SWCorp Jasin

Call Directions Website Contact the organization

SWCorp Jasin Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp)
Cawangan Jasin

23/09/2026

♻️ HARI CUCI MALAYSIA 2026 | KUTIPAN SERENTAK SELURUH NEGARA 🇲🇾

Jom sama-sama menjayakan Hari Cuci Malaysia 2026 dengan membawa dan menjual barangan kitar semula yang ada di rumah! Setiap kilogram yang dikumpulkan menyumbang kepada sasaran 28,000 kg barangan kitar semula dalam satu hari.

đź“… 26 September 2026 (Sabtu)
⏰ 7.00 pagi
📍 Taman Maju, Jasin

Antara barangan yang boleh dikitar semula:
📦 Kertas, kotak & tin minuman (UBC)
đź§´ Plastik
🍾 Kaca
🥫 Logam
đź‘• Fabrik
🛢️ Minyak masak terpakai

Tak perlu tunggu barang banyak. Asingkan, kumpulkan dan kitar semula apa yang ada di rumah. Setiap rumah boleh menyumbang, setiap kilogram membawa makna.

Ayuh bersama-sama kita capai sasaran 28,000 kg dalam satu hari sempena Hari Cuci Malaysia 2026!

16/09/2026
09/09/2026

Setiap hari, kita menghasilkan pelbagai jenis sisa pepejal. Tetapi, tahukah anda, tidak semua sisa pepejal patut dibuang bersama?

Melalui Pengasingan Sisa Pepejal di Punca (SAS):

📌 Sisa yang boleh dikitar semula seperti botol plastik, kertas dan tin boleh diasingkan untuk dikitar semula.

📌 Sisa baki ialah sisa yang tidak boleh dikitar semula atau dimanfaatkan semula dan perlu dibuang dengan betul.

Apabila kita mengasingkan sisa pepejal dari awal, proses pengumpulan, pengurusan dan kitar semula menjadi lebih mudah.

Pada masa yang sama, kita dapat mengurangkan jumlah sisa pepejal yang berakhir di tapak pelupusan.

Jadi, pastikan anda mengasingkan sisa pepejal sebagai rutin harian. Langkah kecil hari ini mampu memberikan impak besar kepada alam sekitar untuk generasi akan datang.

09/09/2026
06/09/2026

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Melaka

24/07/2026

TEMPOH SINGKAT, IMPAK RATUSAN TAHUN

Beg plastik sekali guna kebiasaannya hanya digunakan dalam tempoh kurang daripada 30 minit, namun proses pelupusannya secara semula jadi memakan masa sehingga ratusan tahun.

Pilihan bijak kita hari ini amat bermakna bagi memastikan kelestarian alam sekitar pada masa hadapan.

24/07/2026

TANGGUNGJAWAB BERSAMA: KATAKAN TIDAK KEPADA PLASTIK SEKALI GUNA

Premis perniagaan dan pasaran harian merupakan antara lokasi utama penjanaan sisa plastik. Melalui kesedaran sivik yang tinggi, kita mampu mengubah rantaian ini dengan melazimkan penggunaan beg mesra alam setiap kali keluar membeli-belah.

Sediakan beg kitar semula anda sebelum keluar rumah.

OPERASI PEMBUANGAN SAMPAH KECILTIADA HARI TANPA PENGUATKUASAAN23 Julai 2026, Khamis - SWCorp Cawangan Jasin telah melaks...
24/07/2026

OPERASI PEMBUANGAN SAMPAH KECIL

TIADA HARI TANPA PENGUATKUASAAN

23 Julai 2026, Khamis - SWCorp Cawangan Jasin telah melaksanakan Ops Cegah di sekitar Bandar Jasin. Ini adalah sebagai langkah penguatkuasaan terhadap kesalahan pembuangan sampah kecil di tempat awam.

Operasi ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat agar sentiasa menjaga kebersihan persekitaran serta mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Sepanjang operasi dijalankan, sebanyak 2 Notis Pemberitahuan Kesalahan (NPK) telah dikeluarkan kepada individu yang didapati membuang sampah kecil di kawasan awam.
Pihak SWCorp Cawangan Jasin akan terus mempergiatkan aktiviti penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan persekitaran yang lebih bersih, selesa dan sejahtera untuk semua.




PSK
PKM

15/07/2026

KESALAHAN YANG BOLEH DIKENAKAN PERINTAH KHIDMAT MASYARAKAT

Pindaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 [Akta 672] memperuntukkan Perintah Khidmat Masyarakat terhadap individu yang melakukan kesalahan membuang sampah kecil di tempat awam.

Antara kesalahan yang boleh dikenakan tindakan termasuk membuang puntung rokok, tisu, plastik, tin minuman atau pembungkus makanan di tempat awam, membuang sampah kecil dari kenderaan serta meninggalkan sampah di kawasan awam.

Persekitaran yang bersih bermula dengan sikap setiap individu. Amalkan budaya membuang sampah ke dalam tong yang disediakan dan bersama-sama memelihara kebersihan demi kesejahteraan masyarakat serta kelestarian alam sekitar.

Kebersihan bukan sekadar tanggungjawab pihak berkuasa, malah merupakan tanggungjawab bersama. Patuhi peraturan, elakkan perbuatan membuang sampah merata-rata dan jadilah warga yang bertanggungjawab demi mewujudkan persekitaran yang bersih, selamat dan berkualiti untuk semua.

15/07/2026

SAMPAH MENJANA PENDAPATAN

Sampah bukan sekadar sisa, malah boleh menjadi sumber pendapatan jika diurus dengan bijak.

Amalkan pengurusan sisa secara bertanggungjawab melalui tukar beli barangan terpakai, kitar semula bahan yang boleh dikitar semula atau menjual barangan yang masih dalam keadaan baik. Setiap usaha ini mampu mengurangkan jumlah sisa yang dihantar ke tapak pelupusan serta mewujudkan nilai ekonomi.

Jadikan pengurusan sisa sebagai amalan harian demi persekitaran yang lebih bersih, lestari dan bernilai.

Address

PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM (SWCORP) CAWANGAN JASIN, KEMENTERIAN Perumahan DAN KERAJAAN TEMPATAN, LOT KP2-53 (JA 9964) BANDAR BARU
Jasin
77000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6065292755

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SWCorp Jasin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to SWCorp Jasin:

Shortcuts

Share