29/01/2026
Negeri Terengganu melakarkan 2 kejayaan besar pada tahun 2025.
Pada tahun lalu, kutipan Hasil Bukan Cukai New Income Terengganu memecahkan rekod tertinggi iaitu sebanyak RM451 juta berbanding kejayaan pada tahun 2023 sebanyak RM 320 juta. Terdapat peningkatan sebanyak RM130 juta berbanding tahun 2023.
Kejayaan seterusnya ialah Negeri Terengganu turut mencatatkan rekod pelaburan tertinggi iaitu mencecah RM6.613 bilion. Angka ini merupakan angka yang tertinggi dalam sejarah negeri Terengganu.
Alhamdulillah dengan pelbagai perubahan antaranya dasar industri yang lebih mesra pelabur, tempoh permohonan tanah yang disingkatkan dan strategi yang memfokuskan kepada hasil yang mudah dicapai telah membuahkan hasil.
Tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Kejayaan pada tahun 2025 menjadi penanda aras untuk kita terus mencapai kejayaan pada tahun ini dan tahun-tahun yang akan datang. Insyaa Allah.
Mesyuarat Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian, dan Teknologi Hijau Negeri Terengganu 2026.