05/04/2026
Pejabat MARA Daerah Kubang Pasu, Kedah
Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB)
05/04/2026
11/03/2026
PROGRAM SEMARAK KASIH RAMADAN: MASAK & AGIHAN BUBUR LAMBUK
Jerlun, 11 Mac 2026 – Program Semarak Kasih Ramadan: Masak & Agihan Bubur Lambuk telah berjaya dilaksanakan di GiatMARA Jerlun melalui kerjasama strategik antara Pejabat MARA Daerah Kubang Pasu, GiatMARA Jerlun serta penyewa premis MARA Daerah Kubang Pasu.
Program yang diadakan sempena bulan Ramadan ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat kebersamaan dan memperkukuhkan hubungan silaturrahim antara warga MARA, penyewa premis serta komuniti setempat melalui aktiviti gotong-royong.
Sebanyak dua periuk bubur lambuk telah dimasak secara bergotong-royong oleh para sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan MARA, warga GiatMARA serta para penyewa premis MARA. Hasil daripada penyediaan tersebut, sebanyak 1,000 bekas bubur lambuk berjaya disediakan dan seterusnya diagihkan kepada masyarakat sekitar, pengguna jalan raya serta komuniti setempat.
Program ini bukan sahaja mencerminkan nilai prihatin, kebersamaan dan semangat kesukarelawanan, malah turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara MARA dan masyarakat.
Pihak penganjur turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.
Semoga program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai usaha menyemarakkan keberkatan bulan Ramadan serta memperkukuhkan hubungan antara warga MARA dan masyarakat.
05/03/2026
MAKLUMAN
IKLAN KEKOSONGAN LOT SEWA PREMIS MARA DAERAH KUBANG PASU
Pejabat MARA Daerah Kubang Pasu, Kedah menawarkan Premis di sekitar Daerah Kubang Pasu untuk disewa kepada usahawan Bumiputera sepenuh masa yang berpotensi dan berkelayakan dalam usaha membangunkan perniagaan anda bersama kami.
Layari link dibawah untuk permohonan secara online :
https://mypremis.mara.gov.my/portal/listprojek.php?pmn=012
PENTING DAN SILA AMBIL MAKLUM :
1.Sila layari Facebook Rasmi MARA Daerah Kubang Pasu untuk mendapatkan info terkini dan tepat.
2.Pastikan mengisi no.lot sepertimana di dalam iklan sebelum membuat permohonan. (Rujuk iklan terkini dan tarikh tutup)
3.Maklumat yang tidak lengkap secara automatiknya akan di TOLAK.
4.Memuat naik dokumen (SSM terkini) dengan lengkap.(muka hadapan dan lampiran belakang SSM)
5.Pemohon yang memohon lot yang tidak ditawarkan secara automatik akan di TOLAK (Rujuk iklan terkini dan tarikh tutup)
6. Permohonan yang dihantar selepas tarikh tutup permohonan secara automatiknya akan di TOLAK
7.Tarikh tutup permohonan secara atas talian (Sistem Mypremis) adalah pada
17 Mac 2026
8.Untuk keterangan dan info lanjut sila hubungi :
Pejabat MARA Negeri Kedah : 04-7403888
(Unit Infrastruktur Komersial)
Pejabat MARA Daerah Kubang Pasu :04-9171087
BORANG PERMOHONAN BOLEH DIAMBIL DI PEJABAT MARA DAERAH KUBANG PASU
03/03/2026
JITRA | Pada 23 & 24 Februari 2026 telah berlangsung sesi perjumpaan Pegawai MARA Daerah Kubang Pasu En. Khairol Hadi bin Puteh bersama penyewa premis MARA Daerah Kubang Pasu melibatkan 7 projek bertempat di Pejabat MARA Daerah Kubang Pasu.
Perjumpaan ini diadakan bagi membincangkan perkara-perkara penting berkaitan pematuhan perjanjian sewa, bayaran sewaan, kekemasan premis, pembaharuan perjanjian serta keperluan lesen dan persijilan mengikut jenis perniagaan.
Sesi taklimat turut memberi penekanan terhadap tanggungjawab penyewa dalam memastikan bayaran dibuat mengikut jadual, premis berada dalam keadaan bersih dan teratur serta mematuhi segala syarat yang telah dipersetujui dalam perjanjian.
Pihak MARA juga menegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan boleh diambil sekiranya berlaku pelanggaran syarat atau tunggakan berpanjangan. Dalam masa yang sama, penghargaan diberikan kepada penyewa yang sentiasa memberi kerjasama dan komited dalam menjaga imej serta reputasi premis MARA.
16/01/2026
𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗜𝗝𝗔𝗭𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 (𝗣𝗜𝗗𝗡) 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲
𝗣𝗲𝗹𝘂𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗻𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗣𝗶𝗻𝗷𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗕𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗨𝗯𝗮𝗵 𝗸𝗶𝗻𝗶 𝗱𝗶𝗯𝘂𝗸𝗮!
Penajaan yang berfokus kepada pelajar peringkat Ijazah Pertama yang sedang mengikuti pengajian di dalam negara di Universiti Awam (UA), Politeknik Premier dan 𝘎𝘰𝘷𝘦𝘳𝘯𝘮𝘦𝘯𝘵-𝘓𝘪𝘯𝘬𝘦𝘥 𝘜𝘯𝘪𝘷𝘦𝘳𝘴𝘪𝘵𝘪𝘦𝘴 (GLU) yang tersenarai.
🗓️ 13 Januari 2026 (Selasa) - 19 April 2026 (Ahad)
🕙 5.00 petang
Dengan adanya penajaan ini, anda dapat merealisasikan impian untuk menyambung pelajaran ke peringkat universiti!
Permohonan dan maklumat lanjut:
🌐 https://penajaan.jpa.gov.my
Saluran pertanyaan:
☎️ 03-8885 3297
📧 [email protected]
Anwar Ibrahim
Shamsul Azri bin Abu Bakar
PMO Malaysia
20/11/2025
Pejabat MARA Daerah Kubang Pasu, Kedah menawarkan Premis di sekitar Daerah Kubang Pasu untuk disewa kepada usahawan Bumiputera sepenuh masa yang berpotensi dan berkelayakan dalam usaha membangunkan perniagaan anda bersama kami.
Layari link dibawah untuk permohonan secara online :
https://mypremis.mara.gov.my/portal/listprojek.php?pmn=012
PENTING DAN SILA AMBIL MAKLUM :
Sila layari Facebook Rasmi MARA Daerah Kubang Pasu untuk mendapatkan info terkini dan tepat.
Pastikan mengisi no.lot sepertimana di dalam iklan sebelum membuat permohonan. (Rujuk iklan terkini dan tarikh tutup)
Maklumat yang tidak lengkap secara automatiknya akan di TOLAK.
Memuat naik dokumen (SSM terkini) dengan lengkap.(muka hadapan dan lampiran belakang SSM)
Pemohon yang memohon lot yang tidak ditawarkan secara automatik akan di TOLAK (Rujuk iklan terkini dan tarikh tutup)
Permohonan yang dihantar selepas tarikh tutup permohonan secara automatiknya akan di TOLAK
Tarikh tutup permohonan secara atas talian (Sistem Mypremis) adalah pada 4 Disember 2025
Untuk keterangan dan info lanjut sila hubungi :
Pejabat MARA Negeri Kedah : 04-7403888
(Unit Infrastruktur Komersial)
Pejabat MARA Daerah Kubang Pasu :04-9171087
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
PEJABAT MARA DAERAH KUBANG PASU TINGKAT 2,BLOK A, ARKED MARA JITRA,JALAN SUNGAI KOROK,06000 JITRA,KEDAH DARUL AMAN
Jitra
06000
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 15:30 |
| Sunday | 08:00 - 17:00 |
