15/09/2026
โ๐ฌ๐ข๐จ ๐ง๐ข๐จ๐๐, ๐ฌ๐ข๐จ ๐๐ขโ โ ๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐ ๐๐๐ง๐จ๐ ๐ฃ๐ข๐๐๐ฆ ๐๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐จ๐๐๐ก๐ ๐ฃ๐๐ฆ๐จ ๐ฆ๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐ ๐ ๐๐ก๐๐๐จ ๐ฆ๐จ๐๐ ๐๐๐ก๐๐ (๐ ๐ฆ๐) ๐๐ ๐๐๐๐๐ก ๐ฆ๐๐ฃ๐ง๐๐ ๐๐๐ฅ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ/๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ณ ๐จ๐ก๐๐ฉ๐๐ฅ๐ฆ๐๐ง๐ ๐จ๐ง๐๐ฅ๐ ๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐ (๐จ๐จ๐ )
15 September 2026 | Selasa
6.00 petang
Dewan Muโadzam Shah, UUM Sintok, Kedah
Program Meet and Greet bersama pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) telah berlangsung sempena Minggu Suai Kenal (MSK) Ambilan September 2026/2027.
Dalam program tersebut, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, YDH Supt. Mohd Radzi bin Abdul Rahim, telah menyampaikan ceramah menerusi slot โYou Touch, You Goโ kepada kira-kira 4,000 orang pelajar UUM.
Menerusi slot berkenaan, YDH Ketua Polis Daerah berkongsi penerangan berkaitan kes jenayah seksual dan isu buli, di samping memberi kesedaran kepada para pelajar mengenai jenis-jenis kesalahan, implikasi perbuatan serta peruntukan undang-undang dan tindakan yang boleh dikenakan terhadap individu yang terlibat.
Perkongsian tersebut turut menekankan kepentingan menjaga batas pergaulan, menghormati hak dan keselamatan orang lain serta tidak memandang ringan sebarang bentuk perlakuan yang boleh menjurus kepada kesalahan jenayah.
Program ini menjadi platform penting dalam meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mahasiswa mengenai aspek keselamatan, pencegahan jenayah serta tanggungjawab untuk bersama-sama mewujudkan persekitaran kampus yang selamat dan kondusif.
Penganjuran slot seumpama ini turut mencerminkan komitmen berterusan PDRM dalam memperkukuh hubungan bersama institusi pendidikan serta mendekati golongan mahasiswa melalui pendekatan pencegahan dan pendidikan berkaitan undang-undang.