahmalaysia
Alamat: AMEERAH Malaysia, 3rd Floor, 318-A, Lot 1636, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Mpmn Malaysia. Ingin bersahabat dan berkolaborasi dengan semua wanita muda di Malaysia. Menerajui Perubahan Generasi Baru! Malaysia Needs Us!

Kita bukan tak pandai buat, cuma mungkin belum berjumpa tekniknya."Semua hantar gambar tanda hadir dalam group whatsapp....
06/10/2026

Kita bukan tak pandai buat, cuma mungkin belum berjumpa tekniknya.

"Semua hantar gambar tanda hadir dalam group whatsapp. Baru group whatsapp ni, bukan suruh update medsos lagi." Seloroh MC sebelum bengkel bermula.

Tahniah buat semua Muslimat Muda yang mewakili Ameerah kawasan masing-masing dari seluruh Perak yang telah meluangkan masa menghadiri Bengkel Penerangan anjuran Lajnah Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri Perak dengan kerjasama Lajnah Penerangan Ameerah Perak baru-baru ini.

Terima kasih kepada para penyampai, Dr. Rosni Adam, Puan Farhana Omar dan Saudara Hafiz Mansor atas perkongsian ilmu, pengalaman dan tip-tip yang sangat bermanfaat sepanjang bengkel berlangsung. Penghargaan juga kepada Puan Maziah Kori yang merasmikan bengkel ini.

Semoga segala ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam gerak kerja penerangan di kawasan masing-masing.

05/10/2026
05/10/2026

LAGI PEMBUNUHAN DI DALAM KAWASAN SEKOLAH : AMEERAH GESA TINDAKAN SERIUS

1. Ameerah Malaysia mengucapkan takziah dan melahirkan perasaan dukacita atas kematian seorang pelajar perempuan yang dibunuh di dalam kawasan sekolah di Yong Peng, Batu Pahat.

2. Kejadian tragis ini menambah jumlah tragedi pembulian dan pembunuhan di dalam premis sekolah yang sangat membimbangkan.

3. Belum reda kesedihan dengan kematian Almarhumah Zara Qairina, kita menerima berita pembunuhan di sebuah sekolah di Bandar Utama Petaling Jaya.Baru beberapa hari lepas kita dikejutkan dengan kejadian buli bunuh seorang pelajar 14 tahun di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Hari ini berlaku lagi pembunuhan di dalam kawasan sekolah yang sangat menyayat hati.

4. Ameerah mempersoalkan sejauh mana KPM mengambil tindakan serius dalam aspek meningkatkan tahap keselamatan di sekolah? Adakah kejadian ini hanya menambah jumlah angka kematian di sekolah tanpa tindakan yang benar-benar berkesan dalam melindungi keselamatan pelajar?

5. Ameerah Malaysia menegaskan bahawa KPM perlu bermuhasabah dan menetapkan dasar dan polisi baharu keselamatan di sekolah, yang tidak hanya cantik di atas kertas tetapi benar-benar menjadikan sekolah tempat yang selamat untuk anak-anak kita.

YB Mardhiyyah Johari
Ketua Pengarah Ameerah
Dewan Muslimat PAS Malaysia
Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kundor
4 Oktober 2026

05/10/2026

Allahuakbar, Kak Salbiah (Redang Panjang) kemalangan ketika keluar dari simpang Darul Taalim usai pengajian sebentar tadi..

Mohon doa dari semua agar Kak Sal dipermudahkan segala urusan.

05/10/2026

Tak apa kalau langkah kita kecil asalkan langkah itu konsisten. Penat, kita rehat. Ada masalah, kita bincang.

Semoga setiap usaha kecil kita menjadi asbab manfaat yang besar!

Allah tak nilai pada hasil tapi pada usaha yang kita buat dengan niat keranaNya.

Fly high Ameerah IPOH TIMUR

"Alaa... boikot seorang dua orang mana ada kesan."Betulkah?Kita pernah melihat bagaimana beberapa kandungan yang mencetu...
01/10/2026

"Alaa... boikot seorang dua orang mana ada kesan."

Betulkah?

Kita pernah melihat bagaimana beberapa kandungan yang mencetuskan kontroversi akhirnya ditarik atau tidak diteruskan selepas menerima bantahan dan maklum balas daripada masyarakat.

Dalam era digital, setiap klik, tontonan dan perkongsian adalah satu bentuk sokongan.

Sebab itu, klik dengan bijak. Pantau apa yang ditonton oleh anak-anak. Jika ada kandungan yang melampaui batas, jangan tonton, jangan kongsi dan buat aduan melalui saluran yang betul.

Jangan memandang rendah tindakan yang kecil. Apabila ramai memilih untuk bertindak, suara masyarakat mampu membawa perubahan.

Klik dengan bijak. Tonton dengan bijak. Kongsi dengan bijak.

Salam takziah buat YABhg. Tun Dr Mahathir Mohamad serta seluruh keluarga atas pemergian isteri tercinta, Allahyarhamah T...
28/09/2026

Salam takziah buat YABhg. Tun Dr Mahathir Mohamad serta seluruh keluarga atas pemergian isteri tercinta, Allahyarhamah Tun Dr Hasmah Mohd Ali, yang telah kembali ke rahmatullah pagi tadi.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarhamah, melimpahkan rahmat-Nya ke atas beliau serta menempatkannya dalam kalangan hamba-hamba yang beriman dan beramal soleh.

Semoga YABhg. Tun Dr Mahathir Mohamad dan seluruh keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan ketenangan dalam menghadapi saat yang penuh dukacita ini.

Al-Fatihah. 🤲🏻

🤗 JOM CUBA !Buka ChatGPT,Upload gambar empty tin box ni. Lepastu taip :"Fill it with good things that represent me and c...
22/09/2026

🤗 JOM CUBA !

Buka ChatGPT,
Upload gambar empty tin box ni. Lepastu taip :

"Fill it with good things that represent me and colour it with my favourite colour"

Jangan ubah apa-apa. Lepastu tengok apa yang ChatGPT letak dalam box korang 👀

Siapa dah cuba, reply post ni dengan hasil korang!

Admin punya di komen 💚

20/09/2026
20/09/2026

Address

Ipoh

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ameerah Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Ameerah Perak:

Shortcuts

Share