24/09/2026
SEMINAR KESEDARAN HALAL
BESUT, 24 September 2026 β Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Besut telah menganjurkan Seminar Kesedaran Halal: Bukan Sekadar Logo bertempat di Dewan Ibnu Masβud, ILIM Kampus Besut.
Program ini dianjurkan oleh Seksyen Pengurusan Hal Ehwal Islam (SPHEI), ILIM Kampus Besut dan telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Ruslan bin Ibrahim, Pengarah ILIM Kampus Besut. Program ini turut mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan seramai 222 orang peserta.
Seminar ini turut menampilkan dua sesi ceramah yang disampaikan oleh En. Ahmad Ziyaadi al-Hatim bin Mahpuz dari Bahagian Pengurusan Halal JAKIM, yang mengupas secara lebih dekat kepentingan aspek halal dalam makanan dan barangan gunaan, di samping membincangkan realiti serta cabaran semasa dalam industri halal.
Penganjuran seminar ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan kefahaman peserta terhadap konsep halal serta kepentingannya dalam kehidupan seharian, di samping memberi pendedahan mengenai perkembangan industri halal di Malaysia.