Pejabat Zakat Daerah Kubang Pasu

Pejabat Zakat Daerah Kubang Pasu

Share

Tanggungjawab Berdakwah , Mengutip & Mengagih Zakat

Photos from Pejabat Zakat Daerah Kubang Pasu's post 14/05/2026

PENYERAHAN AGIHAN BAIK PULIH RUMAH & AGIHAN PERMULAAN MUALLAF

Alhamdulillah, Pejabat Zakat Daerah Kubang Pasu (PZDKP) telah melaksanakan Agihan Baik Pulih Rumah kepada penerima yang layak di kariah Masjid Ihya Ulumuddin Changlun, Masjid Bani Hashim (Hosba) dan Masjid Al-Huda (Tok Kepak). Penyerahan agihan tersebut telah disempurnakan oleh Pegawai Zakat Daerah Kubang Pasu, Kapten (B) Abdul Nasir Bin Hasan.

Pelaksanaan agihan ini bertujuan membantu memastikan kediaman penerima berada dalam keadaan lebih selamat dan selesa untuk didiami, di samping mencerminkan komitmen berterusan pihak zakat dalam menjaga kebajikan golongan asnaf melalui bantuan yang disalurkan secara telus, sistematik dan berkesan.

Dalam masa yang sama, PZDKP turut melaksanakan Agihan Permulaan Muallaf kepada Mr Chaloemsak Mokhakun, yang merupakan saudara baru beragama Islam. Penyampaian agihan tersebut telah disempurnakan oleh Penolong Pegawai Zakat Daerah Kubang Pasu, Ustaz Faidulatraf bin Abdullah sebagai tanda keprihatinan pihak zakat terhadap kebajikan golongan mualaf agar terus dibimbing dan disantuni dengan baik.

Semoga segala agihan yang disampaikan ini dapat memberi manfaat serta menjadi pemangkin semangat kepada para penerima dalam meneruskan kehidupan dengan lebih sejahtera dan diberkati.

Photos from Pejabat Zakat Daerah Kubang Pasu's post 13/05/2026

PENYERAHAN AGIHAN BENCANA ALAM

Pejabat Zakat Daerah Kubang Pasu (PZDKP) telah melaksanakan penyerahan agihan di bawah Skim Agihan Musibah Alam kepada penerima yang terjejas akibat musibah ribut yang berlaku di kediaman Encik Mohd Nashrol Fauzi bin Shamsuddin dan Puan Nur Mahani bt Husini.

Penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Pegawai Zakat Daerah Kubang Pasu, Kapten (B) Abdul Nasir bin Hasan sebagai tanda keprihatinan pihak PZDKP terhadap golongan asnaf yang memerlukan perhatian segera.

Semoga agihan yang disalurkan ini dapat memberi keringanan kepada para penerima serta menjadi pemangkin kepada usaha pemulihan kehidupan yang lebih baik. Pihak LZNK akan terus komited dalam memastikan pengurusan agihan dilaksanakan secara telus, sistematik dan berkesan demi kesejahteraan ummah. 🤝✨

Photos from Pejabat Zakat Daerah Kubang Pasu's post 12/05/2026

LAWATAN TURUN PADANG JAWATANKUASA KUBANG PASU BANTUAN SEJAHTERA PESAKIT TERLANTAR (BSPT)

Alhamdulillah, pada 12 Mei 2026 telah berlangsung Lawatan Turun Padang Jawatankuasa (BSPT) yang diketuai oleh Yang Berhormat Dato’ Hajah Halimaton Shaadiah binti Saad, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita, Keluarga & Masyarakat dan Perpaduan Negeri Kedah ke Daerah Kubang Pasu. Pegawai Zakat Daerah Kubang Pasu iaitu Kapten (B) Abdul Nasir bin Hasan turut dijemput dan terlibat dalam lawatan program tersebut.

Turut bersama dalam lawatan ini ialah YB DUN Kota Siputeh, YB Mohd Ashraf Mustaqim bin Badrul Munir, YB DUN Ayer Hitam, YB Encik Azhar bin Ibrahim serta wakil YB DUN Jitra, Baitulmal, Majlis Agama Islam Kubang Pasu, wakil daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) Ibu Pejabat termasuk Ketua Divisyen Pengurusan Agihan, Encik Jamaly Juwardy bin Jaafar bersama beberapa orang staf.

Lawatan ini melibatkan beberapa penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di kawasan DUN Kota Siputeh, DUN Ayer Hitam dan DUN Jitra yang terdiri daripada pesakit kronik, warga emas dan pesakit terlantar. Selain menerima bantuan daripada JKM, sebahagian penerima turut menerima agihan kewangan bulanan dan agihan sekaligus daripada Pejabat Zakat Daerah Kubang Pasu bagi membantu meringankan beban kos sara hidup dan rawatan harian mereka.

Melalui lawatan ini, pelbagai keperluan dikenal pasti termasuk bantuan susu khas, lampin pakai buang, rawatan dialisis serta sokongan penjagaan kepada pesakit terlantar dan warga emas yang uzur. Semoga segala usaha dan keprihatinan yang diberikan dapat membantu meringankan beban keluarga penerima bantuan serta memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.

Photos from Pejabat Zakat Daerah Kubang Pasu's post 12/05/2026

KELAS BIMBINGAN MUALAF KUBANG PASU

Alhamdulillah, telah berlangsungnya Kelas Bimbingan Mualaf Kubang Pasu bertempat di Dewan Al Farabi, Masjid Sharifah Fatimah melibatkan seramai 16 orang pelajar mualaf kategori 5 tahun ke bawah dan 10 orang pelajar kategori 5 tahun ke atas bersama 3 Pendakwah LZNK, 3 Guru Pembimbing serta 2 Guru Pembantu.

Pada sesi kali ini, kelas telah diserikan dengan kehadiran Kapten (B) Abdul Nasir bin Hasan, Pegawai Zakat Daerah Kubang Pasu (PZDKP) untuk menyampaikan perkongsian kepada para pelajar mualaf di bawah program Prihatin Kedah.

Penyampaian beliau tertumpu kepada sahsiah kehidupan mualaf melalui kisah tauhid Nabi Ibrahim AS dan isterinya, di samping memberi penekanan tentang kepentingan solat, hikmah mendirikan solat serta penghayatan khusyuk dalam ibadah.

Beliau turut memberi kata-kata semangat kepada para pelajar mualaf agar terus istiqamah menghadiri kelas ilmu dan menjadikan ilmu sebagai pedoman dalam kehidupan seharian.

Photos from Pejabat Zakat Daerah Kubang Pasu's post 11/05/2026

SIASATAN SKIM AGIHAN BAIK PULIH RUMAH

Alhamdulillah, Pejabat Zakat Daerah Kubang Pasu (PZDKP) telah melaksanakan siasatan bagi Skim Agihan Baik Pulih Rumah di Kampung Bakau, Mukim Jerlun dan Kampung Raja, Mukim Pering.

Siasatan tersebut diketuai oleh Penolong Pegawai Zakat Daerah Kubang Pasu, Ustaz Muhammad Faidulatraf Bin Abdullah bersama beberapa staf PZDKP bagi memastikan agihan yang disalurkan benar-benar menepati kelayakan asnaf serta dapat membantu meningkatkan kesejahteraan hidup penerima dan keluarga.

Kehadiran pihak PZDKP dalam menyantuni penerima turut mencerminkan komitmen dalam melaksanakan amanah zakat dengan penuh teliti, prihatin dan berintegriti.

Semoga usaha ini dapat memberi manfaat kepada penerima, seterusnya membantu meningkatkan taraf hidup asnaf di Daerah Kubang Pasu serta memperkukuh peranan zakat sebagai institusi kebajikan kepada masyarakat yang memerlukan.

Photos from Pejabat Zakat Daerah Kubang Pasu's post 10/05/2026

AGIHAN PERKAHWINAN SAUDARA BARU

Alhamdulillah, Pejabat Zakat Daerah Kubang Pasu (PZDKP) telah menyalurkan Agihan Perkahwinan Saudara Baru kepada saudari Delisya Ashwara Hoe Lyshian, yang merupakan saudara baru beragama Islam.

Agihan ini merupakan salah satu inisiatif Lembaga Zakat Negeri Kedah melalui PZDKP dalam membantu dan menyantuni golongan mualaf yang memerlukan, khususnya bagi meringankan beban serta membantu memulakan kehidupan baharu dengan lebih sejahtera dan teratur.

Penyampaian agihan tersebut telah disempurnakan oleh Pegawai Zakat Daerah Kubang Pasu, Kapten (B) Abdul Nasir bin Hasan sebagai tanda sokongan dan keprihatinan terhadap kebajikan saudara baru Islam.

Semoga bantuan yang disalurkan ini dapat memberi manfaat serta menjadi pemudah cara kepada saudari Delisya Ashwara Hoe Lyshian dalam membina kehidupan berkeluarga yang harmoni, diberkati dan sentiasa berada di bawah rahmat Allah SWT.

Photos from Pejabat Zakat Daerah Kubang Pasu's post 10/05/2026

TAZKIRAH, KHATIB & IMAM DI MASJID PULAU MAHARAJA (HAJI ISMAIL)

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT atas kelancaran program yang berlangsung dengan izin-Nya. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Tuan Imam serta barisan Ahli Jawatankuasa Masjid atas kerjasama erat yang telah diberikan.

Tazkirah dan khutbah yang disampaikan oleh Pegawai Zakat Daerah Kubang Pasu, Kapten (B) Abdul Nasir bin Hasan diharapkan dapat memberi kesan yang mendalam, menyemai kesedaran serta memperkukuh kefahaman masyarakat terhadap isu-isu penting yang dibincangkan.

Moga jalinan ukhuwah yang terbina terus subur dan sentiasa dalam lindungan serta rahmat Allah SWT.

Photos from Pejabat Zakat Daerah Kubang Pasu's post 07/05/2026

PENYERAHAN SIJIL MUZAKKI

Alhamdulillah, pada 7 Mei 2026, Pejabat Zakat Daerah Kubang Pasu (PZDKP) telah menyempurnakan Penyerahan Sijil Muzakki kepada Empayar Panglima Enterprise dan D Uturn Tomyam sebagai pengiktirafan atas komitmen menunaikan zakat perniagaan melalui LZNK.

Penyerahan sijil tersebut telah disempurnakan oleh Pegawai Zakat Daerah Kubang Pasu, Kapten (B) Abdul Nasir bin Hassan. Sijil Muzakki merupakan pengiktirafan kepada peniaga yang patuh dalam menunaikan kewajipan zakat, sekali gus mencerminkan kepatuhan syariah serta meningkatkan keyakinan masyarakat, khususnya pengguna Muslim.

PZDKP merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah serta penghargaan kepada Empayar Panglima Enterprise atas komitmen dan tanggungjawab yang ditunjukkan sebagai usahawan Muslim. Semoga sumbangan zakat ini diberkati dan menjadi asbab kepada keberkatan serta kejayaan yang berterusan.

Photos from Pejabat Zakat Daerah Kubang Pasu's post 04/05/2026

PENYERAHAN AGIHAN BENCANA MUSIBAH ALAM

Pejabat Zakat Daerah Kubang Pasu (PZDKP) telah melaksanakan agihan di bawah Skim Agihan Musibah Alam kepada seorang penerima yang layak iaitu Puan Rahmah binti Hussain yang terjejas akibat kejadian ribut di kediamannya.

Beliau merupakan penduduk Kampung Sungai Petani, Mukim Temin, Changloon. Agihan ini disalurkan sebagai tanda keprihatinan pihak PZDKP terhadap golongan asnaf yang memerlukan perhatian segera.

Pihak PZDKP turut menyalurkan bantuan kit makanan serta sumbangan kewangan bagi membantu meringankan beban yang dihadapi. Serahan tersebut telah disampaikan oleh Pegawai Zakat Daerah Kubang Pasu, Kapten (B) Abdul Nasir bin Hasan.

Semoga bantuan yang disalurkan ini dapat memberi keringanan kepada penerima serta membantu dalam proses pemulihan kehidupan ke arah yang lebih baik.

Photos from Pejabat Zakat Daerah Kubang Pasu's post 04/05/2026

AKTIVITI SIASATAN AGIHAN JAYA DIRI & SIASATAN BAIK PULIH RUMAH

Alhamdulillah, Pejabat Zakat Daerah Kubang Pasu (PZDKP) melalui Unit Agihan telah melaksanakan siasatan Bantuan Jaya Diri di Kampung Jeruju dan Pida 8 Siam.

Wakil daripada PZDKP telah hadir bagi menjalankan siasatan dan menilai kelayakan penerima. Inisiatif ini bertujuan memastikan bantuan yang disalurkan benar-benar dapat membantu asnaf dalam memulakan serta mengembangkan usaha ke arah peningkatan taraf hidup yang lebih baik.

Pada hari yang sama, pihak PZDKP turut menjalankan siasatan Baik Pulih Rumah di Changkat Setol dan Kampung Baru Kariah Pulau Timbul. Siasatan ini dilaksanakan bagi menilai keperluan serta kelayakan bantuan, demi memastikan asnaf dapat mendiami kediaman yang lebih selesa dan selamat.

Semoga segala usaha ini memberi manfaat kepada para penerima serta menjadi asbab kebaikan dalam memperkukuh kesejahteraan masyarakat di Daerah Kubang Pasu.

Photos from Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman's post 29/04/2026
Want your business to be the top-listed Government Service in Jitra?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


NO. 240 PEKAN JITRA 2
Jitra
06000

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:30
Tuesday 09:00 - 16:30
Wednesday 09:00 - 16:30
Thursday 09:00 - 15:30
Sunday 09:00 - 16:30