Jabatan Pembangunan Kemahiran - JPK Wilayah Selatan 2.0

Jabatan Pembangunan Kemahiran - JPK Wilayah Selatan 2.0

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jabatan Pembangunan Kemahiran - JPK Wilayah Selatan 2.0, Government Organization, Tingkat 18, Bangunan KWSP, Jalan Dato' Dalam, Ibrahim International Business District, Johor Bahru.

Photos from Jabatan Pembangunan Kemahiran - JPK Putrajaya's post 02/06/2026
02/06/2026

๐ŸŽฏ 5 TAHAP PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA: DARI ASAS HINGGA PROFESIONAL

Tahukah anda, Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) merangkumi lima (5) tahap utama yang menunjukkan perkembangan kompetensi, tanggungjawab dan profesionalisme seseorang dalam bidang kemahiran?

๐Ÿ“Œ Berikut ialah tahap-tahap persijilan yang diiktiraf:

1๏ธโƒฃ Tahap 1 โ€” Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
Terampil melaksanakan pelbagai tugas kerja rutin dan boleh dijangka.

2๏ธโƒฃ Tahap 2 โ€” Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
Terampil melaksanakan pelbagai tugas dalam pelbagai situasi serta mempunyai tanggungjawab dan autonomi diri.

3๏ธโƒฃ Tahap 3 โ€” Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
Terampil melaksanakan tugas kompleks, mempunyai autonomi tinggi serta membimbing orang lain.

4๏ธโƒฃ Tahap 4 โ€” Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)
Terampil dalam kerja teknikal dan profesional dengan tanggungjawab tinggi terhadap kerja dan sumber.

5๏ธโƒฃ Tahap 5 โ€” Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM)
Terampil mengendalikan tugas kompleks, analisis, perancangan dan penilaian dengan tanggungjawab yang sangat tinggi.

๐Ÿ’ก Setiap tahap menggambarkan peningkatan kemahiran dan pengiktirafan seseorang dalam bidang yang diceburi.

๐Ÿ‘‰ Semakin tinggi tahap SKM, semakin tinggi nilai dan pengiktirafan kemahiran anda.







01/06/2026

๐ŸŽฏ SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM) โ€“ APA SEBENARNYA?

Tahukah anda, SKM bukan sekadar sijil biasa. Ia merupakan kelayakan kemahiran yang dianugerahkan secara rasmi oleh Ketua Pengarah di bawah Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (Akta 652).

โœ… Pengiktirafan ini diberikan kepada individu yang telah memenuhi Standard Kemahiran Kebangsaan yang ditetapkan.

๐Ÿ“Œ Selain SKM, terdapat juga beberapa kelayakan lain yang diiktiraf secara rasmi:
๐Ÿ‘‰ Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
๐Ÿ‘‰ Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)
๐Ÿ‘‰ Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM)
๐Ÿ‘‰ Penyata Pencapaian (PC)

๐Ÿ’ก SKM merupakan bukti bahawa kemahiran seseorang individu diiktiraf secara sah berdasarkan standard kebangsaan dan keperluan industri di Malaysia.







01/06/2026

ใ€Ž SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG TAHUN 2026 ใ€

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Dengan penuh takzim dan rasa hormat, seluruh warga kerja Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat, kesejahteraan dan keafiatan berpanjangan kepada Tuanku serta terus mengurniakan kebijaksanaan dalam menerajui negara dengan penuh kedaulatan dan kemakmuran.

Sembah takzim daripada
Ir. Ts. Dr. Kamaruzaman bin Haji Md. Ali
Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran
dan Seluruh Warga Kerja Jabatan Pembangunan Kemahiran






29/05/2026

๐Ÿ“ฃ ๐—ก๐—ข๐—ง๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—จ๐—ง๐—จ๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง
-------------------------------------

Dimaklumkan bahawa Pejabat JPK Wilayah Selatan akan ditutup sempena cuti umum dan gantian cuti umum seperti mana berikut:

HARI KEPUTERAAN RASMI SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG
๐Ÿ“… Tarikh Tutup : 1 Jun 2026 (Isnin)

CUTI GANTIAN HARI WESAK
๐Ÿ“… Tarikh Tutup : 2 Jun 2026 (Selasa)

Pejabat JPK Wilayah Selatan akan beroperasi semula pada:
๐Ÿš€ Tarikh Buka : 3 Jun 2026 (Rabu)

Pihak kami ingin mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada mereka yang meraikannya, dan pihak kami juga mengambil kesempatan untuk merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong.

Daulat Tuanku.




.0

Photos from Jabatan Pembangunan Kemahiran - JPK Wilayah Selatan 2.0's post 25/05/2026

๐“๐€๐Š๐‹๐ˆ๐Œ๐€๐“ & ๐๐„๐‘๐๐ˆ๐๐‚๐€๐๐†๐€๐ ๐๐„๐‹๐€๐Š๐’๐€๐๐€๐€๐ ๐’๐ˆ๐’๐“๐„๐Œ ๐๐„๐‘๐’๐ˆ๐‰๐ˆ๐‹๐€๐ ๐Š๐„๐Œ๐€๐‡๐ˆ๐‘๐€๐ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐ƒ๐ˆ ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐€๐†๐€๐Œ๐€ ๐ˆ๐’๐‹๐€๐Œ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐’๐„๐Œ๐๐ˆ๐‹๐€๐
****************************************************

25 Mei 2026, Seremban, Negeri Sembilan โ€“ Satu sesi taklimat dan perbincangan telah diadakan bagi membincangkan pelaksanaan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) di Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Sesi ini bertujuan memberikan pendedahan berkaitan pelaksanaan latihan kemahiran berasaskan industri serta peluang pensijilan kemahiran yang diiktiraf di peringkat kebangsaan melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Selain itu, perbincangan turut memberi fokus kepada potensi kerjasama strategik dalam memperkasakan pembangunan modal insan, peningkatan kompetensi tenaga kerja serta peluasan akses latihan kemahiran kepada masyarakat khususnya dalam bidang-bidang berkaitan industri dan perkhidmatan.

Semoga sesi ini menjadi pemangkin kepada kerjasama yang lebih erat antara pihak MAINS dan JPK dalam memperkukuh agenda TVET negara serta melahirkan tenaga kerja berkemahiran, kompeten dan berdaya saing.

*******
Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan Persijilan Kemahiran Malaysia (SKM), sila hadir ke Pejabat JPK Wilayah Selatan atau hubungi kami di talian :
07- 222 6503
atau email:
[email protected]
Pegawai kami sedia membantu anda.
๐—Ÿ๐—ถ๐—ธ๐—ฒ, ๐—™๐—ผ๐—น๐—น๐—ผ๐˜„ & ๐—ฆ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ฒ ๐— ๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ ๐—ฆ๐—ผ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—น ๐—๐—ฃ๐—ž ๐—ช๐—ถ๐—น๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ต ๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป
๐—™๐—• | ๐—œ๐—ป๐˜€๐˜๐—ฎ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ | ๐—ง๐—ถ๐—ธ๐—ง๐—ผ๐—ธ : ๐—ท๐—ฝ๐—ธ๐˜€๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป๐Ÿฎ.๐Ÿฌ



.0

24/05/2026

PENGIKTIRAFAN KERAJAAN TERHADAP SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM) PROGRAM NOSS BUILDING INFORMATION MODELLING (BIM)

Melalui Pekeliling Perbendaharaan Malaysia (PK 1.15) kuatkuasa 01 Julai 2025 berkaitan dengan Garis Panduan Pelaksanaan Building Information Modelling (BIM) telah menetapkan KAEDAH PELAKSANAAN BIM DALAM PEROLEHAN KERAJAAN peringkat pra pembinaan mensyaratkan โ€œkehadiran kursus dan pensijilan BIM bagi kakitangan perunding dan kontraktor hendaklah dimasukkan dalam kriteria utama penilaian teknikal secara berperingkat. Program kursus dan pensijilan BIM boleh juga diperoleh daripada pihak atau pusat latihan yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), CIDB atau mana-mana badan Kerajaan lainโ€

Photos from Jabatan Pembangunan Kemahiran - JPK Wilayah Selatan 2.0's post 22/05/2026

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐•๐„๐‘๐ˆ๐…๐ˆ๐Š๐€๐’๐ˆ ๐๐„๐‘๐€๐๐“๐ˆ๐’ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐Œ๐๐€๐๐†๐”๐๐€๐ ๐Š๐„๐Œ๐€๐‡๐ˆ๐‘๐€๐ ๐–๐ˆ๐‹๐€๐˜๐€๐‡ ๐’๐„๐‹๐€๐“๐€๐ ๐ƒ๐ˆ ๐๐•๐ˆ ๐Š๐‹๐”๐€๐๐†
*******

20 Mei 2026, Kluang, Johor - Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Wilayah Selatan telah mengadakan Lawatan Verifikasi Perantis ke PVI Kluang bagi tujuan semakan dan penilaian berkaitan pelaksanaan program latihan kemahiran serta pematuhan kepada standard dan garis panduan yang ditetapkan oleh jabatan.

Lawatan ini bertujuan memastikan pelaksanaan latihan di PVI Kluang memenuhi keperluan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) di samping menilai aspek dokumentasi, kemudahan latihan serta pelaksanaan program yang dijalankan.

Seramai tiga (3) orang pegawai daripada JPK Wilayah Selatan telah hadir bagi melaksanakan sesi verifikasi tersebut.

Diharapkan lawatan ini dapat membantu memperkukuh kualiti pelaksanaan latihan kemahiran di PVI Kluang serta memastikan program yang dilaksanakan sentiasa mematuhi standard yang telah ditetapkan oleh JPK.
*******

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan Persijilan Kemahiran Malaysia (SKM), sila hadir ke Pejabat JPK Wilayah Selatan atau hubungi kami di talian :
โ˜Ž๏ธ07- 222 6503
atau email:
๐Ÿ“ง[email protected]
Pegawai kami sedia membantu anda.

๐—Ÿ๐—ถ๐—ธ๐—ฒ, ๐—™๐—ผ๐—น๐—น๐—ผ๐˜„ & ๐—ฆ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ฒ ๐— ๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ ๐—ฆ๐—ผ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—น ๐—๐—ฃ๐—ž ๐—ช๐—ถ๐—น๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ต ๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป
๐—™๐—• | ๐—œ๐—ป๐˜€๐˜๐—ฎ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ | ๐—ง๐—ถ๐—ธ๐—ง๐—ผ๐—ธ : ๐—ท๐—ฝ๐—ธ๐˜€๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป๐Ÿฎ.๐Ÿฌ




.0

Photos from Jabatan Pembangunan Kemahiran - JPK Wilayah Selatan 2.0's post 22/05/2026

LAWATAN VERIFIKASI ADI PERANTISAN TAHUN 2026 - VL FITNESS CENTRE
**********************************************************************

21 Mei 2026, Melaka - Lawatan Verifikasi Perantis telah diadakan di Syarikat ADI Perantisan VL Fitness Centre yang bekerjasama dengan Pusat Latihan Character International Academy (Seremban) dalam bidang Perkhidmatan Tuinalogy. Lawatan ini melibatkan kehadiran dua orang pegawai daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Selatan.

Lawatan ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan program perantis, memastikan pematuhan terhadap standard dan garis panduan yang ditetapkan, serta memperkukuhkan kualiti latihan kemahiran yang ditawarkan oleh pihak akademi.

Hasil daripada lawatan tersebut, pihak verifikasi berpuas hati dengan komitmen dan kesungguhan pihak akademi dalam menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif, sistem latihan yang tersusun serta pembangunan perantis yang berkualiti dan berdaya saing.

Semoga kerjasama erat antara pihak industri dan institusi latihan seperti ini dapat terus melahirkan lebih ramai tenaga mahir yang kompeten demi pembangunan negara.
************
Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan Persijilan Kemahiran Malaysia (SKM), sila hadir ke Pejabat JPK Wilayah Selatan atau hubungi kami di talian :
โ˜Ž๏ธ07- 222 6503
atau email:
๐Ÿ“ง[email protected]
Pegawai kami sedia membantu anda.

๐—Ÿ๐—ถ๐—ธ๐—ฒ, ๐—™๐—ผ๐—น๐—น๐—ผ๐˜„ & ๐—ฆ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ฒ ๐— ๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ ๐—ฆ๐—ผ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—น ๐—๐—ฃ๐—ž ๐—ช๐—ถ๐—น๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ต ๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป
๐—™๐—• | ๐—œ๐—ป๐˜€๐˜๐—ฎ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ | ๐—ง๐—ถ๐—ธ๐—ง๐—ผ๐—ธ : ๐—ท๐—ฝ๐—ธ๐˜€๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป๐Ÿฎ.๐Ÿฌ




.0

21/05/2026

๐—ก๐—ข๐—ง๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—จ๐—ง๐—จ๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง
--------------------------------------------------------
Dimaklumkan bahawa Pejabat JPK Wilayah Selatan akan ditutup sempena cuti umum Hari Raya Aidiladhah pada ketetapan berikut:
๐Ÿ“… Tarikh Tutup : 27 Mei 2026 ( Rabu )
๐Ÿš€ Beroperasi Semula : 28 Mei 2026 ( Khamis )
Pihak kami ingin mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Aidiladhah kepada semua



.0 See less

Want your business to be the top-listed Government Service in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Tingkat 18, Bangunan KWSP, Jalan Dato' Dalam, Ibrahim International Business District
Johor Bahru
80888

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00