PSP UNIT 5 IPOH

Directions

PSP UNIT 5 IPOH PSP UNIT 5 OFFICIAL

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾16 SEPTEMBER 2026Hari Malaysia merupakan simbol perpaduan, keharmonian dan sem...
15/09/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾

16 SEPTEMBER 2026

Hari Malaysia merupakan simbol perpaduan, keharmonian dan semangat kebersamaan seluruh rakyat Malaysia dalam membina sebuah negara yang aman, makmur dan sejahtera.

Sempena sambutan Hari Malaysia, marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme serta memperkukuhkan perpaduan tanpa mengira perbezaan kaum, agama dan latar belakang.

“Malaysia MADANI, Kesejahteraan Dinikmati”

Semoga Malaysia terus teguh, aman dan sejahtera serta sentiasa dilindungi dengan semangat “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada.”

SELAMAT HARI MALAYSIA 2026! 🇲🇾

Ikhlas daripada:
YDH SUPT KENNETH OLIVER SAMUEL
Pegawai Pemerintah Unit 5 PSP Ipoh
serta seluruh warga Unit 5 PSP Ipoh

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA KE-69 🇲🇾Dengan penuh rasa patriotik dan semangat cintakan negara, YDH SUPT Kenneth Oli...
30/08/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA KE-69 🇲🇾

Dengan penuh rasa patriotik dan semangat cintakan negara, YDH SUPT Kenneth Oliver Samuel, Pegawai Pemerintah Unit 5 PSP Ipoh, serta seluruh warga Unit 5 PSP Ipoh mengucapkan Selamat Menyambut Hari Merdeka Ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan, memperkukuh perpaduan serta terus menjunjung keamanan dan keharmonian negara berteraskan semangat Malaysia MADANI – Kesejahteraan Dinikmati.

“Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada.”
🇲🇾 Selamat Hari Merdeka! 🇲🇾

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H / 2026MWarga Unit 5 Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Ipoh mengucapkan Salam Maulidur Ras...
24/08/2026

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M

Warga Unit 5 Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Ipoh mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1448H / 2026M kepada seluruh umat Islam.

Marilah kita bersama-sama menghayati perjuangan dan akhlak mulia junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta menjadikan Baginda sebagai contoh dalam kehidupan dan pelaksanaan tugas seharian.

“Madani Dihayati, Ummah Diberkati.”

Semoga sambutan Maulidur Rasul ini membawa keberkatan, keharmonian dan memperkukuhkan ukhuwah dalam kalangan warga Unit 5 PSP Ipoh.

21/08/2026

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS TIMBALAN PEGAWAI PEMERINTAH UNIT 5 PSP IPOH DAN PEMANGKU PENGERUSI PERKEP UNIT 5 PSP IPOH

21 Ogos 2026 – Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Pegawai Pemerintah Unit 5 PSP Ipoh dan Pemangku Pengerusi PERKEP Unit 5 PSP Ipoh telah berlangsung pada hari ini bertempat di Bilik Gerakan Unit 5 PSP Ipoh.

Majlis Serah Terima Tugas ini diadakan berikutan kenaikan pangkat YDH DSP Muhamad Amin bin Mat Yassin ke pangkat P/Supt serta pertukaran beliau menjawat jawatan sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang (KJSJN Pahang).

Serah Terima Tugas Timbalan Pegawai Pemerintah Unit 5 PSP di antara YDH DSP Muhamad Amin bin Mat Yassin kepada YDH ASP Mohd Haniff bin Omar, ASP Water Cannon yang akan memangku jawatan Timbalan Pegawai Pemerintah Unit 5 PSP.

Turut berlangsung Majlis serah terima tugas Pemangku Pengerusi PERKEP Unit 5 PSP di antara YBhg. Puan Norfazrina binti Mohd Jali menyerahkan jawatan kepada YBhg. Puan Siti Halijah binti Ab Rahman. Kedua-dua acara tersebut disaksikan oleh YDH Supt. Kenneth Oliver Samuel, Pegawai Pemerintah Unit 5 PSP.

Setinggi-tinggi penghargaan, ucapan terima kasih dan tahniah diucapkan kepada YDH P/Supt Muhamad Amin bin Mat Yassin atas segala jasa, khidmat bakti dan sumbangan sepanjang menjalankan tugas di Unit 5 PSP Ipoh. Selamat maju jaya diucapkan atas pertukaran beliau ke jawatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Pahang.

Selamat menjalankan tugas dan amanah diucapkan kepada YDH ASP Mohd Haniff bin Omar yang akan memikul tanggungjawab sebagai Pemangku Timbalan Pegawai Pemerintah Unit 5 PSP Ipoh dan juga kepada YBhg. Puan Siti Halijah binti Ab Rahman juga memikul tanggungjawab sebagai Pemangku Pengerusi PERKEP Unit 5 PSP.

Selamat maju jaya dan selamat menjalankan tugas.

20/08/2026
PERHIMPUNAN BULANAN UNIT 5 PSP IPOH, PERAK BAGI BULAN OGOS 2026Pada 19 Ogos 2026, telah diadakan Perhimpunan Bulanan Uni...
19/08/2026

PERHIMPUNAN BULANAN UNIT 5 PSP IPOH, PERAK BAGI BULAN OGOS 2026

Pada 19 Ogos 2026, telah diadakan Perhimpunan Bulanan Unit 5 PSP Ipoh, Perak bertempat di Dataran Kawad Unit 5 PSP, Ipoh. Perhimpunan telah dihadiri oleh YDH DSP Muhamad Amin bin Mat Yassin, Timbalan Pegawai Pemerintah Unit 5 PSP, bersama 11 orang PKP, 179 orang PRP dan 3 orang KTA.

Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Sang Saka Biru, diikuti bacaan doa serta lafaz ikrar. Majlis kemudiannya diteruskan dengan penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025 kepada seramai 25 orang pegawai dan anggota Unit 5 PSP yang telah menunjukkan prestasi cemerlang, komitmen tinggi serta sumbangan yang signifikan sepanjang tahun 2025.

Penganjuran perhimpunan bulanan ini bertujuan memperkukuh semangat kerjasama, disiplin dan kebersamaan dalam kalangan warga Unit 5 PSP, di samping memberikan pengiktirafan kepada pegawai dan anggota yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam perkhidmatan.

Perhimpunan berlangsung dalam suasana penuh semangat dan teratur. Penganugerahan APC ini diharapkan dapat menjadi motivasi kepada penerima serta seluruh warga Unit 5 PSP untuk terus meningkatkan prestasi, mengekalkan komitmen dan melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi demi nama baik pasukan dan organisasi.

LAWATAN KEBAJIKAN (KEMATIAN) MANTAN PEGAWAI UNIT 5 PSP IPOH, PERAKSatu lawatan kebajikan bagi menziarahi keluarga mendia...
18/08/2026

LAWATAN KEBAJIKAN (KEMATIAN) MANTAN PEGAWAI UNIT 5 PSP IPOH, PERAK

Satu lawatan kebajikan bagi menziarahi keluarga mendiang DSP (B) Wotravathy Raman, mantan Pegawai Unit 5 PSP Ipoh, Perak, telah diadakan sebagai tanda keprihatinan serta penghormatan atas jasa dan sumbangan beliau sepanjang tempoh perkhidmatan.

Lawatan tersebut telah disempurnakan oleh SUPT Kenneth Oliver Samuel, Pegawai Pemerintah Unit 5 PSP Ipoh.

Seluruh warga Unit 5 PSP Ipoh merakamkan setinggi-tinggi ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga mendiang atas pemergian beliau.

Semoga seluruh keluarga yang ditinggalkan diberikan kekuatan, ketabahan dan ketenangan dalam menghadapi saat yang penuh dukacita ini.

Salam takziah buat seluruh keluarga mendiang.





SEMINAR KEPENDUDUKAN SEMPENA SAMBUTAN HARI PENDUDUK SEDUNIA TAHUN 2026Pada 18 Ogos 2026, seramai 1 PKP dan 18 PRP Unit 5...
18/08/2026

SEMINAR KEPENDUDUKAN SEMPENA SAMBUTAN HARI PENDUDUK SEDUNIA TAHUN 2026

Pada 18 Ogos 2026, seramai 1 PKP dan 18 PRP Unit 5 PSP telah menghadiri Seminar Kependudukan Sempena Sambutan Hari Penduduk Sedunia Tahun 2026 yang berlangsung di Grand Ballroom, Level 1, Kingston 15 @ Tower Regency Hotel & Suites, Ipoh, Perak.

Seminar ini membincangkan isu berkaitan penuaan penduduk dan peningkatan populasi warga emas, khususnya di Negeri Perak. Perbincangan turut menyentuh mengenai lokaliti yang mempunyai jumlah warga emas yang tinggi, termasuk Daerah Kampar.

Penyertaan ini memberi pendedahan dan meningkatkan kesedaran mengenai perkembangan demografi serta cabaran dalam menghadapi peningkatan populasi warga emas di Negeri Perak.

Unit 5 PSP Ipoh terus komited dalam menyokong program kemasyarakatan dan meningkatkan kesedaran terhadap isu kependudukan.

14/08/2026

MAJLIS LAWATAN PENGARAH JABATAN KESELAMATAN DALAM NEGERI DAN KETENTERAMAN AWAM (JKDNKA) KE PASUKAN SIMPANAN PERSEKUTUAN

KUALA LUMPUR, 13 OGOS 2026 – Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) telah menerima lawatan rasmi YDH CP Dato’ Sri Mohd Yusri bin Haji Hassan Basri, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) ke Markas Pasukan Simpanan Persekutuan Kuala Lumpur.

Ketibaan YDH Pengarah JKDNKA telah disambut oleh YDH SAC Rosli bin Md Yusof, Komander Pasukan Simpanan Persekutuan, bersama barisan pegawai kanan PSP dan JKDNKA.

Majlis dimulakan dengan Detasmen dan Kawalan Kehormatan mengambil tempat, diikuti ketibaan YDH Timbalan Komander PSP, YDH Komander PSP serta barisan pegawai kanan JKDNKA.

Seterusnya, berlangsung Majlis Pemakaian Beret Pasukan Simpanan Persekutuan kepada YDH Pengarah JKDNKA, diikuti Baris Lapor dan Pemeriksaan Kawalan Kehormatan oleh YDH Pengarah JKDNKA.

Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Sang Saka Biru, persembahan khas serta nyanyian lagu Sedia Berkhidmat, sebelum diakhiri dengan sesi bergambar.

YDH Pengarah JKDNKA bersama pegawai-pegawai Jabatan KDNKA kemudiannya bergerak ke Holding Room, sebelum meneruskan lawatan ke Pejabat Pentadbiran bagi sesi bergambar dan menandatangani Buku Pelawat.

Seterusnya, rombongan bergerak ke Bilik Gerakan bagi mengikuti taklimat pentadbiran dan pengoperasian oleh Komander PSP, diikuti bacaan doa serta penyampaian cenderahati.

Lawatan diteruskan ke Dewan Terbuka ‘A’ bagi penyampaian amanat oleh YDH CP Dato’ Sri Mohd Yusri bin Haji Hassan Basri, Pengarah JKDNKA, sebelum majlis diakhiri dengan jamuan makan.

Lawatan rasmi ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh hubungan, kerjasama dan sinergi antara JKDNKA dan PSP, khususnya dalam aspek pentadbiran, pengoperasian serta kesiapsiagaan pasukan demi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.

Address

PASUKAN SIMPANAN PERSEKUTUAN (FRU) UNIT 5 IPOH Sungai Senam
Ipoh
30450

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PSP UNIT 5 IPOH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share