11/06/2026
𝙋𝙍𝙊𝙂𝙍𝘼𝙈 𝙆𝙀𝙈𝘼𝙆𝙈𝙐𝙍𝘼𝙉 𝙋𝙀𝙆𝙀𝘽𝙐𝙉 𝙆𝙀𝘾𝙄𝙇 (𝙋𝙆𝙋𝙆) 𝙍𝙄𝙎𝘿𝘼 𝘿𝘼𝙀𝙍𝘼𝙃 𝙅𝙀𝙍𝘼𝙉𝙏𝙐𝙏
Alhamdulillah, Program Kemakmuran Pekebun Kecil (PKPK) telah berlangsung dengan jayanya di Balai Raya Kampung Lubok Payung semalam, dan pada hari ini di Kampung Ulu Cheka.
Program ini diadakan bagi memberi penerangan secara terus kepada pekebun kecil mengenai pelbagai inisiatif dan peluang yang disediakan oleh RISDA, antaranya:
✅ Program Tanam Semula RISDA
✅ Program Jualan Getah Berkelompok
✅ Program Pembangunan Usahawan
✅ Program Pengembangan
Diharapkan melalui sesi penerangan ini, para pekebun kecil dapat memahami dengan lebih jelas peluang dan bantuan yang ditawarkan serta memanfaatkan program-program yang disediakan oleh RISDA bagi meningkatkan produktiviti dan pendapatan.
Terima kasih kepada semua pekebun kecil yang hadir, bertanya soalan dan menunjukkan komitmen yang tinggi sepanjang program berlangsung.
Jangan sekadar menoreh, tetapi rebut peluang untuk maju bersama RISDA.
💪 Memperkasa Pekebun Kecil
🤝 Membangun Komuniti
📈 Meningkatkan Pendapatan