Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Jerantut

Directions

Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Jerantut Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Jerantut
YB Ir. Ts. Haji Khairil Nizam
Ahli Parlimen Jerantut

Tarikh cantik harini kan, 10.10!Hari ini saya berkesempatan memenuhi jemputan ke beberapa majlis walimah dan kenduri rak...
10/10/2026

Tarikh cantik harini kan, 10.10!

Hari ini saya berkesempatan memenuhi jemputan ke beberapa majlis walimah dan kenduri rakyat sekitar Jerantut.

Saya singgah memeriahkan Kenduri Sekampung sempena ulang tahun ke-40 Felda Lepar Utara, di samping meraikan pasangan pengantin Hilmi & Ain di Dewan Utama MDJ serta Iman & Mila di Hotel Darul Makmur.

Majlis seperti ini bukan sekadar meraikan hari bahagia, malah menjadi ruang untuk mengeratkan silaturahim dan memperkukuh semangat kebersamaan dalam masyarakat.

Tahniah kepada semua pasangan pengantin. Semoga rumah tangga yang dibina sentiasa diberkati, dilimpahi kebahagiaan dan berkekalan hingga ke syurga. 💞

𝗕𝗘𝗟𝗔𝗡𝗝𝗔𝗪𝗔𝗡 2027: 𝗔𝗡𝗧𝗔𝗥𝗔 𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔, 𝗗𝗔𝗦𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗡 𝗥𝗘𝗔𝗟𝗜𝗧𝗜 𝗞𝗘𝗛𝗜𝗗𝗨𝗣𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 𝘠𝘉 𝘐𝘳. 𝘛𝘴. 𝘒𝘩𝘢𝘪𝘳𝘪𝘭 𝘕𝘪𝘻𝘢𝘮 𝘒𝘩𝘪𝘳𝘶𝘥𝘪𝘯 𝘈𝘩𝘭𝘪 𝘗𝘢𝘳𝘭𝘪𝘮𝘦𝘯 𝘑𝘦𝘳𝘢𝘯𝘵...
09/10/2026

𝗕𝗘𝗟𝗔𝗡𝗝𝗔𝗪𝗔𝗡 2027: 𝗔𝗡𝗧𝗔𝗥𝗔 𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔, 𝗗𝗔𝗦𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗡 𝗥𝗘𝗔𝗟𝗜𝗧𝗜 𝗞𝗘𝗛𝗜𝗗𝗨𝗣𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧
𝘠𝘉 𝘐𝘳. 𝘛𝘴. 𝘒𝘩𝘢𝘪𝘳𝘪𝘭 𝘕𝘪𝘻𝘢𝘮 𝘒𝘩𝘪𝘳𝘶𝘥𝘪𝘯 𝘈𝘩𝘭𝘪 𝘗𝘢𝘳𝘭𝘪𝘮𝘦𝘯 𝘑𝘦𝘳𝘢𝘯𝘵𝘶𝘵 / 𝘈𝘑𝘒 𝘗𝘈𝘚 𝘗𝘶𝘴𝘢𝘵

Pembentangan Belanjawan 2027 oleh YAB Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan hari ini perlu dinilai bukan semata-mata berdasarkan jumlah peruntukan yang diumumkan, tetapi sejauh mana ia mampu menjawab persoalan sebenar rakyat.

Bagi saya, terdapat ENAM (6) perkara utama yang perlu diberikan perhatian:

1. 𝐊𝐄𝐇𝐀𝐑𝐌𝐎𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓: Pertumbuhan Ekonomi Mesti Dirasai
Pertumbuhan ekonomi tidak memadai jika pendapatan sebenar rakyat masih terhimpit kos sara hidup. Ketidakpadanan kemahiran dengan keperluan industri, produktiviti yang perlu dipertingkat dan cabaran menuju negara berpendapatan tinggi mesti ditangani secara serius. Pada masa yang sama, beban sandwich generation dan keperluan masyarakat menua melalui sistem pencen dan KWSP perlu tuntas dalam membantu rakyat.

2. 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓: Melindungi Nyawa, Menjamin Kesejahteraan
Keselamatan rakyat mesti dilihat secara menyeluruh, bukan sekadar soal jenayah dan penguatkuasaan. usaha membanteras ancaman najis dadah mesti dipertingkat, dan keselamatan anak-anak di sekolah wajib menjadi keutamaan.

Perubahan Iklim memerlukan kepada rejuvernasi Pengurusan risiko bencana (Disaster Risk Reduction and Management) dalam menghadapi fenomena El Nino, peningkatan suhu global, cuaca ekstrem dan ancaman jerebu.

Selain itu, keselamatan sempadan negara perlu diperkukuh bagi membendung penyeludupan, kemasukan dadah dan aktiviti rentas sempadan yang mengancam kedaulatan serta keselamatan rakyat.

3. 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐄𝐁𝐀𝐉𝐈𝐊𝐀𝐍: Membina Insan, Bukan Sekadar Melahirkan Graduan
Sistem pendidikan perlu kembali berpaksikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dengan kesinambungan yang lebih baik dari peringkat rendah, menengah hingga pengajian tinggi. TVET mesti diperkasa, manakala pencapaian seperti PISA perlu dinilai bersama keupayaan sistem pendidikan melahirkan generasi berilmu, berkemahiran dan berakhlak.

4. 𝐊𝐄𝐋𝐄𝐒𝐓𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐀𝐆𝐀: Mampan, Mampu Milik dan Terjamin
Peralihan kepada tenaga bersih mesti dirancang secara realistik. Kelestarian tenaga perlu bergerak seiring dengan keterjaminan bekalan, kemampuan rakyat membayar kos tenaga serta daya saing industri negara. Penggunaan Tenaga Boleh Baharu (TBB) perlu dimaksima melalui kemajuan teknologi yang bersih dan selamat.

5. 𝐅𝐈𝐒𝐂𝐀𝐋 𝐅𝐄𝐃𝐄𝐑𝐀𝐋𝐈𝐒𝐌: Keadilan Pembangunan Antara Wilayah
Kerangka Centrelised Fiscal System perlu dinilai semula dan ditambah baik dengan kerangka Fiscal Federalism. Hubungan fiskal Persekutuan dan Negeri perlu dinilai dari sudut keadilan pengagihan sumber, keupayaan negeri membiayai pembangunan serta jurang kemudahan asas antara wilayah. Rakyat di luar bandar dan pedalaman juga berhak menikmati pembangunan yang setara, tanpa mengira lokasi mereka.

6. 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐆𝐊𝐔𝐓𝐀𝐍: Ketersambungan, Keselamatan dan Keselesaan Pengguna
Pembangunan pengangkutan perlu menekankan aspek ketersambungan wilayah. Kos pengangkutan khususnya pengangkutan udara Sarawak dan Sabah wajar dikawal, keselamatan jalan raya dipertingkat dan kemudahan infrastruktur yang selesa dan selamat perlu disediakan. Aspek Keselamatan dan Keselesaan pengguna WAJIB diberi penekanan.

Akhirnya, ukuran sebenar sesebuah belanjawan bukan sekadar berapa banyak wang dibelanjakan, tetapi sejauh mana ia MEMBANTU RAKYAT, MENINGKATKAN PENDAPATAN, MEMBUKA PELUANG, MEMPERBAIKI KEMUDAHAN ASAS DAN MENJAMIN MASA DEPAN GENERASI AKAN DATANG.

Belanjawan yang baik bukan hanya kelihatan besar di atas kertas, tetapi mesti memberikan perubahan yang nyata dalam kehidupan rakyat.

Mendapat khabar baik mengenai perkembangan kerja-kerja naik taraf aras jalan di FT234, khususnya melibatkan Jambatan Sun...
08/10/2026

Mendapat khabar baik mengenai perkembangan kerja-kerja naik taraf aras jalan di FT234, khususnya melibatkan Jambatan Sungai Kerak dan Jambatan Paya Teh yang telah berlangsung sejak sehari dua ini.

Isu Jalan FT234 ini sememangnya telah beberapa kali dibawa ke perhatian pihak Kementerian Kerja Raya, baik secara rasmi mahupun tidak rasmi. Saya bersama YB Ustaz Zakhwan, ADUN Tahan, turut sentiasa membawa isu ini kepada pihak yang berwajib agar aspek keselamatan dan keselesaan pengguna terus diberi perhatian.

Terima kasih kepada JKR Jerantut, JKR Pahang dan Kementerian Kerja Raya (KKR) atas komitmen memastikan projek ini dapat dilaksanakan.

Semoga segala kerja berjalan lancar dan memberi manfaat kepada rakyat Jerantut, khususnya pengguna FT234. 🤲🏻

08/10/2026

Projek dah mula. Tapi tapak masih belum bersedia.

3,771 struktur perlu dirobohkan, baru 411 yang selesai.

Jadi persoalannya, di mana perancangan asalnya gagal?

08/10/2026

Macam mana ejen pemungut hasil JPJ boleh buat hal sampai macam ni?

05/10/2026

Hari pertama sidang Dewan Rakyat Parlimen Malaysia harini, kita mulakan dengan bertanya soalan kepada Menteri Luar Negeri.

Semoga segala urusan rakyat Malaysia yang kini masih tidak dijumpai di Nepal dipermudahkan dan dijumpai segera 🤲🏻

Lepas selesai program gotong-royong pagi tadi, saya bersama YB Ustaz Zuridan Mohd Daud p**a singgah ke Kolam Pak Teh Yun...
04/10/2026

Lepas selesai program gotong-royong pagi tadi, saya bersama YB Ustaz Zuridan Mohd Daud p**a singgah ke Kolam Pak Teh Yunos, Kg Bukit Batu, Damak dalam Program Memancing Sambil Beramal.

Program ini dianjurkan bersama PASTI Al-Munawarah. Meriah betul suasana dekat sini. Ramai yang turun memancing, masing-masing tunggu ikan makan umpan. Ikan p**ak boleh tahan galak makan umpan nye.

Alhamdulillah, banyak juga ikan yang berjaya dinaikkan. Ada yang dapat banyak, ada yang dapat ikan besar.

Menariknya program macam ni, sambil kita beriadah dan bersantai, dapat juga beramal untuk berinfaq kepada pendidikan islan anak-anak dan mengeratkan hubungan dengan masyarakat.

Tahniah kepada Pak Teh Yunos, PASTI Al-Munawarah dan semua yang terlibat menjayakan program. 🤝🎣

Pagi ni saya bersama YB Ustaz Zakuan, ADUN Tahan, turun ke Kampung Pedah untuk gotong-royong di Masjid dan tanah perkubu...
04/10/2026

Pagi ni saya bersama YB Ustaz Zakuan, ADUN Tahan, turun ke Kampung Pedah untuk gotong-royong di Masjid dan tanah perkuburan.

Fokus utama pagi ni nak mesin rumput di kawasan tanah perkuburan. Rumput dah agak tebal, jadi kita ambil kesempatan ramai-ramai untuk bersihkan dan kemaskan kawasan kubur.

Warga Kampung Pedah, Tanah Nyior, Tanah Rom dan Paya Gunung pun sama-sama turun membantu.

Bila ramai-ramai turun, kerja yang berat jadi lebih ringan. Sambil buat kerja, dapat juga bersembang dan bertanya khabar dengan orang kampung.

Terima kasih semua yang turun pagi ni. Molek benar bila orang kampung sama-sama ambil berat kawasan kita. 🤝

Hijaukan Tebing Sungai, Cegah Hakisan 🌱🌿Saya bersama komuniti setempat Kg Labu turun padang dalam projek komuniti anjura...
02/10/2026

Hijaukan Tebing Sungai, Cegah Hakisan 🌱🌿

Saya bersama komuniti setempat Kg Labu turun padang dalam projek komuniti anjuran APPGM-SDG dengan menanam benih rumput vetiver di tebing sungai berhampiran Jeti Labu Sentral.

Rumput vetiver ini diharapkan dapat membantu mengawal hakisan tanah yang kerap berlaku di kawasan tebing sungai sejak kebelakangan ini.

Jika projek rintis ini berjaya, insya-Allah kaedah yang sama boleh diperluaskan ke tebing-tebing sungai lain yang memerlukan.

Kecil langkahnya, besar manfaatnya. Kita jaga sungai, kita jaga bumi untuk generasi akan datang. 🌱

In sha Allah, -SDG

🌿 Jom Baca Al-KahfiDi celah kesibukan kita hari ini, ambillah sedikit masa untuk membaca Surah Al-Kahfi.Moga bacaan kita...
01/10/2026

🌿 Jom Baca Al-Kahfi

Di celah kesibukan kita hari ini, ambillah sedikit masa untuk membaca Surah Al-Kahfi.

Moga bacaan kita menjadi cahaya, menenangkan hati dan menguatkan kita menghadapi pelbagai ujian kehidupan serta Allah SWT pelihara kita daripada fitnah dunia dan fitnah Dajjal.

Jom sama-sama hidupkan amalan Al-Kahfi setiap Jumaat. 📖🤲

Salam Jumaat. ❤️

Address

21, LORONG TEMIN UTAMA 1, TAMAN TEMIN UTAMA
Jerantut
27000

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:00
Tuesday 09:00 - 16:00
Wednesday 09:00 - 16:00
Thursday 09:00 - 16:00
Friday 09:00 - 16:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Jerantut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share