JKR Daerah Kubang Pasu

JKR Daerah Kubang Pasu

Share

Laman Rasmi JKR Daerah Kubang Pasu

Photos from JKR Daerah Kubang Pasu's post 12/05/2026

‼️‼️‼️NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA LORONG JALAN DI JALAN KEPALA BATAS - BUKIT KAYU HITAM (FT001) 📣📣📣

Berikut adalah makluman berkaitan PENUTUPAN LORONG JALAN SECARA BERPERINGKAT bagi memberi laluan kepada PROJEK MENGGANTIKAN PEMBETUNG FT001/891/75 KEPADA JAMBATAN DI LALUAN JALAN KEPAYA KEMUNTING (JITRA) - BUKIT KAYU HITAM, KEDAH.

Penutupan lorong ini dijangka bermula dari 15 Mei 2026 (Jumaat) dan akan dilakukan secara berperingkat sepanjang tempoh kerja bagi memastikan keselamatan dan kelancaran sepanjang tempoh perlaksanaan kerja tersebut dijalankan.

Kami turut ingin mengingatkan kepada pengguna jalanraya yang menggunakan laluan tersebut untuk lebih peka dan berhati-hati serta awasi had laju kenderaan masing-masing ketika melalui kawasan kerja tersebut. Kerjasama anda amat kami hargai.

HARAP MAAF
KESULITAN MASA KINI UNTUK KESELESAAN MASA DEPAN



Photos from JKR Daerah Kubang Pasu's post 12/05/2026

📌MAKLUMAN KENYATAAN NOTIS SEBUTHARGA
No. Sebut Harga : "seperti jadual"

1. Sebut Harga adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan CIDB dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), serta Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) serta berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PPK) untuk Sijil Taraf Bumiputra, serta Sijil pematuhan Cukai (TCC) patuh dan masih sah tempoh sah laku dibenarkan menyertai sebut harga seperti di bawah.

2. Taklimat Tapak akan diadakan pada masa, tarikh dan tempat seperti berikut dibawah dan kehadiran adalah DIWAJIBKAN.
Kontraktor yang tidak hadir ke taklimat tidak dibenarkan menyertai tawaran sebutharga ini.

Tarikh : 17.05.2026 (Ahad)
Pendaftaran : 9.00 pagi.
Masa Taklimat : 10.00 pagi.
Tempat : Dewan Al Hisyam JKR Kubang Pasu

3. Hanya Pemilik lesen atau penama sahaja yang dibenarkan untuk menghadiri lawatan tapak. Wakil Syarikat tidak dibenarkan. Saringan akan dibuat semasa lawatan tapak. Sila bawa bersama KAD PENGENALAN , SALINAN ASAL SIJIL PENDAFTARAN CIDB, SIJIL PEROLEHAN KERJA KERAJAAN, SIJIL PEMATUHAN CUKAI DAN COP SYARIKAT.

4. 𝗞𝗔𝗘𝗗𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗬𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗔𝗗𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗦𝗘𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗝𝗢𝗠𝗣𝗔𝗬 𝗦𝗔𝗛𝗔𝗝𝗔. Harga jualan dokumen seperti berikut :
a) 𝐃𝐨𝐤𝐮𝐦𝐞𝐧 𝐬𝐞𝐛𝐮𝐭𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐆𝟐 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐑𝐌𝟏𝟎.𝟎𝟎 / 𝐬𝐞𝐛𝐮𝐭𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚
b) 𝐃𝐨𝐤𝐮𝐦𝐞𝐧 𝐬𝐞𝐛𝐮𝐭𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐆𝟑 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐑𝐌𝟓𝟎.𝟎𝟎 / 𝐬𝐞𝐛𝐮𝐭𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚
c) 𝐃𝐨𝐤𝐮𝐦𝐞𝐧 𝐬𝐞𝐛𝐮𝐭𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐆𝟒 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐑𝐌𝟏𝟎𝟎.𝟎𝟎 / 𝐬𝐞𝐛𝐮𝐭𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚

5. Dokumen sebut harga akan diedarkan pada 19 Mei 2026 (selasa) kepada penyebut harga selepas pejabat ini mendapat email syarikat dengan memenuhi syarat ditetapkan. Pautan muat turun dokumen sebut harga akan di email kepada pihak penyebut harga berdasarkan email syarikat yang diberi semasa pendaftaran taklimat sebut harga.

6. Tuan-tuan dinasihatkan untuk memastikan tarikh SAH LESEN sekurang-kurangnya TIGA (3) BULAN dari tarikh tutup sebutharga. KEGAGALAN berbuat demikian BERKEMUNGKINAN BOLEH MENJEJASKAN peluang bidaan yang dimasuki oleh tuan-tuan.

7. Dokumen Sebut Harga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di Pejabat Jurutera Daerah, JKR Daerah Kubang Pasu tidak lewat dari jam 12.00 tengahari, hari SELASA bertarikh 26.05.2026.







JKR Kedah

11/05/2026

📌MAKLUMAN KENYATAAN NOTIS SEBUTHARGA
TAJUK PEROLEHAN :

𝐌𝐄𝐌𝐁𝐄𝐊𝐀𝐋 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑 𝐁𝐄𝐊𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐁𝐈𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐋𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝐒𝐄𝐓𝐎𝐑 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀-𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈, 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐔𝐁𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐀𝐒𝐔 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔

No. SEBUTHARGA : JKR/KP/J/S/2026/01

Sebut Harga adalah dipelawa kepada Syarikat-syarikat yang berdaftar dengan 𝐊𝐞𝐦𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐰𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧
𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 di bawah Kod Bidang 𝟎𝟗𝟎𝟏𝟎𝟏 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐦𝐞𝐦𝐩𝐮𝐧𝐲𝐚𝐢 𝐒𝐢𝐣𝐢𝐥 𝐏𝐞𝐦𝐚𝐭𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐂𝐮𝐤𝐚𝐢 (𝐓𝐂𝐂).

Syarikat yang berminat dan berkelayakan seperti tertera sahaja 𝐡𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊𝐔𝐀𝐍 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐞𝐫𝐭𝐚𝐢 𝐬𝐞𝐛𝐮𝐭 𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐝𝐢 𝐬𝐢𝐬𝐭𝐞𝐦 𝐢𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑 (𝐡𝐭𝐭𝐩://𝐢𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫.𝐤𝐞𝐝𝐚𝐡.𝐠𝐨𝐯.𝐦𝐲) 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐞𝐥𝐚𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐲𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐭𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧 mengikut no sebutharga iaitu 𝐉𝐊𝐑/𝐊𝐏/𝐉/𝐒/𝟐𝟎𝟐𝟔/𝟎𝟏 bagi jumlah 𝐑𝐌 𝟏𝟎.𝟎𝟎 sebelum dokumen softcopy sebut harga dikemukakan kepada syarikat. Urusan penjualan sebut harga 𝐝𝐢𝐛𝐮𝐤𝐚 𝐬𝐞𝐩𝐚𝐧𝐣𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐚𝐬𝐚 𝐬𝐞𝐭𝐢𝐚𝐩 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐤𝐞𝐜𝐮𝐚𝐥𝐢 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐣𝐚𝐦 𝟏𝟐.𝟎𝟎 𝐭𝐞𝐧𝐠𝐚𝐡 𝐦𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝟏𝟐.𝟑𝟎 𝐩𝐚𝐠𝐢 bagi penyelenggaraan transaksi pihak bank.

𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡 𝐁𝐮𝐤𝐚/𝐉𝐮𝐚𝐥 : 𝟏𝟖/𝟎𝟓/𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐈𝐬𝐧𝐢𝐧)
𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡 𝐓𝐮𝐭𝐮𝐩 :𝟐𝟓/𝟎𝟓/𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐈𝐬𝐧𝐢𝐧)

𝐒𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐝𝐢𝐤𝐞𝐡𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐞𝐦𝐚𝐤 𝐍𝐨.𝐒𝐢𝐫𝐢 𝐤𝐚𝐰𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐝𝐨𝐤𝐮𝐦𝐞𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐛𝐞𝐫𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐬𝐢𝐬𝐭𝐞𝐦 𝐢𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐥𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐩𝐤𝐚𝐧 𝐍𝐨.𝐒𝐢𝐫𝐢 𝐤𝐚𝐰𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐝𝐨𝐤𝐮𝐦𝐞𝐧 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐡𝐚𝐥𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐦𝐮𝐤𝐚 𝐝𝐞𝐩𝐚𝐧 𝐃𝐨𝐤𝐮𝐦𝐞𝐧 𝐒𝐞𝐛𝐮𝐭 𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐫𝐮𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐨𝐭𝐚𝐤 𝐝𝐢𝐬𝐞𝐝𝐢𝐚𝐤𝐚𝐧. Kegagalan ini boleh mengakibatkan dokumen 𝐃𝐈𝐓𝐎𝐋𝐀𝐊

Syarikat yang ingin memasuki perolehan 𝐝𝐢𝐰𝐚𝐣𝐢𝐛𝐤𝐚𝐧 untuk membuat 𝐩𝐞𝐧𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐊𝐞𝐝𝐚𝐡 𝐃𝐚𝐫𝐮𝐥 𝐀𝐦𝐚𝐧 (Pendaftaran boleh dibuat di dalam sistem iDAFTAR) dan menyerahkan resit pendaftaran (tahun semasa) yang dicetak semasa penghantaran dokumen sebutharga.

Untuk makluman selanjutnya sila rujuk notis sebutharga. Selamat mencuba.





JKR Kedah

Photos from JKR Daerah Kubang Pasu's post 09/05/2026

06.05.2026 - Rabu

𝑱𝑲𝑹 𝑲𝒖𝒃𝒂𝒏𝒈 𝑷𝒂𝒔𝒖 𝑴𝒆𝒍𝒂𝒌𝒂𝒓 𝑲𝒆𝒋𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝒅𝒊 𝑺𝑶𝑪 2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada JKR Kubang Pasu atas kejayaan meraih 🥉 Tempat Ketiga Anugerah Inovasi Pengurusan Pembinaan Terbaik bagi kategori projek bernilai RM500 ribu hingga RM20 juta menerusi projek Pembinaan Semula Bangunan Daif di Sekolah Kebangsaan Jitra, Kubang Pasu Kedah (KBA4009) sempena Persidangan Pegawai Kanan JKR Malaysia (SOC 2026) yang berlangsung pada 6 hingga 8 Mei 2026 di Hotel Royale Chulan Seremban, Negeri Sembilan.

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Sri Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya kepada Ir. Ahmad Shahril Azli Bin Idris, Jurutera Daerah JKR Kubang Pasu.

Turut melakar kegemilangan adalah pasukan JKR DAERAH LANGKAWI yang merangkul 🥈 Naib Johan bagi kategori yang sama menerusi projek Bangunan RTM Langkawi.

Tahniah juga kepada Maya Masrili Sdn. Bhd. atas kejayaan dinobatkan 🥉 Tempat Ketiga bagi Anugerah Kontraktor Cemerlang bagi kategori projek bernilai RM500 ribu hingga RM20 juta.

Kejayaan ini membuktikan usaha, komitmen dan kerjasama erat antara warga JKR Kubang Pasu serta pihak kontraktor dalam memastikan projek pembangunan dapat dilaksanakan dengan baik dan berkualiti.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus mencipta lebih banyak pencapaian membanggakan pada masa akan datang.

JKR Kedah
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )




01/05/2026

Selamat Hari Pekerja 1 Mei 2026 🚧

Selamat Hari Pekerja 2026 diucapkan kepada seluruh warga kerja Jabatan Kerja Raya Malaysia.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala dedikasi, komitmen serta usaha gigih yang dicurahkan dalam memacu pembangunan infrastruktur negara, demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan Malaysia.

Semoga tema “Pekerja MADANI Kesuma Bangsa” terus menyuntik semangat kepada seluruh warga JKR untuk melaksanakan amanah dengan penuh integriti, profesionalisme dan semangat kebersamaan.

Teruskan melakar kecemerlangan, memperkukuh perkhidmatan, dan menjadi tulang belakang pembangunan negara.

Selamat Hari Pekerja 2026
Warga Kerja Jabatan Kerja Raya Malaysia



30/04/2026

Makluman kenyataan tawaran sebutharga.

Tajuk : 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀-𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐑𝐀𝐔 𝐃𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐈𝐍-𝐋𝐀𝐈𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐀𝐈𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐀𝐒𝐑𝐀𝐌𝐀 𝐀𝐊𝐇𝐋𝐀𝐊 (𝐏) 𝐉𝐈𝐓𝐑𝐀, 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋𝐀𝐌𝐀𝐍

1. Sebut Harga adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan CIDB dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), serta Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) atau PPK dalam Gred G2 Kategori B Pengkhususan 24.. Kebenaran Khas Tidak Dibenarkan

2. Taklimat Tapak akan diadakan pada masa, tarikh dan tempat seperti berikut dibawah dan kehadiran adalah DIWAJIBKAN.
Kontraktor yang tidak hadir ke taklimat tidak dibenarkan menyertai tawaran sebutharga ini.

Tarikh : 07.05.2026 (Khamis)
Pendaftaran : 9.30 pagi.
Masa Taklimat : 10.00 pagi.
Tempat : Asrama Akhlak (Perempuan) Jitra

3. Hanya Pemilik lesen atau penama sahaja yang dibenarkan untuk menghadiri lawatan tapak. Saringan akan dibuat semasa lawatan tapak. Sila bawa bersama KAD PENGENALAN , SALINAN ASAL SIJIL PENDAFTARAN CIDB, SIJIL PEROLEHAN KERJA KERAJAAN, SIJIL PEMATUHAN CUKAI DAN COP SYARIKAT.

4. Hanya penyebutharga yang melepasi saringan wajib akan disenarai pendek untuk ke peringkat seterusnya. Penyebutharga yang telah disenarai pendek akan menerima email yang mengandungi nombor akaun, nama penerima, jumlah bayaran harga jualan dokumen dan kaedah bayaran. Bayaran hendaklah dibuat dalam masa tiga (3) hari daripada tarikh email makluman pembayaran.

5. Hanya penyebutharga yang layak dan telah mengemukakan slip bayaran akan menerima nama pengguna beserta kata laluan atau pautan muat turun melalui email untuk memuat turun Dokumen Sebutharga daripada https://cloud.kedah.gov.my Tempoh muat turun Dokumen Sebutharga adalah bermula pada 13.05.2026 (RABU) sehingga 19.05.2026 (SELASA).

6. Tuan-tuan dinasihatkan untuk memastikan tarikh SAH LESEN sekurang-kurangnya TIGA (3) BULAN dari tarikh tutup sebutharga. KEGAGALAN berbuat demikian BERKEMUNGKINAN BOLEH MENJEJASKAN peluang bidaan yang dimasuki oleh tuan-tuan.

7. Dokumen Sebut Harga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di Pejabat Jurutera Daerah, JKR Daerah Kubang Pasu tidak lewat dari jam 12.00 tengahari, hari SELASA bertarikh 19.05.2026.






JKR Kedah

Photos from JKR Daerah Kubang Pasu's post 08/04/2026

08 April 2026

𝑨𝑵𝑼𝑮𝑬𝑹𝑨𝑯 𝑱𝑲𝑹 𝑴𝑨𝑳𝑨𝒀𝑺𝑰𝑨 2026 🏆
𝑺𝒆𝒎𝒑𝒆𝒏𝒂 𝑷𝒆𝒓𝒔𝒊𝒅𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝑷𝒆𝒈𝒂𝒘𝒂𝒊 𝑲𝒂𝒏𝒂𝒏 (𝑺𝑶𝑪) 𝑱𝑲𝑹 𝑴𝒂𝒍𝒂𝒚𝒔𝒊𝒂 𝑲𝒂𝒕𝒆𝒈𝒐𝒓𝒊: 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑷𝒆𝒎𝒃𝒊𝒏𝒂𝒂𝒏 𝑻𝒆𝒓𝒃𝒂𝒊𝒌
(𝑷𝒓𝒐𝒋𝒆𝒌 𝑹𝑴500,000 𝒉𝒊𝒏𝒈𝒈𝒂 𝑹𝑴20 𝑱𝒖𝒕𝒂)

📍𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐃𝐀𝐈𝐅 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝟐𝟎𝟐𝟑
𝐏𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐦𝐮𝐥𝐚 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐢𝐟 𝐝𝐢 𝐒𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐉𝐢𝐭𝐫𝐚, 𝐊𝐮𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐏𝐚𝐬𝐮, 𝐊𝐞𝐝𝐚𝐡 (𝐊𝐁𝐀𝟒𝟎𝟎𝟗)

Sesi lawatan penilaian bagi Anugerah JKR Malaysia 2026 telah berjaya dilaksanakan oleh Pasukan Panel Penilai yang diketuai oleh Ir. Shirin Idora binti Mahmud selaku Ketua Panel Penilai.

Projek ini, yang dilaksanakan oleh JKR Daerah Kubang Pasu telah mencipta pencapaian membanggakan apabila terpilih sebagai salah satu daripada 5 projek terbaik untuk ke peringkat penilaian akhir.

Sepanjang sesi penilaian berlangsung, pasukan JKR Daerah Kubang Pasu yang diketuai oleh Jurutera Daerah bersama Jurutera Bangunan, barisan pasukan projek serta Wakil Pegawai Penguasa (WPP) Mekanikal, WPP Elektrik dan WPP Arkitek telah memberikan komitmen penuh dalam memastikan kelancaran sesi penilaian.

Lawatan ke tapak projek turut diadakan dengan kerjasama erat daripada pihak Sekolah Kebangsaan Jitra yang bersama-sama menjayakan sesi penilaian ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat atas komitmen, dedikasi dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan projek ini. Semoga usaha ini terus menjadi pemangkin kepada kecemerlangan perkhidmatan JKR demi kesejahteraan rakyat.

Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
JKR Kedah
Kementerian Pendidikan Malaysia







08/04/2026

𝐒𝐄𝐊𝐀𝐋𝐔𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇: 𝐃𝐀𝐓𝐎' 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐙𝐈 𝐃𝐈𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐌𝐁𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 (𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍) 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇

Seluruh warga kerja Jabatan Kerja Raya Daerah Kubang Pasu ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Dato’ Muhamad Mahazi bin Haji Ibrahim di atas pelantikan beliau sebagai:

𝐓𝐢𝐦𝐛𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐭𝐢𝐚𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 (𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧) 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐊𝐞𝐝𝐚𝐡
𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐏𝐞𝐠𝐚𝐰𝐚𝐢 𝐃𝐢𝐠𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐊𝐞𝐝𝐚𝐡 (𝐂𝐃𝐎)

Pelantikan ini berkuat kuasa mulai 8 April 2026 (Rabu). Kami mendoakan agar YBhg. Dato’ terus cemerlang dalam memikul amanah ini demi kemajuan Negeri Kedah Darul Aman.
Selamat maju jaya!

Photos from JKR Daerah Kubang Pasu's post 06/04/2026

‼️‼️‼️NOTIS PENUTUPAN JALAN DI JALAN BT 9 JITRA/ ALOR RAMBAI/ KEPALA BATU (K288) 📣📣📣

Berikut adalah makluman berkaitan PENUTUPAN JALAN bagi memberi laluan kepada KERJA-KERJA PEMBINAAN 'PRESTRESSED CONCRETE GIRDER' DI LALUAN K288 (JAMBATAN ALOR RAMBAI) DAERAH KUBANG PASU, KEDAH.

Kerja-kerja ini akan melibatkan penutupan laluan sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan. Penutupan jalan adalah pada 08 April 2026 (Rabu) bermula jam 9.00pagi sehingga kerja-kerja selesai dilaksanakan.

Pengguna jalanraya dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif serta mematuhi papan tanda lalulintas yang disediakan.

HARAP MAAF
KESULITAN MASA KINI UNTUK KESELESAAN MASA DEPAN



05/04/2026

‼️‼️‼️NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA JALAN DI SEKSYEN 6.7 JALAN BUKIT KAYU HITAM-BUKIT TANGGA-SINTOK (FT277) 📣📣📣

Berikut adalah makluman berkaitan PENUTUPAN JALAN SEMENTARA bagi memberi laluan kepada KERJA-KERJA MEMBAIKI OUTLET CULVERT YANG ROSAK DAN LAIN-LAIN KERJA YANG BERKAITAN DI FT277 JALAN BUKIT TANGGA - SINTOK (Seksyen 6.70) DAERAH KUBANG PASU, KEDAH.

Kerja-kerja ini akan melibatkan penutupan laluan sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan. Penutupan jalan adalah bermula 05 April 2026 (Ahad) sehingga 20 April 2026 (Isnin).

Pengguna jalanraya dinasihat untuk menggunakan laluan alternatif yang disediakan.

HARAP MAAF
KESULITAN MASA KINI UNTUK KESELESAAN MASA DEPAN



Want your business to be the top-listed Government Service in Jitra?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Pejabat Jurutera Daerah, JKR Daerah Kubang Pasu
Jitra
06000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00