Hospital Jasin - Rasmi

Call Directions Website Contact the organization

Hospital Jasin - Rasmi FB Rasmi Hospital Jasin Melaka

πŸ‡²πŸ‡Ύ **SELAMAT HARI MALAYSIA 2026** πŸ‡²πŸ‡Ύ**β€œMalaysia MADANI: Jiwa Merdeka”**Pengurusan Tertinggi serta seluruh warga kerja **...
16/09/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ **SELAMAT HARI MALAYSIA 2026** πŸ‡²πŸ‡Ύ

**β€œMalaysia MADANI: Jiwa Merdeka”**

Pengurusan Tertinggi serta seluruh warga kerja **Hospital Jasin** mengucapkan **Selamat Hari Malaysia** kepada seluruh rakyat Malaysia.

Marilah kita terus menyemai semangat perpaduan, saling menghormati dan bekerjasama dalam membina sebuah Malaysia yang harmoni, sejahtera dan penuh nilai kemanusiaan.

Berbeza budaya, bahasa dan latar belakang, kita tetap **satu keluarga, satu bangsa Malaysia**. β€οΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

**Malaysia Madani!**
**Kesejahteraan Dinikmati.**

Ikhlas daripada,
**Pengurusan Tertinggi**
**Hospital Jasin**

🌿 TIP KESERONOKAN BEKERJA: BERSYUKUR 🌿✨ β€œSyukur menjadikan apa yang kita ada sudah mencukupi.” ✨Dalam kesibukan bekerja ...
09/09/2026

🌿 TIP KESERONOKAN BEKERJA: BERSYUKUR 🌿

✨ β€œSyukur menjadikan apa yang kita ada sudah mencukupi.” ✨

Dalam kesibukan bekerja dan menghadapi pelbagai cabaran setiap hari, jangan lupa untuk berhenti seketika dan menghargai perkara-perkara baik yang masih kita miliki. 🀍

Bersyukur bukan bermaksud kita menafikan masalah atau kes**aran. Sebaliknya, ia membantu kita melihat kehidupan dengan perspektif yang lebih positif, mengawal emosi, mengeratkan hubungan dengan orang sekeliling dan membina kekuatan untuk menghadapi cabaran. πŸ’ͺ😊

🌱 Lebih banyak bersyukur, lebih banyak kebaikan datang.

Mulakan dengan perkara kecil β€” ucapkan terima kasih, hargai rakan sekerja, nikmati detik bersama keluarga dan bersyukur atas setiap nikmat yang ada. ❀️

πŸ’™ β€œKesyukuran hari ini, kesejahteraan untuk esok.”

πŸ“Œ Garis Panduan Keseronokan Bekerja Sektor Awam
Unit Psikologi Kaunseling
Bahagian Khidmat Pengurusan
Kementerian Kesihatan Malaysia








🚧 NOTIS PEMAKLUMAN: PENUTUPAN PAGAR PINTU 2 HOSPITAL JASIN 🚧Dimaklumkan bahawa Pagar Pintu 2 Hospital Jasin akan ditutup...
08/09/2026

🚧 NOTIS PEMAKLUMAN: PENUTUPAN PAGAR PINTU 2 HOSPITAL JASIN 🚧

Dimaklumkan bahawa Pagar Pintu 2 Hospital Jasin akan ditutup sementara bagi memberi laluan kepada kerja-kerja naik taraf.

πŸ“… Tempoh penutupan:
7 September 2026 hingga 30 November 2026

Sepanjang tempoh tersebut, orang awam boleh menggunakan laluan alternatif melalui:

➑️ Pintu Utama Hospital Jasin
➑️ Pintu Utama Pejabat Kesihatan Daerah Jasin

πŸ“ž Sebarang pertanyaan:
Kaunter Khidmat Pelanggan Hospital Jasin
06-529 4262 / 06-529 2862

Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul dan amat menghargai kerjasama, kesabaran serta perhatian daripada semua pihak sepanjang tempoh kerja-kerja naik taraf ini dijalankan.

Terima kasih atas kerjasama anda. πŸ™

Hospital Jasin
Kementerian Kesihatan Malaysia

πŸ“’ NOTIS PENUTUPAN SURAU RAUDHATUS SYIFAUntuk makluman semua warga kerja dan pelanggan Hospital Jasin, Surau Raudhatus Sy...
05/09/2026

πŸ“’ NOTIS PENUTUPAN SURAU RAUDHATUS SYIFA

Untuk makluman semua warga kerja dan pelanggan Hospital Jasin, Surau Raudhatus Syifa akan ditutup sementara bagi memberi laluan kepada kerja-kerja naik taraf.

πŸ“… Tempoh Penutupan:
2 September 2026 hingga 30 November 2026

πŸ“ Surau Alternatif:
Kawasan Anjung Budi
(Berdepan Taman Permainan)

Sepanjang tempoh penutupan ini, orang ramai dan warga kerja Hospital Jasin dipohon untuk menggunakan surau alternatif yang telah disediakan.

Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul sepanjang tempoh kerja-kerja naik taraf ini dan amat menghargai kerjasama serta perhatian semua pihak.

☎️ Sebarang pertanyaan:
Kaunter Khidmat Pelanggan
06-529 4262 / 06-529 2862

Terima kasih atas kerjasama dan keprihatinan semua.

Hospital Jasin
Kementerian Kesihatan Malaysia

🎀 **MASA UNTUK BERSINAR! 🎢**Panggilan khas untuk seluruh **Warga Kesihatan Negeri Melaka**! Tunjukkan bakat nyanyian and...
05/09/2026

🎀 **MASA UNTUK BERSINAR! 🎢**

Panggilan khas untuk seluruh **Warga Kesihatan Negeri Melaka**! Tunjukkan bakat nyanyian anda di **Pertandingan Nyanyian Warga JKNM 2026**.

✨ *"Suara Anda Irama Inspirasi!"*

πŸ“Œ **BUTIRAN ACARA**

* πŸ—“οΈ **Tarikh:** Sabtu, 19 September 2026
* ⏰ **Masa:** 9:00 Pagi
* πŸ“ **Tempat:** Pusat Kegiatan Masyarakat Selandar
* ⏳ **Tarikh Tutup:** 10 September 2026 (Khamis)

πŸ† **HADIAH WANG TUNAI + SIJIL**

* **Duet:** RM300 (Johan) | RM200 (Naib Johan) | RM100 (Ketiga)
* **Solo:** RM200 (Johan) | RM150 (Naib Johan) | RM100 (Ketiga)

πŸ“² **HUBUNGI / WHATSAPP:**

* SN Haryany Ramli: 012-3145362
* KJ Suziana MD Sharif: 010-2315977

Daftar segera atau imbas kod QR pada poster! Tag kawan korang yang s**a menyanyi dekat komen! πŸ‘‡πŸ”₯

πŸ’š Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Kebangsaan 2026 πŸ’šβ€œHadiah terbaik untuk insan tersayang adalah masa. Namun, ada satu ...
17/08/2026

πŸ’š Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Kebangsaan 2026 πŸ’š

β€œHadiah terbaik untuk insan tersayang adalah masa. Namun, ada satu hadiah yang mampu melangkaui masa β€” pendermaan organ.”

Pada malam 13 Ogos 2026 yang lalu, tugu ikonik "I πŸ’š HJ" meriah disinari dengan lampu hijau sempena Sambutan Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Kebangsaan 2026,. Hospital Jasin terus komited dalam usaha meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pendermaan organ dan menjadi sebahagian daripada harapan untuk mereka yang sedang menanti.

Setiap hari, ada insan yang menantikan sebuah peluang untuk terus hidup. Di sebalik setiap pendermaan organ, ada sebuah keluarga yang memilih untuk mengubah kehilangan menjadi harapan. Ada jantung yang terus berdegup, ada mata yang kembali melihat, dan ada kehidupan yang mendapat peluang kedua β€” semuanya kerana satu keputusan yang penuh dengan kasih dan keikhlasan.

🫢 Pendermaan organ bukan sekadar memberi organ. Ia adalah memberi peluang untuk seseorang meneruskan kehidupan.

Kita mungkin tidak tahu bila perjalanan hidup kita akan berakhir. Tetapi kita boleh memilih untuk meninggalkan sesuatu yang bermakna. Kerana kehidupan kita mungkin berakhir, tetapi kebaikan yang kita tinggalkan boleh terus hidup.

🌱 Jadilah penderma organ. Jadilah sebahagian daripada harapan.
Sebarkan kesedaran. Buka ruang untuk berbicara tentang pendermaan organ bersama keluarga dan insan tersayang.
Satu keputusan.
Seribu harapan.
Sebuah kehidupan yang diteruskan πŸ’š







17 Ogos 2026, Hospital Jasin: Sekitar Hari Kitar Semula Hospital Jasin dengan kerjasama Medivest berlansung di Dataran I...
17/08/2026

17 Ogos 2026, Hospital Jasin: Sekitar Hari Kitar Semula Hospital Jasin dengan kerjasama Medivest berlansung di Dataran Ilmu, Hospital Jasin.

KAMI MASIH DI SINI! JOM SINGGAH DATARAN ILMU, HOSPITAL JASIN SEKARANG! 🚨🩸Kempen Derma Darah anjuran Hospital Jasin & Ahl...
11/08/2026

KAMI MASIH DI SINI! JOM SINGGAH DATARAN ILMU, HOSPITAL JASIN SEKARANG! 🚨🩸

Kempen Derma Darah anjuran Hospital Jasin & Ahli Lembaga Pelawat Hospital Jasin sedang rancak berlangsung. Jutaan terima kasih kepada yang dah menderma! πŸ‘

πŸ₯ Jom Berikrar, Selamatkan Nyawa! πŸ₯Hospital Jasin menjemput anda untuk menyertai acara pendaftaran pengikrar penderma or...
07/08/2026

πŸ₯ Jom Berikrar, Selamatkan Nyawa! πŸ₯

Hospital Jasin menjemput anda untuk menyertai acara pendaftaran pengikrar penderma organ. Satu keputusan kecil hari ini boleh menjadi perbezaan hidup dan mati bagi orang lain kelak.

Kenapa Berikrar?
βœ… Menyelamatkan nyawa yang memerlukan.
βœ… Amal jariah berpanjangan.
βœ… Membawa makna dalam kehidupan orang lain.
βœ… Proses pendaftaran yang mudah dan selamat.

Catat Butiran Berikut:
πŸ“… Tarikh: 11/8/2026 (Selasa)
⏰ Masa: 10 pagi - 3 petang
πŸ“ Lokasi: Dataran Ilmu, Hospital Jasin

Hadir dan berikrar hari ini untuk masa depan yang lebih baik. Info lanjut, layari laman web Hospital Jasin.

Jom Tukar Minyak Masak Terpakai Jadi Duit! πŸ’°β™»οΈIbu-ibu, abang-abang, lepas ni jangan buang minyak masak terpakai dalam si...
05/08/2026

Jom Tukar Minyak Masak Terpakai Jadi Duit! πŸ’°β™»οΈ

Ibu-ibu, abang-abang, lepas ni jangan buang minyak masak terpakai dalam singki atau longkang tau! Selain boleh buat saluran tersumbat dan cemarkan alam, sebenarnya minyak tu bernilai! 😍

Jom kumpul dan bawa ke program Pengumpulan Minyak Masak Terpakai Hospital Jasin. Sambil kita jaga alam sekitar, boleh juga jana pendapatan sampingan cash segera!

πŸ’΅ Harga Belian: RM 3.20 / kg (Ganjaran tunai terus di tempat kejadian!)

Catat butiran penting ini:

πŸ“… Tarikh: 17 Ogos 2026 (Isnin)

⏰ Masa: 10.00 Pagi – 3.00 Petang

πŸ“ Tempat: Dataran Ilmu, Hospital Jasin

Macam mana nak hantar? Senang je:
1️⃣ Tapis dan asingkan sisa makanan dari minyak.
2️⃣ Pastikan minyak dah betul-betul sejuk.
3️⃣ Simpan dalam botol atau bekas yang bertutup rapat.

Ayuh warga Jasin! Kumpul, Jual, Jana! Kita jaga alam, alam jaga kita. 🌱 Jangan lupa share dan tag jiran-jiran atau kawan-kawan yang s**a memasak tu! πŸ‘‡

Address

Jasin
77000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Jasin - Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Hospital Jasin - Rasmi:

Shortcuts

Share