Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak

Call Directions Website Contact the organization

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak Laman Facebook Rasmi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak

07/10/2026

Atlet Perak, anda adalah inspirasi! 💪🏽🏆

Sempena Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Negeri Perak 2026, ayuh kita bersama-sama menyemarakkan budaya bersukan dan menjadikan sukan sebagai sebahagian daripada gaya hidup kita.

Daripada gelanggang ke padang, daripada trek ke pentas kejohanan — semangat juang atlet Perak sentiasa menjadi kebanggaan negeri! 🏅⚡

Kini tiba masanya untuk seluruh rakyat Perak turun padang, bergerak aktif dan raikan sukan bersama-sama!

📅 10 Oktober 2026 (Sabtu)
📍 Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak

Atlet Perak, jom ajak rakyat Perak bersukan!
Kita Gerak! Kita Sihat! Kita Hebat! 💪🔥

KUNJUNG HORMAT KE PEJABAT PENGERUSI JAWATANKUASA PENDIDIKAN, PENGAJIAN TINGGI, BELIA DAN SUKAN7 OKTOBER 2026Satu sesi ku...
07/10/2026

KUNJUNG HORMAT KE PEJABAT PENGERUSI JAWATANKUASA PENDIDIKAN, PENGAJIAN TINGGI, BELIA DAN SUKAN

7 OKTOBER 2026

Satu sesi kunjung hormat telah diadakan daripada Tuan Pengarah, Hj. Mohd Nizam bin Hj. Ismail dan pihak pengurusan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak ke Pejabat Yang Berhormat Dato’ Khairuddin bin Hj. Abu Hanipah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan dalam bertukar idea dan aspirasi yang didukung bersama dalam membangun belia Perak. Perbincangan turut menekankan aspek pembangunan insaniah, program-program yang bakal diadakan sehingga hujung tahun 2026 dan isu-isu yang berkaitan dengan pembagunan belia,sukan dan rakan muda negeri Perak.




PERAK BISON LANCAR JERSI BAHARU, BERSIAP SEDIA MENGHARUNGI STL 2026!IPOH, 4 Oktober 2026 – Majlis Pengenalan Pemain dan ...
07/10/2026

PERAK BISON LANCAR JERSI BAHARU, BERSIAP SEDIA MENGHARUNGI STL 2026!

IPOH, 4 Oktober 2026 – Majlis Pengenalan Pemain dan Pelancaran Jersi Baharu Pasukan Sepak Takraw Perak Bison 2026 telah berlangsung dengan penuh meriah di Sentra Mall, Klebang, Ipoh.

Majlis tersebut telah dimeriahkan dengan kehadiran YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan. Ucapan aluan telah disampaikan oleh Dato’ Seri Abdul Puhat bin Mat Nayan, Presiden Persatuan Sepak Takraw Negeri Perak.

Turut hadir, Encik Mohd Syaiful Fahmi bin Mohd Salleh, Penolong Pengarah Kanan (Sukan), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak yang mewakili Pengarah JBS Perak atas jemputan pihak penganjur.

Sebagai juara bertahan Liga Sepak Takraw League (STL) 2025, Perak Bison kini bersedia untuk memulakan cabaran Kejohanan STL Edisi 2026 menerusi aksi Piala Sumbangsih menentang Negeri Sembilan Antlers pada 6 Oktober 2026.

Semoga pelancaran jersi baharu ini menjadi pembakar semangat kepada seluruh pemain dan barisan kejurulatihan untuk terus memberikan aksi terbaik serta mempertahankan kecemerlangan Perak Bison di pentas STL 2026.

AYUH PERAK BISON! TERUSKAN DOMINASI, HARUMKAN NAMA PERAK! 🦬🔥

07/10/2026

PERHATIAN KEPADA SEMUA PERTUBUHAN BADAN SUKAN DI NEGERI PERAK! 📢

Seminar ini dibawakan khas untuk memperkasakan tadbir urus dan semangat kenegaraan dalam kalangan komuniti sukan kita.

Keutamaan Khas diberikan kepada:
📌 Pertubuhan Sukan yang masih menggunakan Perlembagaan Lama (sangat digalakkan hadir untuk panduan kemas kini!); dan
📌 Pertubuhan Sukan yang Baru Berdaftar (jom fahami asas pengurusan dan pematuhan PJS!).

Butiran seperti berikut:
Tarikh: 10 Oktober 2026 (Sabtu)
Masa: 8.00 Pagi – 5.00 Petang
Tempat: Kompleks Belia & Sukan, Jabatan Belia & Sukan Negeri Perak

Cara Mendaftar:
Sila sahkan kehadiran wakil pertubuhan anda melalui pautan ini https://forms.gle/Y31K2a82StfxmeJt6 atau hubungi urusetia di talian: 0389997956/7973/7980 untuk sebarang pertanyaan.

Tempat adalah terhad! Daftar segera dan pastikan persatuan anda sentiasa di hadapan dalam pengurusan sukan yang cemerlang. Majulah sukan untuk negara.

Selamat datang dan tahniah diucapkan kepada Pengarah baharu Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak Tuan Haji Mohd Nizam bi...
07/10/2026

Selamat datang dan tahniah diucapkan kepada Pengarah baharu Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak Tuan Haji Mohd Nizam bin Haji Ismail. Semoga kita bersama-sama membawa JBSN Perak ke arah kecemerlangan dan gemilang.

‘ JOM KOMER. KE PROGRAM RAKAN EXPRESI : GEMA WARISAN RAKAN MUDA X HIMPUNAN MAHABBAH PENDEKAR NEGERI PERAK ‘Segarkan kemb...
06/10/2026

‘ JOM KOMER. KE PROGRAM RAKAN EXPRESI : GEMA WARISAN RAKAN MUDA X HIMPUNAN MAHABBAH PENDEKAR NEGERI PERAK ‘

Segarkan kembali budaya tradisional dengan berpakaian tradisional dan berbusana !

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak akan menganjurkan Program Rakan Ekspresi : Gema Warisan Rakan Muda X Himpunan Mahabbah Pendekar Negeri Perak.

Pelbagai Aktiviti Menarik seperti Mini Konsert Kebudayaan, Bedah Pantun & Merekacipta Pantun, Pertandingan Pakaian Tradisional, Pertandingan Keris Cantik, Persembahan Wajadiri, Melipat Tengkolok, Senamseni, Tarian Tradisional dan Nyanyian Lagu Tradisional akan diadakan. Pameran agensi, gerai jualan dan mari mencuba tenunan tekad & membuat labu sayong turut diadakan.

Tarikh : 17 & 18 Oktober 2026
Tempat : Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak

Jom kome. Inilah masanya kita martabatkan warisan kita. “Suara Tradisi, Nadi Generasi”


🏃‍♂️ RACE ENTRY PACK COLLECTION (REPC) 🇲🇾Dah ready untuk Hari Sukan Negara 2026? 🔥📦 Race Entry Pack Collection (REPC)📅 9...
05/10/2026

🏃‍♂️ RACE ENTRY PACK COLLECTION (REPC) 🇲🇾

Dah ready untuk Hari Sukan Negara 2026? 🔥

📦 Race Entry Pack Collection (REPC)
📅 9 Oktober 2026 (Jumaat)
⏰ 9.00 pagi – 9.00 malam
📍 Kompleks Belia & Sukan Negeri Perak, Ipoh

Semua peserta Malaysia Aktif Fun Run/Fun Walk jangan lupa hadir untuk mengambil Race Entry Pack masing-masing! 💪

Jom semarakkan Hari Sukan Negara 2026 Peringkat Negeri Perak dengan penuh semangat dan gaya hidup aktif! 🇲🇾🏃‍♀️🚶‍♂️

Jumpa anda di REPC! 🔥

04/10/2026

HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2026

Program yang ditunggu, yang dinantikan kome kini kembali 🔥. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak akan menganjurkan Progam Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Negeri Perak Tahun 2026 🎉

Kome jangan lepaskan peluang untuk menyertai pelbagai aktiviti yang disajikan. Pameran agensi, gerai jualan dan aktiviti mari mencuba turut disediakan. Jangan lupa untuk hadir :

📌 Tarikh : 10 & 11 Oktober 2026
📌 Tempat : Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak

Ateee kome, moh ler ke Progam Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Perak Tahun 2026. Ajak kawan-kawan dan saudara-mara kome ye 🤍💛🖤

03/10/2026

KOME DAH SEDIA KE ⁉️

BAKAL HADIR UNTUK KOME NIKMATI 🏃🏻‍♂️🏃‍♀️🚴🚴🏻‍♀️🎳🧗🏻‍♀️🧗‍♂️

KEJOHANAN TAEKWONDO JEMPUTAN RSB 2026 HIMPUNKAN HAMPIR 1,800 PESERTA DARI SELURUH NEGARAIPOH, 3 Oktober 2026 – Kejohanan...
03/10/2026

KEJOHANAN TAEKWONDO JEMPUTAN RSB 2026 HIMPUNKAN HAMPIR 1,800 PESERTA DARI SELURUH NEGARA

IPOH, 3 Oktober 2026 – Kejohanan Taekwondo Jemputan RSB 2026 berlangsung meriah di Arena Badminton Perak dengan menghimpunkan hampir 1,800 penyertaan daripada 60 buah kelab seluruh negara termasuk Sabah.

Majlis perasmian kejohanan telah disempurnakan oleh Encik Mohd Syaiful Fahmi bin Mohd Salleh, Penolong Pengarah Kanan (Sukan), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak yang hadir mewakili Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan (YBM KBS).

Dalam majlis yang sama, beliau turut menyampaikan Cek Cura Bantuan Geran Padanan Sukan (GPS) kepada Kelab Taekwondo RSB sebagai sokongan terhadap usaha memperkukuh pembangunan dan penganjuran aktiviti sukan di peringkat akar umbi.

Kejohanan ini turut diserikan dengan penampilan khas lagenda muzik rock tanah air, Mus May yang menghiburkan para pengunjung menerusi persembahan istimewa.

Penganjuran kejohanan ini bukan sahaja menjadi platform kepada atlet untuk menguji kemampuan dan meningkatkan prestasi dalam sukan taekwondo, malah turut memperkukuh jaringan kerjasama antara kelab serta menggalakkan pembangunan sukan seni bela diri di Malaysia.

Address

Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Perak, Tingkat 1, Jalan Ghazali Jawi, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri
Ipoh
31400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6055489500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak:

Shortcuts

Share