19/10/2026
๐โจ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ | ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ & ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ โจ๐
JERANTUT | 19 OKTOBER 2026
Bertemakan โMelayu Klasik Tradisionalโ, Kolej Komuniti Jerantut telah menganjurkan Majlis Apresiasi & Anugerah Pelajar Cemerlang 2026 bertempat di Dewan Napuh, Hotel Darul Makmur, Jerantut.
Majlis yang penuh bermakna ini dianjurkan oleh Unit Pembangunan Pelajar dengan kerjasama Unit Akademik sebagai platform untuk meraikan kecemerlangan, menghargai pencapaian serta mengiktiraf sumbangan para pelajar, khususnya pelajar tahun akhir yang bakal melangkah ke alam latihan industri.
๐ โMengangkat Warisan, Melahirkan Generasi Cemerlangโ
Selaras dengan aspirasi tersebut, majlis ini bukan sekadar meraikan kejayaan akademik, malah turut mengangkat nilai kepimpinan, sahsiah terpuji, penglibatan aktif serta semangat kecemerlangan yang menjadi tunjang pembentukan graduan berkualiti.
Keunikan suasana berkonsepkan Melayu klasik tradisional turut menyerlahkan keindahan warisan budaya bangsa, sekali gus menjadikan majlis ini lebih istimewa dan penuh kenangan.
๐ Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima anugerah serta seluruh pelajar yang telah menunjukkan komitmen, dedikasi dan pencapaian membanggakan sepanjang pengajian di Kolej Komuniti Jerantut.
Sekalung penghargaan dan terima kasih turut dirakamkan kepada pihak pengurusan, para pensyarah, urus setia serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sokongan dalam menjayakan majlis ini.
Semoga segala kejayaan yang diraikan menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.
Kolej Komuniti Jerantut โ Melahirkan Generasi Berilmu, Berkemahiran dan Berdaya Saing.
๐พ๐พ๐ฝ๐: ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ ๐พ๐๐๐โ๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐ ๐พ๐๐๐ข๐๐๐ก๐ ๐ฟ๐๐ ๐ก๐๐๐