Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang

Directions Website Contact the organization

Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang Ruangan ini adalah bagi pemberitahuan perkembangan terkini Majlis,Program Dan lain-lain perkara

SUMBANGAN KUIH-MUIH SEMPENA SAMBUTAN HARI DEEPAVALI TAHUN 2026 DAN BARANGAN SEMBAHYANG TRADISI INDIA02 NOVEMBER 2026 | I...
03/11/2026

SUMBANGAN KUIH-MUIH SEMPENA SAMBUTAN HARI DEEPAVALI TAHUN 2026 DAN BARANGAN SEMBAHYANG TRADISI INDIA

02 NOVEMBER 2026 | ISNIN

Pihak institusi Penjara Seberang Perai telah menerima kunjungan Persatuan Hindhudharma Mamandram Malaysia Cawangan Pulau Pinang.

Penyerahan Muruku Campuran Adhirasam sebanyak (2000) pek dan barangan sembahyang tradisi india (shikakai, Vibuthi dan minyak ) dari Encik Thanabalan Nanda Kumar, Pengerusi Malaysia Hindudharma Mamandram Cawangan Pulau Pinang kepada semua penghuni di Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang telah diterima oleh PP Rozita binti Muhamad Sharif, Timbalan Pengarah, Penjara Seberang Perai dan PP Zaini bin Ahmad bagi mewakili YDH PKK Norulekhsan bin Abdul Rahim, Pengarah Penjara Seberang Perai diiringi bersama anggota Unit Program Pemulihan Insan (PPI) Penjara Seberang Perai.

MAJLIS PERISYTIHARAN SOLAT JUMAAT (SEMENTARA) SURAU AL-ISLAH, PENJARA SEBERANG PERAI23 OKTOBER 2026 | JUMAATMajlis ini t...
24/10/2026

MAJLIS PERISYTIHARAN SOLAT JUMAAT (SEMENTARA) SURAU AL-ISLAH, PENJARA SEBERANG PERAI

23 OKTOBER 2026 | JUMAAT

Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) diiringi oleh TKP Nor Haizan bin Mat Isa, Pengarah Bahagian Agama dan Kaunseling, Ibu Pejabat Penjara Malaysia; PKK Mahadzair bin Che Daud, Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang; PKK Norulekhsan bin Abdul Rahim, Pengarah Penjara Seberang Perai; serta PKP Zool Fadli bin Ismail, Pengarah Penjara Pulau Pinang.

Turut hadir ialah Sahibus Samahah Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Sukki bin Othman, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang; YAA Dato’ Za’im bin Md Yudin, Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang; Tuan Mohd Hafiz Aswad bin Nadzri, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP); serta barisan kepimpinan MAINPP dan agensi berkaitan.

Majlis dimulakan dengan ucaptama oleh YB Timbalan Ketua Menteri 1 di Dewan Sukan Penjara Seberang Perai, yang dihadiri oleh para jemputan serta seramai 300 orang prospek lelaki dan wanita.

Acara diteruskan dengan lafaz perisytiharan di Surau Al-Islah, menandakan pelaksanaan Solat Jumaat.

Kemuncak majlis menyaksikan pelaksanaan Solat Jumaat pertama di Surau Al-Islah yang melibatkan seramai 200 orang prospek. Sahibus Samahah Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Sukki bin Othman, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, menyampaikan khutbah Jumaat, manakala solat diimamkan oleh Ustaz Abhar Hazi bin Halim, Johan Qari Tilawah al-Quran Negeri Pulau Pinang dari Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang.

Pelaksanaan inisiatif ini diharap dapat memastikan ibadah Solat Jumaat dilaksanakan secara lebih teratur mengikut giliran, di samping memperkukuh penghayatan agama, pembentukan sahsiah dan usaha pemulihan prospek secara holistik. Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Jabatan Penjara Malaysia dalam memperkasa pembangunan kerohanian sebagai elemen penting pemulihan serta meneroka peluang pendidikan al-Quran bagi manfaat penghuni institusi penjara.

MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KEPADA KONTINJEN PENJARA NEGERI PULAU PINANG KE KEJOHANAN PRISON INTERSTATE TENIS 202614 Oktob...
15/10/2026

MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KEPADA KONTINJEN PENJARA NEGERI PULAU PINANG KE KEJOHANAN PRISON INTERSTATE TENIS 2026

14 Oktober 2026 | RABU

Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Tenis Penjara Negeri Pulau Pinang bertempat di Dewan Mutiara Penjara Seberang Perai Pulau Pinang telah disempurnakan oleh PP Zaini bin Ahmad, Penguasa Penjara Seberang Perai Pulau Pinang.

Pasukan Tenis Penjara Negeri Pulau Pinang diketuai oleh Inspektor Husen Bin Che Rusmin akan bertanding bermula 16 Oktober 2026 hingga 18 Oktober 2026 di Kejohanan Prison Interstate Tenis 2026 bertempat di MITC Ayer Keroh Melaka.

Tujuan penyerahan ini diadakan adalah untuk menyuntik semangat juang yang tinggi selain menaikkan motivasi pasukan agar dapat memperolehi kejayaan pada kejohanan kali ini. Pengarah Penjara Seberang Perai Pulau Pinang mengucapkan selamat berjuang dan berusaha dengan penuh semangat kesukanan sepanjang pertandingan.

Seluruh warga Penjara Negeri Pulau Pinang juga turut mendoakan agar kejayaan dapat diperolehi oleh pasukan Tenis di kejohanan tersebut.

LAWATAN ZIARAH PENGARAH PENJARA SEBERANG PERAI KE ATAS KAKITANGAN DI HOSPITAL SEBERANG JAYA, PULAU PINANG12 OKTOBER 2026...
12/10/2026

LAWATAN ZIARAH PENGARAH PENJARA SEBERANG PERAI KE ATAS KAKITANGAN DI HOSPITAL SEBERANG JAYA, PULAU PINANG

12 OKTOBER 2026 | ISNIN

YDH PKK Norulekhsan bin Abdul Rahim, Pengarah Penjara Seberang Perai telah mengadakan lawatan ziarah ke atas seorang anggota SJN 14957 Adri bin Ahmad, yang sedang menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Lawatan ini merupakan tanda keprihatinan dan sokongan pihak pengurusan terhadap kebajikan serta kesejahteraan warga kerja Penjara Seberang Perai, khususnya anggota yang sedang menghadapi masalah kesihatan.

Dalam lawatan tersebut, Pengarah Penjara Seberang Perai turut menyampaikan kata-kata semangat dan mendoakan agar SJN 14957 Adri bin Ahmad diberikan kesembuhan, dipermudahkan segala urusan rawatan serta kembali pulih seperti sediakala.

Lawatan seumpama ini mencerminkan komitmen pihak pengurusan dalam memupuk nilai kebersamaan, keprihatinan dan semangat kekeluargaan dalam kalangan warga Jabatan Penjara Malaysia.

Semoga SJN 14957 Adri bin Ahmad dikurniakan kesembuhan yang segera dan kembali bertugas apabila telah pulih sepenuhnya.

PERHIMPUNAN BULANAN DAN PEMAKAIAN PANGKATPERINGKAT PENJARA NEGERI PULAU PINANG5 OKTOBER 2026 | ISNINMajlis Perhimpunan B...
05/10/2026

PERHIMPUNAN BULANAN DAN PEMAKAIAN PANGKAT
PERINGKAT PENJARA NEGERI PULAU PINANG

5 OKTOBER 2026 | ISNIN

Majlis Perhimpunan Bulanan dan Pemakaian Pangkat Peringkat Penjara Negeri Pulau Pinang telah diadakan pada 5 Oktober 2026 bertempat di Dataran Penjara Seberang Perai.

Majlis ini telah disertai seramai 120 orang kakitangan yang terdiri daripada Pegawai Kanan, Anggota dan Pegawai Awam. Kehadiran melibatkan warga kerja daripada Pejabat Penjara Negeri Pulau Pinang, Penjara Seberang Perai, Penjara Pulau Pinang, Penjara Satelit Bukit Mertajam, Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Daerah Barat Daya, Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Daerah Seberang Perai Utara, Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Daerah Seberang Perai Selatan serta Unit K9.

Turut hadir ialah YDH PKK Mahadzair bin Che Daud, Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang, diiringi YDH PKK Norulekhsan bin Abdul Rahim, Pengarah Penjara Seberang Perai dan YBrs. PKP Zool Fadli bin Ismail, Pengarah Penjara Pulau Pinang.

Majlis pada bulan ini turut menyaksikan Upacara Pemakaian Pangkat kepada seorang (1) Penolong Penguasa Penjara Gred KA7, sebagai tanda pengiktirafan dan penghargaan atas dedikasi serta komitmen yang telah diberikan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan.

Selain itu, seramai tiga (3) orang anggota penerima telah menerima sumbangan daripada Dana Persatuan Pegawai Penjara (Prison Officer Association Relief Fund – POARF) susulan kejadian bencana alam yang menimpa mereka. Sumbangan ini merupakan manifestasi keprihatinan dan semangat kebersamaan warga Jabatan Penjara Malaysia dalam membantu meringankan beban yang dihadapi oleh warga kerja yang terjejas.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan YDH PKK Mahadzair bin Che Daud, Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang dan sesi bergambar bersama penerima pemakaian pangkat dan penerima sumbangan POARF, sebelum diakhiri dengan jamuan makan.

Penganjuran majlis ini bukan sahaja menjadi wadah bagi menyampaikan amanat dan maklumat berkaitan perkhidmatan, malah turut memperkukuh semangat kekitaan, kebersamaan dan solidariti dalam kalangan warga kerja Penjara Negeri Pulau Pinang.

PROGRAM OUTREACH KOREKTIF PERINGKAT PROSPEK PENJARA SEBERANG PERAI, PULAU PINANG TAHUN 2026Penjara Seberang Perai (PSP) ...
04/10/2026

PROGRAM OUTREACH KOREKTIF PERINGKAT PROSPEK PENJARA SEBERANG PERAI, PULAU PINANG TAHUN 2026

Penjara Seberang Perai (PSP) telah melaksanakan Program Outreach Korektif Peringkat Prospek Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang Tahun 2026 sebagai inisiatif memperkukuh usaha pemulihan, sokongan keluarga serta reintegrasi prospek ke dalam komuniti.

Program telah dirasmikan oleh YDH PKK Norulekhsan bin Abdul Rahim, Pengarah Penjara Seberang Perai, mewakili YDH PKK Mahadzir bin Che Daud, Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang, dan turut dihadiri barisan pengurusan kanan Penjara serta wakil agensi kerajaan, NGO, badan keagamaan dan komuniti.

Antara pengisian utama program ialah Sesi Khas Bicara “Dari Tirai Besi Kembali ke Komuniti” yang menampilkan tiga panel jemputan, iaitu Prof. Madya Dr. Darshan Singh Mahinder Singh (USM), En. Mohd Khairul bin Ab. Aziz (PROPER) dan TPP Nik Md Hanis bin Nik Mohd Hussian (PSP), dengan KIP Mohd Shafni bin Shaibun sebagai moderator.

Program turut diserikan dengan persembahan prospek, penyampaian sijil dan cenderahati serta sesi ramah mesra bersama keluarga prospek, jemputan dan peserta.

Pelaksanaan program ini mencerminkan komitmen Jabatan Penjara Malaysia dalam memperkukuh pendekatan pemulihan, memperkasa sokongan keluarga serta meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap kepentingan penerimaan dan reintegrasi semula prospek ke dalam komuniti.

🌿 “PENJARA SELAMAT, BERDAYA HUNI DAN MENGINSPIRASIKAN HARAPAN”





🚶‍♀️ NIGHT STRIDE FITNESS WALK PSP 202623 SEPTEMBER 2026 | PENJARA SEBERANG PERAIPenjara Seberang Perai telah melaksanak...
25/09/2026

🚶‍♀️ NIGHT STRIDE FITNESS WALK PSP 2026

23 SEPTEMBER 2026 | PENJARA SEBERANG PERAI

Penjara Seberang Perai telah melaksanakan Night Stride Fitness Walk PSP 2026, anjuran Kumpulan Glow Getters, sebagai salah satu aktiviti kecergasan sempena Fitness Challenge PSP 2026.

Program yang berlangsung di sekitar kawasan Penjara Seberang Perai ini telah disertai oleh kira-kira 70 orang anggota Penjara Seberang Perai.

Program ini turut dihadiri oleh YDH PKK Norulekhsan bin Abdul Rahim, Pengarah Penjara Seberang Perai, YBrs. PP Rozita bin Syarif, Timbalan Pengarah Penjara Seberang Perai, serta barisan Pegawai Kanan Penjara Seberang Perai.

Program bermula dengan sesi pendaftaran peserta dan senaman pemanasan badan sebelum peserta dilepaskan untuk menyertai aktiviti berjalan kaki melalui laluan yang telah ditetapkan, bermula dari Dewan Sri Mutiara – Kuarters Kakitangan – Tembok Penjara – dan kembali semula ke Dewan Sri Mutiara.

Aktiviti ini berlangsung dalam suasana yang meriah dan penuh semangat kekitaan, di samping memberi peluang kepada warga kerja untuk melakukan aktiviti fizikal secara berkumpulan. Peserta turut mengikuti sesi cool down dan aktiviti regangan selepas selesai berjalan kaki.

Program turut diserikan dengan cabutan bertuah dan sesi bergambar bersama peserta, sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan warga kerja Penjara Seberang Perai.

Pelaksanaan program ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran warga kerja terhadap kepentingan penjagaan kesihatan dan kecergasan fizikal, di samping menggalakkan amalan gaya hidup aktif dan sihat selaras dengan aspirasi Fitness Challenge PSP 2026.

🌿 “PENJARA SELAMAT, BERDAYA HUNI DAN MENGINSPIRASIKAN HARAPAN”

🕌 MAJLIS BACAAN YASIN & SOLAT HAJAT SEMPENA SAMBUTAN HARI PENJARA KE-23624 SEPTEMBER 2026 | PENJARA SEBERANG PERAIPenjar...
25/09/2026

🕌 MAJLIS BACAAN YASIN & SOLAT HAJAT SEMPENA SAMBUTAN HARI PENJARA KE-236

24 SEPTEMBER 2026 | PENJARA SEBERANG PERAI

Penjara Seberang Perai telah melaksanakan Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat sempena Sambutan Hari Penjara Ke-236 di Surau As-Sakinah dengan penuh khusyuk dan lancar.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin, diikuti Solat Hajat dan doa bagi memohon keberkatan, keselamatan, kesejahteraan serta perlindungan Allah SWT buat seluruh warga Jabatan Penjara Malaysia, khususnya warga Penjara Seberang Perai.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran YDH PKK Norulekhsan bin Abdul Rahim, Pengarah Penjara Seberang Perai, bersama pegawai, anggota dan kakitangan awam.

Semoga majlis ini menjadi wadah memperkukuh penghayatan kerohanian, ukhuwah dan semangat kebersamaan dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab.

🌿 “PENJARA SELAMAT, BERDAYA HUNI DAN MENGINSPIRASIKAN HARAPAN”




MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KEPADA KONTINJEN PENJARA NEGERI PULAU PINANG KE KEJOHANAN PRISON INTERSTATE PETANQUE 202623 Se...
23/09/2026

MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KEPADA KONTINJEN PENJARA NEGERI PULAU PINANG KE KEJOHANAN PRISON INTERSTATE PETANQUE 2026

23 September 2026 | RABU

Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Petanque Penjara Negeri Pulau Pinang bertempat di Dewan Mutiara Penjara Seberang Perai Pulau Pinang telah disempurnakan oleh YDH PKK Norulekhsan Bin Abdul Rahim, Pengarah Penjara Seberang Perai Pulau Pinang. Pasukan Petanque Penjara Negeri Pulau Pinang diketuai oleh TPP Nik Md Hanis Bin Nik Mohd Hussian akan bertanding bermula 25 September 2026 hingga 27 September 2026 di Kejohanan Prison Interstate Petanque 2026 bertempat di Arena Petanque Daim, Pusat Koreksional Kamunting,Taiping Perak.

Tujuan penyerahan ini diadakan adalah untuk menyuntik semangat juang yang tinggi selain menaikkan motivasi pasukan agar dapat memperolehi kejayaan pada kejohanan kali ini. Pengarah Penjara Seberang Perai Pulau Pinang mengucapkan selamat berjuang dan berusaha dengan penuh semangat kesukanan sepanjang pertandingan.

Seluruh warga Penjara Negeri Pulau Pinang juga turut mendoakan agar kejayaan dapat diperolehi oleh pasukan Petanque di kejohanan tersebut.

LAWATAN PERANCANGAN PROGRAM FAST KE DEPOT IMIGRESEN JAWI8 SEPTEMBER 2026 | SELASAPihak institusi telah mengadakan Lawata...
08/09/2026

LAWATAN PERANCANGAN PROGRAM FAST KE DEPOT IMIGRESEN JAWI

8 SEPTEMBER 2026 | SELASA

Pihak institusi telah mengadakan Lawatan Perancangan Program Fast Banduan Dagang ke Depot Imigresen Jawi.

Lawatan di ketuai oleh YDH PKK Norulekhsan bin Abdul Rahim, Pengarah Penjara Seberang Perai diiringi TPP Suhardi bin Ismail bersama 14 orang Pegawai Penjara Seberang Perai.

Lawatan ini bertujuan bagi melihat pelaksanaan pengurusan dan pengoperasian tahanan yang sedang dilaksanakan bagi memudahkan perancangan Pelaksanaan Program FAST Banduan Dagang Antara Depot Imigresen Jawi Bersama Penjara Seberang Perai.

Address

Kompleks Penjara Seberang Perai, Jalan Kerian
Jawi
14200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang:

Shortcuts

Share

Nearby government services