08/04/2026
MESYUARAT AGUNG PUSPANITA MAJLIS PERBANDARAN KUBANG PASU KALI 1 TAHUN 2026
Tarikh : 30 Mac 2026 (Isnin)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Auditorium Dewan Wawasan
Mesyuarat Agung PUSPANITA Majlis Perbandaran Kubang Pasu Kali ke โ 1 Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 30 Mac 2026.
Majlis dimulakan dengan pendaftaran ahli pada jam 2.00 petang, disusuli dengan ketibaan Puan Azlina Binti Azizan, Timbalan Pengerusi Majlis Perbandaran Kubang Pasu.
Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu kebangsaan Negaraku, Lagu Negeri Kedah, dan lagu rasmi PUSPANITA, serta bacaan doa oleh Puan Nurul Nadiah Bt Zolkiply.
Majlis diteruskan dengan acara cabutan bertuah yang dinantikan oleh semua ahli yang hadir.
Majlis diakhiri dengan sesi bergambar sebagai kenang-kenangan bersama semua ahli yang hadir.
Terima kasih diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa dan ahli PUSPANITA yang hadir serta terlibat dalam menjayakan majlis pada petang ini. Semoga segala perancangan akan dapat dilaksanakan dengan kerjasama dan komitmen semua ahli dalam memperkasakan peranan wanita dalam masyarakat.
31/03/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐: ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐) ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
ุฅููููุง ููููููู ููุฅููููุง ุฅููููููู ุฑูุงุฌูุนูููู
Seluruh warga kerja Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) dengan penuh hiba dan rasa dukacita ingin memaklumkan berita kepulangan ke rahmatullah, Tuan Badrulhisham bin Haji Sulaiman, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kubang Pasu pada hari ini, 31 Mac 2026.
Sesungguhnya, kehilangan ini merupakan satu duka yang amat mendalam buat kami semua. Allahyarham merupakan seorang pemimpin yang berdedikasi dan telah banyak menyumbang jasa serta bakti demi kemajuan daerah Kubang Pasu dan Majlis Perbandaran Kubang Pasu
Setinggi-tinggi ucapan takziah dizahirkan buat seluruh ahli keluarga Allahyarham. Kami mendoakan agar keluarga tabah menghadapi ujian yang berat ini.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosanya, dan ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman serta beramal soleh.
Al-Fatihah. (Dibaca)
๐ฑ Portal : https://pbt.kedah.gov.my/.../majlis-perbandaran-kubang-pasu/
๐ฑ Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu
๐ฒ Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/
๐ปFacebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu
๐ฑ WhatsApp Aduan :
https://wa.link/c38jh1
11/03/2026
๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐ง ๐๐๐ฅ๐ ๐ช๐๐ก๐๐ง๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
Selamat Menyambut Hari Wanita 2026 kepada seluruh wanita pada 8 Mac 2026.
Bertemakan โMemartabat Wanita, Memperkukuh Negaraโ, sambutan ini adalah bagi meraikan
kecekalan, kehebatan dan keberanian golongan wanita di dalam semua aspek kehidupan.
โWANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKATโ
11/03/2026
PROGRAM PUSPANITA BERTADARUS & MAJLIS KHATAM AL-QURAN 1447H / 2026
๐๏ธ Tarikh : 08 Mac 2026 (Ahad)
โฑ๏ธ Masa : 8.30 pagi
๐ Tempat : Masjid Zahir, Alor Setar
Bersempena Bulan Ramadan 1447H pada tahun ini, Biro Agama dan Kerohanian PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah telah menganjurkan Program PUSPANITA Bertadarus dan Majlis Khatam Al-Quran dengan penglibatan peserta daripada seluruh daerah dan pelbagai jabatan dan agensi di Negeri Kedah. Majlis Khatam Al-Quran diketuai oleh YBhg. Datin Hajah Mariah binti Hitam, Ahli Jawatankuasa Biro Pesara dan diserikan lagi dengan kehadiran YBhg. Datin Seri Norhasni binti Ishak, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah. Turut hadir ialah YBhg. Datin Wira Hajah Mahfuzah binti Mat Desa, Pengerusi PUSPANITA Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Kedah, YBrs. Puan Hajah Sharifah Norulasyikhah binti Syed Mohamad, Pengerusi Biro Agama dan Kerohanian PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah, para pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah serta Pengerusi PUSPANITA Jabatan dan Agensi di Negeri Kedah.
โWANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKATโ
08/03/2026
Selamat Hari Wanita Antarabangsa
โMemartabat Wanita, Memperkukuh Negaraโ
Tarikh : 8 Mac 2026 (Ahad)
Ikhlas daripada : Puspanita Majlis Perbandaran Kubang Pasu.
๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ญ ๐๐๐ซ๐ข ๐๐๐ง๐ข๐ญ๐ ๐๐ง๐ญ๐๐ซ๐๐๐๐ง๐ ๐ฌ๐ ๐๐๐๐ ๐ธ "๐๐๐ฆ๐๐ซ๐ญ๐๐๐๐ญ ๐๐๐ง๐ข๐ญ๐, ๐๐๐ฆ๐ฉ๐๐ซ๐ค๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก ๐๐๐ ๐๐ซ๐".
Selamat Hari Wanita Antarabangsa kepada semua wanita hebat di luar sana! 8 Mac 2026 ini merupakan detik untuk kita terus menghargai peranan wanita dalam setiap aspek kehidupan.
๐ฑ Portal : https://pbt.kedah.gov.my/.../majlis-perbandaran-kubang-pasu/
๐ฑ Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu
๐ฒ Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/
๐ปFacebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu
๐ฑ WhatsApp Aduan :
https://wa.link/c38jh1
13/02/2026
๐๐-๐
๐๐๐๐๐๐ & ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
PUSPANITA Majlis Perbandaran Kubang Pasu merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Arwah serta menzahirkan rasa dukacita atas pemergian Wan Suliana Binti Megat Abdullah, Ahli PUSPANITA Majlis Perbandaran Kubang Pasu, yang telah kembali ke rahmatullah pada 13 Februari 2026 ( Jumaat ).
Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh Allah SWT, diampunkan segala dosa, diterima segala amal kebajikan serta ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
"Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan dikasihi Allah."
๐๐-๐
๐๐๐๐๐๐ & ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Arwah serta menzahirkan rasa dukacita atas pemergian Wan Suliana Binti Megat Abdullah, Pembantu Tadbir N1, Majlis Perbandaran Kubang Pasu, yang telah kembali ke rahmatullah pada 13 Februari 2026 ( Jumaat ).
Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh Allah SWT, diampunkan segala dosa, diterima segala amal kebajikan serta ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
"Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan dikasihi Allah."
๐ฑ Portal : https://pbt.kedah.gov.my/.../majlis-perbandaran-kubang-pasu/
๐ฑ Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu
๐ฒ Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/
๐ปFacebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu
๐ฑ WhatsApp Aduan :
https://wa.link/c38jh1
17/11/2025
Alhamdulillah. Terima kasih yang tidak terhingga kepada YBhg. Datin Seri Norhasni binti Ishak dan rombongan PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah atas kunjungan dan sumbangan PUSPANITA DIHATI.
Kami amat menghargai sokongan moral dan doa daripada PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah. Terima kasih di atas perhatian dan keprihatinan yang ditunjukkan.
โWANITA SEPAKAT, NEGARA MENINGKATโ