19/10/2026
πββοΈ SLEEPING FUN WALK RELA 2026: MERIAHKAN SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA, ERATKAN UKHUWAH WARGA RELA JOHOR! π
KOTA TINGGI, 19 OKTOBER 2026 β Program Sleeping Fun Walk RELA 2026 sempena Sambutan Hari Sukan Negara 2026 telah berlangsung dengan meriah bertempat di Dewan Raya FELDA Simpang Waha, Kota Tinggi, Johor.
Program ini telah dirasmikan oleh Ys. PjR Haji Khairol Faizal bin Rosli, Pengarah RELA Negeri Johor, sebagai usaha menggalakkan budaya hidup sihat, meningkatkan kecergasan fizikal serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan pegawai dan anggota RELA.
Program dimulakan dengan sesi pendaftaran dan sarapan ringan, diikuti senamrobik serta aktiviti warm-up. Pelbagai acara sukaneka dan pertandingan turut diadakan bagi memeriahkan program, antaranya pertandingan Netball Sharpshooter, Penalty Kick Bersyarat, Dodgeball, dart, bowling bola kelapa, angkat botol menggunakan paku, congkak dan dam.
Selain menggalakkan penglibatan aktif dalam aktiviti riadah, program ini turut menjadi platform untuk memupuk semangat kesukanan, kerjasama berpasukan dan kemesraan antara warga RELA.
Majlis turut diserikan dengan penyampaian hadiah, sumbangan bakul makanan dan cenderahati sebelum diakhiri dengan jamuan serta sesi bersurai.
Diharapkan program seumpama ini dapat terus menyemarakkan semangat kesukanan dan membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan warga RELA, selaras dengan aspirasi melahirkan anggota yang cergas, sihat dan bersemangat dalam melaksanakan amanah kepada masyarakat dan negara.
RELA Cergas, Komuniti Sejahtera!