SWCorp Johor Bahru

Call Directions Website Contact the organization

SWCorp Johor Bahru VISI : Menerajui kebersihan Malaysia melalui perlaksanaan Dasar, Penguatkuasaan, Kesedaran Awam dan

23/10/2026

BANDAR BERSIH JOHOR 2030 :
OPERASI PEMBUANGAN SAMPAH KECIL

TIADA HARI TANPA PENGUATKUASAAN

SWCorp Cawangan Johor Bahru telah melaksanakan Ops Sampah kecil di Sekitar Johor Bahru. Sebagai langkah penguatkuasaan terhadap kesalahan pembuangan sampah kecil di tempat awam.
Operasi ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat agar sentiasa menjaga kebersihan persekitaran serta mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Sepanjang operasi dijalankan, beberapa Notis Pemberitahuan Kesalahan (NPK) telah dikeluarkan kepada individu yang didapati membuang sampah kecil di kawasan awam.
Pihak SWCorp Cawangan Johor Bahru akan terus mempergiatkan aktiviti penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan persekitaran yang lebih bersih, selesa dan sejahtera untuk semua.

"Tangan yang mengotorkan, tangan yang sama akan membersihkan"





11/10/2026

BANDAR BERSIH JOHOR 2030 :

Perintah Khidmat Masyarakat (PKM)

11 Oktober 2026, Ahad. SWCorp Johor Bahru hari ini melaksanakan Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) di sekitar Kawasan Kampung Senibong dan Bandar Baru Permas Jaya sebagai langkah penguatkuasaan berimpak tinggi bagi membanteras kesalahan pembuangan sampah kecil di tempat awam.
Pesalah telah menjalani PKM sebagai hukuman tambahan yang bersifat restoratif dan mendidik. Pendekatan ini beralih daripada kaedah denda kewangan semata-mata kepada hukuman pemulihan melalui penglibatan langsung pesalah dalam kerja-kerja pembersihan komuniti.
Pesalah ditugaskan melaksanakan kerja-kerja pembersihan kawasan awam termasuk menyapu dan mengutip sampah di bawah pemantauan rapi pegawai penguat kuasa SWCorp dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.
Pelaksanaan PKM ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui SWCorp dalam memperkukuh tadbir urus pengurusan sisa pepejal negara. Dalam masa yang sama, SWCorp akan terus melaksanakan penguatkuasaan secara konsisten dan berfokus bagi memastikan kebersihan awam sentiasa terpelihara serta memupuk budaya masyarakat yang lebih bertanggungjawab terhadap pengurusan sisa pepejal.
Pihak SWCorp Cawangan Johor Bahru akan terus mempergiatkan aktiviti penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan persekitaran yang lebih bersih, selesa dan sejahtera untuk semua.

"Tangan yang mengotorkan, tangan yang sama akan membersihkan"





PKM bukan sekadar satu bentuk hukuman, malah merupakan pendekatan pendidikan yang memberi pengalaman secara langsung kep...
11/10/2026

PKM bukan sekadar satu bentuk hukuman, malah merupakan pendekatan pendidikan yang memberi pengalaman secara langsung kepada pesalah untuk memahami kepentingan menjaga kebersihan persekitaran. Sepanjang pelaksanaan, mereka menjalankan kerja-kerja pembersihan di kawasan awam di bawah pemantauan anggota penguat kuasa SWCorp sebagai usaha memupuk rasa tanggungjawab terhadap kebersihan serta memelihara persekitaran yang bersih.

Tangan yang mengotorkan, tangan yang sama akan membersihkan. Marilah bersama-sama membudayakan amalan tidak membuang sampah merata-rata demi merealisasikan Malaysia yang bersih, indah dan sejahtera.

11/10/2026

PKM bukan sekadar satu bentuk hukuman, malah merupakan pendekatan pendidikan yang memberi pengalaman secara langsung kepada pesalah untuk memahami kepentingan menjaga kebersihan persekitaran. Sepanjang pelaksanaan, mereka menjalankan kerja-kerja pembersihan di kawasan awam di bawah pemantauan anggota penguat kuasa SWCorp sebagai usaha memupuk rasa tanggungjawab terhadap kebersihan serta memelihara persekitaran yang bersih.

Tangan yang mengotorkan, tangan yang sama akan membersihkan. Marilah bersama-sama membudayakan amalan tidak membuang sampah merata-rata demi merealisasikan Malaysia yang bersih, indah dan sejahtera.

10/10/2026

MAMA, AJAR ANAK-ANAK DARI SEKARANG. πŸ‘€

Dah habis minum? Bawa sekali sampah tu. Jangan tinggalkan di gelongsor atau mana-mana tempat awam. πŸ—‘οΈ

Ajar anak-anak untuk buang sampah ke tempat yang sepatutnya sejak kecil. Tabiat kecil yang dibentuk hari ini boleh menjadi amalan mereka sampai bila-bila. 🌱

Sentiasa amalkan (Bersih Setiap Tempat).

10/10/2026

🚨 APA SEBENARNYA YANG BERLAKU BILA PKM DILAKSANAKAN DI LAPANGAN? πŸ‘€

Apa yang berlaku apabila pesalah menjalani Perintah Khidmat Masyarakat (PKM)? Bagaimana p**a pengalaman penguat kuasa yang mengendalikan pelaksanaannya?

Kali ini, kita bawa anda melihat realiti di sebalik pelaksanaan PKM β€” daripada pengalaman penguat kuasa, cabaran di lapangan sehinggalah mesej yang ingin disampaikan melalui pelaksanaan hukuman ini.

πŸŽ™οΈ Saksikan Sembang Sampai Bersih EP. 3: Di Sebalik PKM – Realiti Di Lapangan, malam ini, jam 8.00 malam di YouTube SWChannel.

🎧 Dengarkan juga di Spotify.
πŸ‘‰ Link di bio/ruangan komen!

Tangan yang mengotorkan, tangan yang sama akan membersihkan.

10/10/2026

CUBA TENGOK, APA ADA DALAM TONG RORO NI? πŸ‘€

Kotak, beg plastik, bekas makanan, dulang telur dan macam-macam lagi sisa boleh dilihat bercampur dalam satu Tong RORO.

Tong RORO biasanya digunakan untuk menampung sisa dalam kuantiti yang banyak, termasuk sisa pukal dan sisa daripada kerja pembersihan.

Jadi, pastikan sisa dibuang dengan cara yang betul dan jangan biarkan Tong RORO penuh dengan sisa sampah domestik πŸ—‘οΈ
Sentiasa amalkan (Bersih Setiap Tempat)

10/10/2026

Address

SWCorp Cawangan Johor Bahru, Tingkat 4 Wisma Majlis Bandaraya Iskandar Puteri. Lebuhraya Skudai
Johor Bahru
81300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:30
Tuesday 08:00 - 17:30
Wednesday 08:00 - 17:30
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6075621812

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SWCorp Johor Bahru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to SWCorp Johor Bahru:

Shortcuts

Share