Perkep PPM W2 JOHOR

Perkep PPM W2 JOHOR

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Perkep PPM W2 JOHOR, Government Organization, Jalan Pengkalan Rinting, Johor Bahru.

Photos from Polis Johor's post 30/06/2022
03/08/2021

SEJARAH PENUBUHAN PERSATUAN KELUARGA POLIS (PERKEP)

Inspirasi penubuhan Persatuan Keluarga Polis atau nama ringkasnya PERKEP lahir atas dasar inginkan kaum wanita maju dan meraih apa yang tertinggal selama ini, dengan keahlian lebih kurang 80,000 orang di seluruh Malaysia, persatuan ini terus berdiri tegap dan mantap sehingga ke hari ini.

Menyingkap kepada sejarah penubuhannya di mana persatuan yang pada asalnya dikenali sebagai β€˜Perkumpulan Kaum Ibu Polis’ (Women Police Institute) buat pertama kalinya telah mengadakan mesyuarat pada 26 Julai 1967 yang dipengerusi oleh Y.Bhg. Tan Sri Hj. Hussain Bin Hj. Mohd. Sidek, Timbalan Ketua Polis Negara ketika itu. Hasil dari itu satu Perintah Pasukan dikeluarkan pada 20 Oktober 1967 (Force Order 447/67) memaklumkan pada semua Ibu Pejabat Kontinjen dan Ibu Pejabat Daerah berkenaan dengan penubuhan persatuan wanita ini di Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia, Kuala Lumpur dan menyatakan juga undang-undang berkenaan penubuhannya.

Ekoran dari itu pada 03 Ogos 1968 satu lagi mesyuarat diadakan dipengerusikan oleh Y.Bhg. Puan Sri Hajah Saodah isteri kepada Y.Bhg. Tan Sri Mohd. Salleh Bin Ismail, Ketua Polis Negara ketika itu bertempat di Bilik Gerakan lama Ibu Pejabat Polis Jalan Bluff, Kuala Lumpur. Turut hadir sama adalah isteri-isteri Ketua Polis Negeri dan isteri-isteri PJP Sabah dan Sarawak. Di dalam mesyuarat tersebut satu kata sepakat telah dicapai iaitu memberi nama baru bagi persatuan.

Bermula dari sinilah Persatuan Keluarga Polis atau singkatannya PERKEP mendapat nama. Natijah dari itu PERKEP didaftarkan pada 10 jun 1969 (Bil. R.S.M. 779/68(6) PPP/SEL. 197/68) dengan diterajui oleh Pengerusi-Pengerusinya yang berkaliber yang menjadi asas kejayaan dan pencapaian yang membanggakan hingga ke hari ini.

🌹LAGU PERKEP 🌹

PERKEP Polis Diraja
Bersatu maju dan jaya
Membentuk ibu sentiasa
Melahirkan cita-cita

Bersama berganding tangan
Hidupkan ikrar laungan
Berikan semangat perjuangan
Kepada wira pahlawan

Halus bagaikan sutera
Membelai tangis anaknya
Itulah perjuangannya
Bersama kita nikmatinya

Majulah PERKEP sentiasa
Gerakan hati dan jiwa
Bersusaha maju jaya
Untuk kita bersama

# # # # #

πŸ”·Maksud Logo

Sebuah Persatuan, yang bernaung di bawah pentadbiran Polis Diraja Malaysia dengan ahli-ahli yang terdiri dari berbagai bangsa dan peringkat bersatu padu dalam suasana kekeluargaan, persaudaraan dan muhibah, bergerak dengan semangat dan azam untuk menuju ke arah kemajuan untuk kepentingan dan faedah ahli-ahli serta keluarga dan sealiran dengan itu turut mengharumkan nama Polis Diraja Malaysia.

πŸ”ΆPenjelasan Logo :

πŸ”ΉBunga Melambangkan :
i) Wanita dan kewanitaan
ii) Keharuman dan keindahan yang memberi pengertian yang baik dan berfaedah.

πŸ”ΉBentuk Bulat Melambangkan :
i) Perpaduan
ii) Semangat serta azam yang padu dan kukuh.

πŸ”ΉBentuk Orang :
Saiz dan warna yang berbeza dalam bentuk ini melambangkan ahli-ahli dari berbagai kaum dan peringkat.

πŸ”ΉBentuk Rumah :
Melambangkan suasana kekeluargaan, persaudaraan dan muhibah.

πŸ”ΉWarna Putih : Melambangkan ketulusan keikhlasan kaum wanita serta keluarga menyokong karier di dalam pasukan.

πŸ”ΉBendera dan Lencana :
PERKEP akan menggunakan bentuk logo berkenaan sebagai motif bendera dan lencana bagi semua urusan dalam mencapai objektif PERKEP.

27/04/2021

Assalamualaikum & Salam Sejahtera serta Salam Ramadan Kareem πŸ•Œ
‒‒‒‒‒‒‒‒‒‒‒‒‒‒‒‒‒‒‒‒‒‒‒‒‒‒‒‒‒‒‒‒‒‒‒‒‒ℒ️

πŸ’’PERHATIANπŸ’’

JUALAN SAMPUL RAYA PERKEP

Cepat order sebelum kehabisan...πŸ’ƒπŸΌπŸ’ƒπŸΌπŸ’ƒπŸΌ

πŸ“£RM5/10 Pcs‼️
πŸ“£RM5/10 Pcs‼️
πŸ“£RM5/10 Pcs‼️

Berminat boleh berhubung :-

πŸ“² Madihah SU PERKEP : 019-7887048
πŸ“² Fieza Biro Korporat : 014-7732263

Photos from Perkep PPM W2 JOHOR's post 16/04/2021

LAWATAN KEBAJIKAN PERKEP PPM W2 JOHOR

, 16 April 2021 (Jumaat) - YDH ACP Muhd Zailani Bin Abdullah, Komander PPM W2 Johor bersama isteri Ybhg. Puan Hjh Rostena Binti Ismail, Pengerusi PERKEP PPM W2 Johor telah membuat lawatan kebajikan dan menyampaikan sumbangan daripada PERKEP PPM W2 Johor kepada SM A. Manan Bin Alimat (PULAMAR) yang menghidap penyakit serangan angin ahmar (minor stroke) di kediamannya di Perumahan Polis Taman Melati sebentar tadi.

YDH ACP Muhd Zailani Bin Abdullah, Komander PPM W2 bersama isteri Ybhg. Puan Hjh Rostena Binti Ismail, Pengerusi PERKEP PPM W2 Johor serta seluruh warga PPM W2 Johor serta Ahli-Ahli PERKEP PPM W2 Johor mendoakan SM A. Manan Bin Alimat diberikan kesembuhan dan sihat seperti sediakala.

Turut hadir sama, Ketua Bahagian Kepolisan Am PPM W2 Johor, DSP Ahmad Amri Bin Abd Rahman bersama isteri, Ketua Biro Kebajikan PERKEP PPM W2 Johor, AJK PERKEP PPM W2 Johor, AJK Kebajikan PERKEP PPM W2 Johor serta Ahli-Ahli PERKEP PPM W2 Johor.


13/04/2021
Photos from Perkep PPM W2 JOHOR's post 09/04/2021

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐁𝐀𝐂𝐀𝐀𝐍 π˜π€π’πˆπ,π“π€π‡π‹πˆπ‹ 𝐃𝐀𝐍 πƒπŽπ€ π’π„π‹π€πŒπ€π“ π’π„πŒππ„ππ€ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 π‘π€πŒπ€πƒπ‡π€π 𝐀𝐋 πŒπ”ππ€π‘π€πŠ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 2021𝐌 /1442𝐇

, 9 April 2021 (Khamis) - Sempena menyambut kehadiran bulan Ramadan Al-Mubarak bagi tahun 2021 Masihi bersamaan 1442 Hijrah, PERKEP PPM W2 Johor telah mengadakan majlis bacaan yasin,tahlil dan doa selamat di Rumah PERKEP PPM W2 Johor yang telah dipimpin oleh Pn Siti Tugirah Binti Adnan, AJK PERKEP PPM W2 Johor.

Turut hadir mengimarahkan masjlis tersebut, Ybhg. Pn Hjh Rostena Binti Ismail (Pengerusi PERKEP PPM W2 Johor), Pn Hjh Rozana Binti Mohd Nasir (Naib Pengerusi PERKEP PPM W2 Johor), Isteri-isteri Ketua Bahagian PPM W2 Johor, barisan AJK PERKEP serta ahli-ahli PERKEP PPM W2 Johor.

Ybhg. Puan Pengerusi menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir yang telah sudi bersama-sama mengimarahkan majlis tersebut sekaligus merapatkan lagi ukhuwah di antara ahli-ahli PERKEP PPM W2 Johor.

Majlis kemudian diikuti dengan Mesyuarat AJK PERKEP PPM W2 kali pertama bagi sesi 2021/2022 dengan membentangkan aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh setiap Biro PERKEP PPM W2. Program diakhiri dengan jamuan makan tengah hari yang disediakan secara potluck.

Semoga ukhuwahfillah dan silaturrahim kita terus kukuh.

31/03/2021

LAWATAN KEBAJIKAN PERKEP PPM W2 JOHOR

- Pada jam 1500hrs, 31 Mac 2021 (Rabu), rombongan PERKEP PPM W2 telah membuat lawatan kebajikan ke atas Pn Norhafizah Binti Abdul Razak, isteri kepada Kpl Mohd Khairul Bin Anuar yang bertugas di Markas PPM W2 Johor ekoran telah menjalani pembedahan akibat batu karang di Hospital Pakar KPJ Abdul Samad, Johor Bahru, Johor.

Setiausaha PERKEP mewakili Ybhg. Puan Hjh Rostena Binti Ismail (Pengerusi PERKEP PPM W2 Johor) telah menyampaikan sumbangan dan buah tangan daripada PERKEP PPM W2 Johor. Semoga lawatan ini dapat mengeratkan silaturrahim diantara ahli - ahli PERKEP PPM W2 Johor.

Turut hadir sama, Bahagian Kebajikan PERKEP PPM W2 Johor, Bahagian Kebajikan PPM W2 Johor, Bips PPM W2 serta anggota PPM W2 Johor.

''Polis & Masyarakat, Berpisah Tiada”

''Keselamatan & Kesejahteraan, Keutamaan Kami”


Photos from Perkep PPM W2 JOHOR's post 26/03/2021

LAWATAN PRIHATIN PERKEP PPM W2 JOHOR

, 26 Mac 2021 – YDH ACP Muhd Zailani Bin Abdullah, Komander PPM W2 Johor bersama isteri Ybhg. Puan Hjh Rostena Binti Ismail, (Pengerusi PERKEP PPM W2 Johor), serta AJK PERKEP PPM W2 Johor telah membuat lawatan kebajikan ke atas adik Dhia Darwish Binti Mohamad Izan Izwandi di kediamannya di Perumahan Polis Taman Kenanga Johor Bahru kerana dimasukkan ke hospital akibat radang telinga.

Turut hadir mengiringi YDH ACP Muhd Zailani Bin Abdullah, Ketua Bahagian Kepolisan Am, DSP Ahmad Amri Bin Abd Rahman bersama isteri merangkap Biro Kebajikan PERKEP PPM W2 Johor.

Tujuan lawatan ini adalah sebagai tanda keprihatinan dan tanggungjawab pucuk pimpinan terhadap warga anggota yang bertugas di dalam Pasukan Polis Marin Wilayah 2 Johor. Dalam lawatan ini juga, Puan Pengerusi turut menyampaikan sumbangan peribadi serta sumbangan daripada PERKEP PPM W2 Johor.

''Polis & Masyarakat, Berpisah Tiada”

''Keselamatan & Kesejahteraan, Keutamaan Kami”


21/03/2021

Facebook Rasmi Perkep PPM W2 JOHOR

Photos from Perkep Kontinjen Pahang's post 20/03/2021
Photos from Perkep PPM W2 JOHOR's post 20/03/2021

MESYUARAT AGUNG PERKEP PPM W2 JOHOR BAGI TAHUN 2021/2022

, 19 Mac 2021 (Jumaat) - Bertempat di Dewan Samudera Pusat Latihan Polis Marin Johor telah diadakan Mesyuarat Agung PERKEP PPM W2 Johor bagi tahun 2021/2022 yang telah dirasmikan oleh YBhg. Puan Hjh Rostena Binti Ismail, Pengerusi PERKEP PPM W2 Johor.

Pengerusi PERKEP PPM W2 Johor YBhg. Puan Hjh Rostena Binti Ismail dan Naib Pengerusi YBhg. Puan Hjh Rozana Binti Mohd Nasir hadir bagi menyempurnakan Mesyuarat tersebut bagi pemilihan AJK bagi tahun 2021/2022 serta menyampaikan sijil penghargaan dan cenderahati kepada Ahli Jawatankuasa PERKEP tahun 2020/2021.

Turut Hadir isteri Ketua-Ketua Bahagian PPM W2 Johor, AJK/Ahli PERKEP PPM W2 Johor, Pegawai Awam PPM W2 Johor.

Tahniah kepada barisan Ahli Jawatankuasa yang dilantik. Semoga PERKEP PPM W2 Johor terus cemerlang.


19/03/2021

Selamat datang ke page Perkep PPM W2

Want your business to be the top-listed Government Service in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Jalan Pengkalan Rinting
Johor Bahru
81200