APM Daerah Besut

Call Directions Contact the organization

APM Daerah Besut Memperkasa Kesiapsiagaan Awam Untuk Keselamatan Dan Kesejahteraan Negara.

09/10/2026
08/10/2026
08/10/2026

๐Š๐„๐๐˜๐€๐“๐€๐€๐ ๐Œ๐„๐ƒ๐ˆ๐€ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐Œ๐„๐“๐„๐Ž๐‘๐Ž๐‹๐Ž๐†๐ˆ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€: ๐๐„๐‘๐Œ๐”๐‹๐€๐€๐ ๐…๐€๐’๐€ ๐๐„๐‘๐€๐‹๐ˆ๐‡๐€๐ ๐Œ๐Ž๐๐’๐”๐

Fasa Peralihan Monsun dijangka bermula pada ๐Ÿ— ๐Ž๐ค๐ญ๐จ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐๐š๐ง ๐›๐ž๐ซ๐ญ๐ž๐ซ๐ฎ๐ฌ๐š๐ง ๐ฌ๐ž๐ก๐ข๐ง๐ ๐ ๐š ๐ฉ๐ž๐ง๐ ๐ก๐ฎ๐ฃ๐ฎ๐ง๐  ๐Ž๐ค๐ญ๐จ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”.

Semasa fasa peralihan monsun, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah. Keadaan ini boleh menggalakkan pembentukan awan ribut petir yang lazimnya membawa kepada kejadian hujan lebat dan kilat berserta angin kencang dalam tempoh masa yang singkat, terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di barat dan pedalaman Semenanjung serta barat Sabah dan Sarawak. Fenomena cuaca ini berpotensi menyebabkan banjir kilat, kepala air, pokok tumbang serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh.

Dapatkan maklumat cuaca dan gempa bumi terkini yang sahih melalui laman web rasmi, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi Jabatan. Hubungi talian Hotline 1300-22-1638 untuk sebarang pertanyaan lanjut.





 LAWATAN KERJA PENGARAH APM NEGERI TERENGGANU KE MENARA PENYELAMAT PANTAI BUKIT KELUANG04 Oktober 2026, Ahad, Angkatan P...
04/10/2026



LAWATAN KERJA PENGARAH APM NEGERI TERENGGANU KE MENARA PENYELAMAT PANTAI BUKIT KELUANG

04 Oktober 2026, Ahad, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Besut telah menerima lawatan kerja daripada Lt. Kol. (PA) Mohd Zul Khairi bin Shamsuddin, Pengarah APM Negeri Terengganu, ke Menara Penyelamat Pantai Bukit Keluang.

Lawatan kerja ini bertujuan meninjau keadaan serta membuat persediaan awal bagi pemasangan kabin (cabin) di Menara Penyelamat Pantai Bukit Keluang.

Pemasangan kabin ini diharapkan dapat memberikan kemudahan dan keselesaan kepada petugas, di samping menyokong kelancaran penugasan serta meningkatkan kesiapsiagaan operasi pasukan penyelamat di kawasan pantai tersebut.

Terus bersama APM.

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
APM Negeri Terengganu














*

 PENUGASAN PERSEDIAAN PERTOLONGAN CEMAS BAGI KEJOHANAN BOLA SEPAK DI DAERAH BESUTSekitar penugasan persediaan dan kesiap...
04/10/2026



PENUGASAN PERSEDIAAN PERTOLONGAN CEMAS BAGI KEJOHANAN BOLA SEPAK DI DAERAH BESUT

Sekitar penugasan persediaan dan kesiapsiagaan Pertolongan Cemas bagi menghadapi Kejohanan Bola Sepak yang telah berlangsung di Daerah Besut pada minggu ini.

Petugas APM Daerah Besut sentiasa bersedia bagi memastikan aspek keselamatan dan bantuan kecemasan berada pada tahap terbaik sepanjang kejohanan berlangsung.

Terus bersama APM.

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
APM Negeri Terengganu














*

01/10/2026



DUA MANGSA KAYAK TERBALIK BERJAYA DISELAMATKAN DI PERAIRAN KUALA BESUT

BESUT, Dua orang mangsa berjaya diselamatkan selepas kayak yang dinaiki mereka terbalik di kawasan perairan Kuala Besut pada kira-kira jam 12.00 tengah hari pada 28 September 2026.

Seramai tiga orang petugas Penyelamat Pantai Bukit Keluang telah bertindak segera ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamat. Petugas berjaya menarik kedua-dua mangsa naik ke atas bot sebelum membawa mereka ke Menara Penyelamat Pantai Bukit Keluang untuk pemeriksaan dan tindakan selanjutnya.

Kedua-dua mangsa dilaporkan selamat dan operasi berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

Sehubungan itu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Besut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mengutamakan keselamatan dan tidak melakukan sebarang aktiviti air sekiranya keadaan cuaca buruk atau keadaan perairan tidak mengizinkan.

Orang ramai juga disarankan supaya mendapatkan maklumat terkini berkaitan keadaan cuaca dan perairan sebelum menjalankan sebarang aktiviti air.

Terus bersama APM.

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
APM Negeri Terengganu














*

01/10/2026

Address

PEJABAT PERTAHANAN AWAM MALAYSIA DAERAH BESUT
Jerteh
22200

Telephone

+6096903991

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when APM Daerah Besut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to APM Daerah Besut:

Shortcuts

Share