13/10/2026
MESYUARAT PERKEP IPD JELEBU BIL. 2/2026 SERTA PENGENALAN PENGERUSI PERKEP YANG BAHARU
Mesyuarat PERKEP IPD Jelebu Bil. 2/2026 telah diadakan bagi memperkenalkan Pengerusi PERKEP yang baharu iaitu Puan Haslinda Binti Shahabudin kepada ahli-ahli PERKEP IPD Jelebu.
Sesi pengenalan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara pengerusi baharu dengan ahli-ahli PERKEP, di samping memberi ruang kepada perkongsian pandangan serta perbincangan berkaitan hala tuju, kebajikan dan perancangan aktiviti PERKEP pada masa akan datang.
Diharapkan agar kehadiran pengerusi baharu dapat meneruskan kesinambungan kepimpinan serta memperkukuh semangat kerjasama, perpaduan dan ukhuwah dalam kalangan ahli PERKEP IPD Jelebu.
Semoga PERKEP IPD Jelebu terus maju dan cemerlang dalam melaksanakan setiap perancangan serta aktiviti demi kebajikan dan kesejahteraan semua ahli.