10/10/2026
10hb Oktober 2026
Minggu lepas, ketika Pemukiman PDM Kurnia Jaya, saya berkesempatan bersembang santai bersama jemaah Surau Al-Barakah, Kampung Rahmat. Dalam pertemuan tersebut, pihak surau ada menyuarakan hasrat memohon sumbangan sebuah Wireless Headset Microphone bagi menggantikan peralatan sedia ada yang telah rosak.
Alhamdulillah, selepas selesai solat Zohor, saya berkesempatan menyerahkan Wireless Headset Microphone yang baharu untuk kegunaan pihak surau.
Semoga sumbangan kecil ini dapat memberi manfaat kepada pihak surau, memudahkan urusan para imam dan bilal, serta melancarkan lagi aktiviti keagamaan dan program kemasyarakatan.
Mudah-mudahan sumbangan ini menjadi amal jariah yang berpanjangan dan mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT.
Insya-Allah, terus berkhidmat dan menyantuni masyarakat demi kesejahteraan bersama.
Mohd Khairol Iwan Bin Mat Khairi
Pegawai Khas YAB MB Perak
DUN Kuala Sepetang,
Ketua Cabang
Keadilan Bukit Gantang