Polis Jasin

Call Directions Contact the organization

Polis Jasin Tindakan ini adalah penting demi keselamatan diri pemberi maklumat dan menjamin keselamatan maklumat itu sendiri.

โ€ข Balai Polis Jasin โ€ข Balai Polis Bemban โ€ข Balai Polis Kesang โ€ข Balai Polis Selandar โ€ข Balai Polis Batang Melaka โ€ข Balai Polis Nyalas โ€ข Balai Polis Asahan โ€ข Balai Polis Simpang Bekoh โ€ข Balai Polis Chinchin โ€ข Balai Polis Merlimau โ€ข Balai Polis Sg Rambai โ€ข POLISI FACEBOOK RASMI POLIS JASIN
Polis Jasin mengalu-alukan sebarang maklum balas daripada pengunjung dan menghormati hak asasi bagi setiap individu untuk kebebasan berfikir, kebebasan memberi pendapat dan berekspresi sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Bagi memastikan facebook rasmi Polis Jasin mencapai objektifnya sebagai satu platform interaksi yang dapat memberi kesedaran mengenai pencegahan jenayah yang efektif, maka pihak admin berhak memadam sebarang komen yang tidak sesuai. Panduan memberi komen di facebook rasmi Polis Jasin adalah seperti berikut:
Komen Yang Boleh Diterima
Komen secara umum, komen yang membina dan cadangan yang bernas. Komen Yang Tidak Diterima
โ— Komen yang menyentuh isu perkauman, dasar ataupun corak penugasan operasi polis, menimbulkan kebencian, fitnah, ancaman, lucah, keganasan, komen yang menggunakan bahasa yang kasar dan berunsur "personal attack".
โ— iklan
โ— maklumat peribadi tentang orang lain
โ— bahan hak cipta milik orang lain
โ— link ke laman web yang tidak sesuai
โ— spam
Maklumat Jenayah
Semua maklumat jenayah perlu disalurkan ke alamat e-mel: [email protected]. Laporan Polis
Hubungi / lapor kepada pihak polis di kawasan anda. Pihak PDRM tidak menerima laporan polis melalui e-mel dan Facebook Rasmi Polis Jasin. Hak Pentadbir
Pentadbir Facebook Rasmi Polis Jasin berhak untuk meminda sebarang polisi yang dinyatakan di sini dari masa ke semasa. Pentadbir berhak dalam sebarang keadaan untuk mengambil tindakan yang perlu bagi memastikan objektif Facebook Rasmi Polis Jasin sentiasa terpelihara. Pentadbir juga berhak untuk membuang/memadam komen-komen yang berbentuk provokasi atau menggunakan bahasa yang menyentuh sensitiviti individu, organisasi, parti, agama dan perkauman.
* Segala pandangan/pendapat/komen oleh mana - mana individu di mana - mana ruang di dalam Facebook Rasmi Polis Jasin adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pentadbir Facebook Rasmi Polis Jasin. Pihak pentadbir Facebook Rasmi Polis Jasin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada pandangan/pendapat/komen berkenaan.

๐Š๐๐ƒ ๐‰๐€๐’๐ˆ๐ ๐™๐ˆ๐€๐‘๐€๐‡ ๐Š๐„๐Œ๐€๐“๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐’๐€๐‘๐€ ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐’6 Oktober 2026 | Selasa  โ€“ Ketua Polis Daerah Jasin, YDH Supt. Lee Robert telah ha...
06/10/2026

๐Š๐๐ƒ ๐‰๐€๐’๐ˆ๐ ๐™๐ˆ๐€๐‘๐€๐‡ ๐Š๐„๐Œ๐€๐“๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐’๐€๐‘๐€ ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐’

6 Oktober 2026 | Selasa

โ€“ Ketua Polis Daerah Jasin, YDH Supt. Lee Robert telah hadir memberikan penghormatan terakhir upacara pengkebumian jenazah Allahyarham Insp. (B) G/16224 Hj. Aminudin bin Hj. Idris, pesara polis yang telah meninggal dunia pada 5 Oktober 2026 kerana komplikasi akibat kemalangan jalan raya pada minggu lalu.

Allahyarham pernah berkhidmat sebagai Ketua Polis Balai Jasin sekitar tahun 2008 hingga 2015 sebelum bersara wajib pada tahun 2019 ketika bertugas di Cawangan Pelesenan, Bahagian Pengurusan, Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah.

Turut hadir, Ketua Bahagian Pengurusan IPD Jasin, ASP Mohd Fadzli bin Othman, Insp. Cawangan Khas Jasin, Insp. Mohd Fazley bin Mat Zain, pesara-pesara polis serta sahabat handai Allahyarham.

Seluruh warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menerima segala amal ibadah serta menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Insp. G/26491 Muhammad Al Azim bin Md Azmi, mengampuni segala ...
05/10/2026

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Insp. G/26491 Muhammad Al Azim bin Md Azmi, mengampuni segala dosa dan kesalahan Allahyarham, menerima segala amal ibadahnya serta menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.

๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐“๐€๐Š๐™๐ˆ๐€๐‡Ketua Polis Daerah Jasin, YDH Supt. Lee Robert dan isteri, YBhg. Puan Puah Pei Ling, Pengerusi PERKEP Daera...
05/10/2026

๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐“๐€๐Š๐™๐ˆ๐€๐‡

Ketua Polis Daerah Jasin, YDH Supt. Lee Robert dan isteri, YBhg. Puan Puah Pei Ling, Pengerusi PERKEP Daerah Jasin serta seluruh warga kerja Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin menzahirkan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Insp. G/26491 Muhammad Al Azim bin Md Azmi, Pegawai Kanan Polis Bahagian D7, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka yang telah kembali ke rahmatullah pada 5 Oktober 2026.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa dan menerima segala amal ibadahnya serta menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Semoga seluruh ahli keluarga Allahyarham diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan insan tersayang ini.

๐๐„๐‘๐ˆ๐“๐€ ๐Š๐„๐Œ๐€๐“๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐Š๐€๐๐€๐ ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐’, ๐ˆ๐๐” ๐๐„๐‰๐€๐๐€๐“ ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐’ ๐Š๐Ž๐๐“๐ˆ๐๐‰๐„๐ ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€

โ€Žุฅู†ู‘ูŽุง ูู„ู„ู‡ู ูˆุฅู†ู‘ูŽุง ุฅู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู’ู†
"Innalillahi wa inna ilaihi raji'un"
โ€ŽุงูŽู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุงุบู’ููุฑู’ ู„ูŽู‡ู ูˆูŽุงุฑู’ุญูŽู…ู’ู‡ู ูˆูŽุนูŽุงููู‡ู ูˆูŽุงุนู’ู
โ€œAllahumma firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu".

YDH Ketua Polis Melaka, DCP Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar bersama seluruh warga PDRM Kontinjen Melaka menzahirkan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Insp G/26491 Muhammad Al Azim Bin Md Azmi yang telah kembali ke rahmatullah pada 5 Oktober 2026 kerana Relapsed Testicular Cancer.

Perkhidmatan terakhir Allahyarham adalah di Bahagian D7, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka. Jenazah Allahyarham dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Kilang Padi, Labu, Negeri Sembilan.

Semoga Allah SWT menempatkan roh Allahyarham di kalangan orang yang beriman dan orang yang beramal soleh. Amin Ya Rabbal Alamin.






โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”
๐Œ๐ž๐๐ข๐š ๐’๐จ๐ฌ๐ข๐š๐ฅ ๐‘๐š๐ฌ๐ฆ๐ข ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐’ ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€
้ฉฌๅ…ญ็”ฒ่ญฆๆ–นๅฎ˜ๆ–น็คพไบคๅช’ไฝ“
๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€ ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐‚๐„
เฎ…เฎคเฎฟเฎ•เฎพเฎฐเฎชเฏเฎชเฏ‚เฎฐเฏเฎต เฎšเฎฎเฏ‚เฎ• เฎŠเฎŸเฎ•เฎฎเฏ
#๐‹๐ข๐ค๐ž #๐…๐จ๐ฅ๐ฅ๐จ๐ฐ #๐’๐ก๐š๐ซ๐ž
https://www.facebook.com/IPKMelaka
https://www.tiktok.com/
https://instagram.com/polis_melaka_official

03/10/2026
03/10/2026
๐Š๐๐ƒ ๐‰๐€๐’๐ˆ๐ ๐“๐ˆ๐๐‰๐€๐” (๐Ÿ‘) ๐๐”๐’๐€๐“ ๐๐„๐๐€๐Œ๐€๐€๐ ๐‚๐€๐‹๐Ž๐ ๐๐‘๐ ๐Š๐„-๐Ÿ๐Ÿ” ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€2 Oktober 2026 | Jumaat  โ€“ Ketua Polis Daerah Jasin, YD...
02/10/2026

๐Š๐๐ƒ ๐‰๐€๐’๐ˆ๐ ๐“๐ˆ๐๐‰๐€๐” (๐Ÿ‘) ๐๐”๐’๐€๐“ ๐๐„๐๐€๐Œ๐€๐€๐ ๐‚๐€๐‹๐Ž๐ ๐๐‘๐ ๐Š๐„-๐Ÿ๐Ÿ” ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€

2 Oktober 2026 | Jumaat

โ€“ Ketua Polis Daerah Jasin, YDH Supt. Lee Robert bersama-sama jabatan dan agensi yang terlibat telah meninjau tiga (3) pusat penamaan calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.26 Serkam, N.27 Merlimau dan N.28 Sungai Rambai.

Tinjauan tersebut bertujuan memastikan aspek keselamatan, kesiapsiagaan penugasan serta kelancaran urusan di ketiga-tiga pusat penamaan calon berada pada tahap yang baik menjelang proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16.

Selain itu, tinjauan turut memberi fokus kepada penyelarasan pergerakan serta kerjasama antara jabatan dan agensi yang terlibat bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara sepanjang proses penamaan calon berlangsung.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Daerah Jasin, DSP Azmi Abdul Salam; Ketua Cawangan Khas, ASP Muhammad Firdaus Mud Shukri; Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, ASP Mohamad Ehsan Abu Bakar; Ketua Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, ASP Mohd Fuad Ali; Ketua Polis Balai Merlimau, ASP Hairul Azrin Abd Ghani; Insp. Cawangan Khas, Insp. Mohd Fazley Mat Zain serta Ketua Polis Balai Sungai Rambai, SM Samsuddin Husin.

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐๐„๐‘๐’๐€๐‘๐€ ๐๐… ๐๐Ž๐‘๐€๐™๐ˆ๐™๐ˆ ๐€๐™๐ˆ๐™30 September 2026 | Rabu  โ€“ Ketua Polis Daerah Jasin, YDH Supt. Lee Robert serta seluruh...
30/09/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐๐„๐‘๐’๐€๐‘๐€ ๐๐… ๐๐Ž๐‘๐€๐™๐ˆ๐™๐ˆ ๐€๐™๐ˆ๐™

30 September 2026 | Rabu

โ€“ Ketua Polis Daerah Jasin, YDH Supt. Lee Robert serta seluruh warga kerja Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan selamat bersara kepada PF 23315 Norazizi binti Aziz, Pembantu Tadbir (N2) Perkeranian/Operasi, Bahagian Logistik dan Teknologi, IPD Jasin.

Puan Norazizi binti Aziz telah mula berkhidmat di IPD Jasin pada 15 April 2010 dan akan menamatkan perkhidmatan setelah mencapai umur persaraan wajib 56 tahun.

Beliau akan menjalani cuti bersara sebelum bersara wajib pada 16 Oktober 2026.

Sesungguhnya, segala jasa, khidmat bakti, komitmen dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan amatlah dihargai dan akan sentiasa dikenang oleh seluruh warga IPD Jasin.

Semoga Puan Norazizi binti Aziz sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur serta menikmati kehidupan persaraan yang bahagia, tenang dan sejahtera bersama keluarga tercinta.

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐๐„๐‘๐’๐€๐‘๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐“๐„๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡ ๐€๐“๐€๐’ ๐’๐„๐†๐€๐‹๐€ ๐‰๐€๐’๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐๐€๐Š๐“๐ˆ.

๐Š๐๐ƒ ๐‰๐€๐’๐ˆ๐ ๐๐„๐‘๐ˆ๐Š๐’๐€ ๐Š๐€๐–๐€๐ƒ ๐๐“๐Š๐๐ ๐€๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ•30 September 2026 | Rabu  โ€“ Ketua Polis Daerah Jasin, YDH Supt. Lee Robert telah hadir...
30/09/2026

๐Š๐๐ƒ ๐‰๐€๐’๐ˆ๐ ๐๐„๐‘๐ˆ๐Š๐’๐€ ๐Š๐€๐–๐€๐ƒ ๐๐“๐Š๐๐ ๐€๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ•

30 September 2026 | Rabu

โ€“ Ketua Polis Daerah Jasin, YDH Supt. Lee Robert telah hadir menjalankan pemeriksaan kawad bagi pemeriksaan Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) A117 di peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin.

Pemeriksaan yang bermula pada 28 hingga 30 September 2026 ini melibatkan sebelas (11) buah balai polis di bawah pentadbiran IPD Jasin.

Pemeriksaan ini bertujuan memastikan tahap kesiapsiagaan, disiplin, kekemasan serta pematuhan warga kerja terhadap peraturan dan arahan yang ditetapkan sentiasa berada pada tahap yang baik, di samping memastikan aspek keselamatan dan pengurusan tugas di setiap balai dilaksanakan dengan teratur dan berkesan.

Pemeriksaan turut memberi penekanan terhadap tahap kecekapan anggota dalam melaksanakan tugasan, pengurusan aset serta kelengkapan, kebersihan dan kekemasan persekitaran balai serta pematuhan terhadap prosedur operasi yang ditetapkan.

Turut hadir sama, Timbalan Ketua Polis Daerah Jasin, DSP Azmi Abdul Salam, Ketua-Ketua Bahagian serta Ketua-Ketua Polis Balai IPD Jasin.

===================================================
Ikuti Media Sosial Rasmi IPD Jasin untuk mendapatkan informasi dan aktiviti kami di :

https://facebook.com/polisjasin
https://tiktok.com/
https://instagram.com/polisjasin

Address

Ibupejabat Polis Daerah Jasin
Jasin
77000

Telephone

+6065292222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Jasin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Polis Jasin:

Shortcuts

Share

Category