PAS KAWASAN SIK

Directions

PAS KAWASAN SIK Akaun Rasmi PAS Kawasan S*k PAS Kawasan S*k

Selamat datang ke keluarga besar PAS 💚
06/10/2026

Selamat datang ke keluarga besar PAS 💚

BERI PELUANG ANAK TERUSKAN PENDIDIKAN – SANUSINur Akasyah SabriS*K – Kepentingan pendidikan perlu diutamakan dalam melah...
05/10/2026

BERI PELUANG ANAK TERUSKAN PENDIDIKAN – SANUSI

Nur Akasyah Sabri

S*K – Kepentingan pendidikan perlu diutamakan dalam melahirkan generasi yang lebih bersedia menghadapi cabaran masa depan sekali gus menjadi jalan untuk mengubah nasib keluarga.

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, ibu bapa perlu terus memberi peluang dan dorongan kepada anak-anak untuk mendapatkan pendidikan hingga ke peringkat pengajian tinggi, walaupun berdepan pelbagai kesukaran.

“Berilah peluang anak-anak mengaji. Kalau tak mau mengaji, paksa. Sabarlah, teruslah beri peluang kepada anak pergi mengaji, pergi sekolah sampai habis, masuk universiti. Letih tara mana pun akan ada kepuasan,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Program Hari Komuniti Kampungku Sejahtera DUN Jeneri, di sini.

Tambahnya, Kerajaan Negeri turut menyediakan bantuan bagi membantu anak-anak daripada keluarga kurang berkemampuan melanjutkan pengajian, antaranya melalui Tabung Tunku Mahmud dan Bantuan Awal Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (iBAKIPT), selain bantuan daripada wakil rakyat serta Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sanusi berkata, persediaan pendidikan perlu diperkukuh kerana generasi akan datang bakal berdepan cabaran yang lebih besar.

“Mari kita hadapi bersama. Kerajaan Negeri akan menyediakan ekosistem yang membolehkan semua cabaran ini dihadapi, dibimbing untuk kita hadapi bersama cabaran yang akan datang," katanya.

Dalam pada itu, beliau menyeru golongan berada yang berjaya di luar Kedah supaya tidak melupakan negeri kelahiran, sebaliknya turut menyumbang melalui Tabung Tunku Mahmud bagi membantu lebih ramai anak Kedah melanjutkan pengajian ke universiti, sekali gus membuka peluang kepada mereka mengubah kehidupan melalui pendidikan.

“Kita gagaskan di Kedah ini, negeri tempat orang miskin boleh berteduh, tempat orang kaya menabur bakti,” katanya.

✍🏻📷 Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA

Tuan Guru Haji Zakaria Ismail (Paklong Zakaria), Pondok Ampang, Jeneri, seorang ulama tua yang masih ada di bumi S*k.Set...
05/10/2026

Tuan Guru Haji Zakaria Ismail (Paklong Zakaria), Pondok Ampang, Jeneri, seorang ulama tua yang masih ada di bumi S*k.

Setiap program anjuran PAS, pasti beliau akan hadir sekiranya dijemput.

Beliau seringkali berpesan supaya istiqamah dengan perjuangan PAS.

Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik buat Tuan Guru.

04/10/2026

Ini soal akidah, jangan ambil mudah.

📽️

“Mai belajaq dengan PAS, kutiplah derma, jangan asyik nak minta, jangan asyik nak projek. Berkorban bukan mengharap bala...
04/10/2026

“Mai belajaq dengan PAS, kutiplah derma, jangan asyik nak minta, jangan asyik nak projek. Berkorban bukan mengharap balasan, bukan mencari peluang untuk kembali semula macam dulu. Tak boleh dah, zaman dah tak boleh dah.”

📷 Harakahdaily

LANGKAWI-KUALA PERLIS RINTIS PERKHIDMATAN FERI ELEKTRIK PERTAMA MALAYSIARoslinda Hashim PUTRAJAYA - Langkawi bakal menja...
03/10/2026

LANGKAWI-KUALA PERLIS RINTIS PERKHIDMATAN FERI ELEKTRIK PERTAMA MALAYSIA

Roslinda Hashim

PUTRAJAYA - Langkawi bakal menjadi lokasi pelaksanaan feri penumpang elektrik sepenuhnya yang pertama dalam negara.

Projek perintis yang beroperasi secara komersial merentasi laut terbuka itu merupakan kerjasama antara Yinson GreenTech (YGT) dan Langkawi Port Sdn. Bhd. (LPSB).

Kerjasama itu dimeterai menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) antara perniagaan elektrifikasi marin YGT, marinEV dan LPSB bagi merangka kerjasama pelaksanaan feri elektrik, bagi laluan antara Kuah, Langkawi dan Kuala Perlis.

Majlis menandatangani MoU antara Pengarah Urusan marinEV, Jan-Viggo Johansen dan Pengurus Besar LPSB, Muhd Nasir Abdul Aziz, disaksikan Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Muhammad Sanusi Md. Nor, hari ini.

Menerusi kerjasama itu, YGT akan membekalkan kapal melalui perjanjian carter, manakala LPSB bertanggungjawab mengendalikan perkhidmatan tersebut selain Tenaga Nasional Berhad (TNB) membangunkan infrastruktur kuasa serta pengecasan.

“Projek ini menggabungkan keupayaan marinEV dalam pembangunan dan integrasi kapal elektrik, pengalaman LPSB dalam operasi maritim serta pelabuhan tempatan dan kepakaran TNB dalam infrastruktur tenaga.

“Ia turut disokong infrastruktur pengecasan di darat serta teknologi marin bersepadu. Malah membuka ruang kepada pembangunan ekosistem pengangkutan maritim elektrik meliputi kapal, kemudahan pengecasan serta teknologi digital,” menurut kenyataan dikeluarkan YGT.

Menurut kenyataan itu, feri berkenaan dibangunkan berasaskan platform Hydroferry marinEV bagi pengangkutan penumpang elektrik sepenuhnya, dilengkapi sistem pendorongan elektrik, storan tenaga atas kapal dan teknologi digital marinEV.

Ia turut mempunyai keupayaan autonomi serta kawalan jarak jauh yang dibangunkan oleh Zeabuz, sekali gus menggabungkan teknologi elektrifikasi kapal, pengecasan di darat dan teknologi digital dalam operasi pengangkutan penumpang harian.

Muhd Nasir berkata, pihaknya berbesar hati menyokong projek berkenaan yang disifatkan sebagai langkah penting ke arah penyediaan perkhidmatan feri lebih bersih dan boleh dipercayai.

“Dengan membawa ketersambungan feri yang lebih bersih dan boleh dipercayai ke laluan Langkawi-Kuala Perlis, kerjasama ini memberi manfaat kepada komuniti tempatan, sektor pelancongan serta agenda elektrifikasi maritim negara yang lebih luas,” katanya.

Sementara, Jan-Viggo berkata, projek berkenaan mengembangkan pengalaman marinEV membangunkan dan mengendalikan kapal elektrik di Singapura kepada sektor pengangkutan penumpang di Malaysia.

“Pendekatan kami melangkaui sekadar membuktikan kapal elektrik mampu berfungsi, kami mahu membangunkan penyelesaian yang benar-benar boleh diharap dalam operasi komersial harian.

“Projek ini menyatukan kapal, infrastruktur pengecasan, teknologi digital dan model operasi yang diperlukan untuk mencapai matlamat tersebut.

“Fokus kami adalah membangunkan penyelesaian praktikal dan berskala yang mampu memberi pengalaman operasi bernilai bagi penggunaan pengangkutan maritim elektrik secara lebih meluas,” katanya.

Tambah beliau, pembangunan Hydroferry memperluaskan portfolio kapal elektriknya ke segmen pengangkutan penumpang selepas pembangunan kapal kargo Hydromover dan platform pemindahan kru Hydroglyder, yang telah memasuki fasa operasi komersial di Singapura.

Kerjasama itu turut mendapat sokongan pihak berkepentingan utama kerajaan dan industri termasuk Kementerian Pengangkutan, Kementerian Kewangan serta Jabatan Laut Malaysia, selepas projek itu dimandatkan sebagai Projek Keutamaan Negara.

Kesemua pihak akan bekerjasama dengan agensi kerajaan berkaitan, penyedia infrastruktur dan pihak berkepentingan lain bagi memperhalusi keperluan teknikal, operasi, kawal selia dan komersial sebelum pelaksanaan projek.

Projek itu selaras dengan usaha peralihan tenaga dan penyahkarbonan sektor maritim negara, termasuk sasaran penembusan bahan api hijau sebanyak 40 peratus dalam sektor pengangkutan marin menjelang 2050 dalam Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara.

✍🏻📷 Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA

03/10/2026

“PRN Melaka: Guna logo PAS pun boleh”

Sidang Media Presiden PAS, Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang | 2 Oktober 2026

📽️ Kedah Online

Address

Kompleks PAS Kawasan S*k, Lot 3706, Kampung Sungai Pau, S*k
Jeniang
08700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS KAWASAN SIK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share