02/10/2026
LAWATAN KERJA AHLI PARLIMEN JEMPOL DAN PERASMIAN PROGRAM REMAJA CELIK SYARIAH
Jempol, 1 Oktober 2026 10.00 pagi telah berlangsung Lawatan Kerja Ahli Parlimen Jempol dan Perasmian Program Remaja Celik Syariah bertempat di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Jempol. Program ini turut melibatkan kerjasama strategik antara agensi penguatkuasaan, institusi kehakiman syariah, agensi agama, pendidikan serta komuniti setempat.
Majlis telah dihadiri oleh Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli, Ahli Parlimen Jempol, Dato’ Kamal Bashah bin Ahmad Tajuddin, Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan, Ustaz Nor Hisham bin Hassan, Pegawai Agama Islam Daerah Jempol, Tuan Haji Murad bin Nordin, Pegawai Pendidikan Daerah Jempol dan Jelebu serta Tuan Mutaqqin bin Mohd Fakiri, Pegawai Majlis Agama Islam Daerah Jempol.
Turut hadir mewakili IPD Jempol ialah YDH DSP Premkumar a/l Ramadas, Timbalan Ketua Polis Daerah Jempol dan anggota Balai Polis Bandar Seri Jempol.
Lawatan dan program ini bertujuan memperkukuh hubungan kerjasama antara PDRM, wakil masyarakat, institusi agama, pendidikan dan komuniti setempat, khususnya dalam usaha menangani isu keselamatan dan sosial yang melibatkan golongan remaja. Program Remaja Celik Syariah turut menjadi platform untuk memberikan pendedahan kepada golongan muda mengenai kepentingan memahami serta menghayati prinsip syariah, nilai agama dan akhlak dalam kehidupan seharian.