FELDA Raja Alias 2

Call Directions Website Contact the organization

FELDA Raja Alias 2 Segalanya FELDA

Dengan penuh rasa dukacita, kami menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Tun Dr Siti Hasmah Mohd AliSeorang tokoh wani...
28/09/2026

Dengan penuh rasa dukacita, kami menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali

Seorang tokoh wanita yang disegani dan dianugerahkan gelaran β€œIbu Negara”, seorang doktor dan insan yang penuh dengan sifat kasih sayang serta keprihatinan. Segala jasa, sumbangan dan pengorbanan beliau kepada negara, khususnya dalam bidang kesihatan, wanita dan kebajikan masyarakat, akan sentiasa dikenang.

Semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, mengampuni segala dosa dan menempatkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang solehah. Semoga keluarga yang ditinggalkan diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran menghadapi saat yang amat menyedihkan ini.

Al-Fatihah. 🀲🏻

21/09/2026
πŸŒ™ π‰π„πŒππ”π“π€π πŠπ„ πŠπ€π‘ππˆπ•π€π‹ πŒπ€π‡π€πππ€π‡ πŸπŸŽπŸπŸ” πŸŒ™Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.Dengan penuh hormat dan sukacitanya, Tu...
18/09/2026

πŸŒ™ π‰π„πŒππ”π“π€π πŠπ„ πŠπ€π‘ππˆπ•π€π‹ πŒπ€π‡π€πππ€π‡ πŸπŸŽπŸπŸ” πŸŒ™

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Dengan penuh hormat dan sukacitanya, Tuan/Puan seisi keluarga dijemput hadir memeriahkan Karnival Mahabbah 2026 yang akan berlangsung pada:

πŸ“… 19 September 2026 (Sabtu)
⏰ 8.00 pagi – 1.00 petang
πŸ“ Dewan Semai Bakti, FELDA Raja Alias 2

Pelbagai pengisian menarik menanti, termasuk ceramah, gema kasih bersama kumpulan nasyid Raihan, ketibaan Konvoi Kembara Prihatin Untukmu 2026 serta program kemasyarakatan.

✨ β€œMenyemai Mahabbah, Menyubur Rahmah, Memperkukuh Ukhuwah” ✨

Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama memeriahkan program ini. Kehadiran anda amat dialu-alukan!

16/09/2026

Ψ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ψ§ لِلّهِ وَΨ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ω€Ψ§ Ψ₯ΩΩ„ΩŽΩŠΩ’Ω‡Ω Ψ±ΩŽΨ§Ψ¬ΩΨΉΩˆΩ†

Dimaklumkan bahawa ayahanda kepada En. Jefinor bin Johari, Penyelia FELDA Raja Alias 2, telah kembali ke rahmatullah pada jam 6.00 pagi tadi.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman.

Salam takziah buat En. Jefinor bin Johari dan seluruh keluarga.

Al-Fatihah. 🀲

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

AlFatihah

بِسْمِ Ω±Ω„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡Ω Ω±Ω„Ψ±ΩŽΩ‘Ψ­Ω’Ω…ΩŽΩ€Ω†Ω Ω±Ω„Ψ±ΩŽΩ‘Ψ­ΩΩŠΩ… Ω±Ω„Ω’Ψ­ΩŽΩ…Ω’Ψ―Ω Ω„ΩΩ„ΩŽΩ‘Ω‡Ω Ψ±ΩŽΨ¨ΩΩ‘ Ω±Ω„Ω’ΨΉΩŽΩ€Ω„ΩŽΩ…ΩΩŠΩ†Ϋž Ω±Ω„Ψ±ΩŽΩ‘Ψ­Ω’Ω…ΩŽΩ€Ω†Ω Ω±Ω„Ψ±ΩŽΩ‘Ψ­ΩΩŠΩ…Ϋž Ω…ΩŽΩ€Ω„ΩΩƒΩ ΩŠΩŽΩˆΩ’Ω…Ω Ω±Ω„Ψ―ΩΩ‘ΩŠΩ†ΫžΨ₯ΩΩŠΩŽΩ‘Ψ§ΩƒΩŽ Ω†ΩŽΨΉΩ’Ψ¨ΩΨ―Ω وَΨ₯ΩΩŠΩŽΩ‘Ψ§ΩƒΩŽ Ω†ΩŽΨ³Ω’ΨͺΩŽΨΉΩΩŠΩ†ΩΫž Ω±Ω‡Ω’Ψ―ΩΩ†ΩŽΨ§ Ω±Ω„Ψ΅ΩΩ‘Ψ±ΩŽΨ·ΩŽ ٱلْمُسْΨͺΩŽΩ‚ΩΩŠΩ…ΩŽΫžΨ΅ΩΨ±ΩŽΨ·ΩŽ Ω±Ω„ΩŽΩ‘Ψ°ΩΩŠΩ†ΩŽ Ψ£ΩŽΩ†Ω’ΨΉΩŽΩ…Ω’Ψͺَ
ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩŠΩ’Ω‡ΩΩ…Ω’Ϋž ΨΊΩŽΩŠΩ’Ψ±Ω Ω±Ω„Ω’Ω…ΩŽΨΊΩ’ΨΆΩΩˆΨ¨Ω ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩŠΩ’Ω‡ΩΩ…Ω’ ΩˆΩŽΩ„Ψ§ΩŽ Ω±Ω„ΨΆΩŽΩ‘Ψ§Ϋ€Ω„ΩΩ‘ΩŠΩ†ΩŽΫžΨ§Ω…ΩŠΩ†

Salam takziah untuk keluarga daripada pihak pengurusan Felda Raja Alias 2.

16/09/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πŸπŸŽπŸπŸ”!

Dari tanah rancangan FELDA, lahirnya sebuah legasi yang turut menjadi sebahagian daripada perjalanan pembangunan negara.

Selama 70 tahun, FELDA terus menjadi wadah membina kehidupan, memperkasa peneroka dan generasi serta menyatukan masyarakat dalam semangat kebersamaan, perpaduan dan Malaysia MADANI.

Salam Hari Malaysia daripada Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga FELDA. πŸ‡²πŸ‡Ύ





31/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 πŸ‡²πŸ‡Ύ

Dengan penuh semangat patriotik, marilah kita bersama-sama menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan dengan menghayati erti kemerdekaan, memperkukuh perpaduan dan terus melangkah bersama demi Malaysia tercinta.

Malaysia MADANI, Kesejahteraan Dinikmati!





π’π€π‹π€πŒ πŒπ€π”π‹πˆπƒπ”π‘ 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 πŸπŸ’πŸ’πŸ–π‡ / πŸπŸŽπŸπŸ”πŒ Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menjadi wadah untuk kita menghayati dan meneladani...
24/08/2026

π’π€π‹π€πŒ πŒπ€π”π‹πˆπƒπ”π‘ 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 πŸπŸ’πŸ’πŸ–π‡ / πŸπŸŽπŸπŸ”πŒ

Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menjadi wadah untuk kita menghayati dan meneladani akhlak mulia Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.

Semoga kita terus istiqamah memperkukuh ukhuwah, memperbanyakkan selawat dan menjadikan ajaran Baginda sebagai panduan kehidupan.

β€œ 𝐌𝐚𝐝𝐚𝐧𝐒 πƒπ’π‘πšπ²πšπ­π’, π”π¦π¦πšπ‘ πƒπ’π›πžπ«π€πšπ­π’.”

ππ„πŒπ€πŠπ‹π”πŒπ€π πƒπˆπ•πˆπƒπ„π πŸπŸŽπŸπŸ“ 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐓𝐀𝐂𝐀𝐑𝐀 ππ„π‘πŒπŽπ‡πŽππ€πAssalamualaikum & Salam Sejehtera Anggota KPF Yang Dikasihi,Adalah dimakl...
24/08/2026

ππ„πŒπ€πŠπ‹π”πŒπ€π πƒπˆπ•πˆπƒπ„π πŸπŸŽπŸπŸ“ 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐓𝐀𝐂𝐀𝐑𝐀 ππ„π‘πŒπŽπ‡πŽππ€π

Assalamualaikum & Salam Sejehtera Anggota KPF Yang Dikasihi,

Adalah dimaklumkan bahawa permohonan dividen bagi tahun 2025 sebanyak 7.0% + 1.0% berjumlah RM163.36 juta, telah diluluskan SKM pada kadar 5.0% dengan jumlah keseluruhan bernilai RM102.10 juta.

βœ… Permohonan pengeluaran dividen boleh dibuat mulai 25 Ogos 2026 hingga 23 September 2026 melalui pautan _e_ -Dividen berikut:
https://dividen.kpf.my

βœ… Pembayaran dividen akan dibuat secara berperingkat bermula 1 September 2026.

βœ… Anggota disarankan untuk merujuk tatacara permohonan pengeluaran dividen sebelum membuat permohonan.

12/08/2026
08/06/2026

Address

Pejabat FELDA Raja Alias 2
Jempol
72120

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6064581755

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when FELDA Raja Alias 2 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to FELDA Raja Alias 2:

Shortcuts

Share