RISDA Negeri Johor

Directions Website Contact the organization

RISDA Negeri Johor Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).

16/10/2026

🌱 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐆𝐄𝐓𝐀𝐇 ππ„π‘πŒπ€π‘π”π€π‡, π’πˆππ€π‘ 𝐇𝐀𝐑𝐀𝐏𝐀𝐍 ππ„πŠπ„ππ”π πŠπ„π‚πˆπ‹

Di sebalik setiap titisan getah, ada keringat, pengorbanan dan harapan sebuah keluarga!

Tiga strategi digariskan oleh YB Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib, Pengerusi RISDA di ucaptama beliau pada Majlis Perasmian Konvensyen Pekebun Kecil Getah Zon Sabah pada hari ini bagi mengangkat kembali martabat pekebun kecil ; Memperkukuh harga getah, mengutamakan getah asli tempatan dan memperluas penglibatan RISDA dalam industri hiliran.

Kerana setiap pekebun kecil berhak menikmati hasil titik peluh yang lebih baik. Semoga getah yang ditoreh hari ini menjadi sumber rezeki yang lebih bermakna untuk hari esok.

RISDA terus berusaha, demi pendapatan pekebun kecil yang lebih sejahtera.

16/10/2026
16/10/2026
πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ π‰π€π–π€π“π€ππŠπ”π€π’π€ π“πˆππƒπ€πŠπ€π ππ„πŒππ€ππ†π”ππ€π π‘πˆπ’πƒπ€ ππ„π†π„π‘πˆ π‰πŽπ‡πŽπ‘ ππˆπ‹ πŸ“/πŸπŸŽπŸπŸ”BATU PAHAT | 15 OKTOBER 2026Mesyuarat ini telah...
15/10/2026

πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ π‰π€π–π€π“π€ππŠπ”π€π’π€ π“πˆππƒπ€πŠπ€π ππ„πŒππ€ππ†π”ππ€π π‘πˆπ’πƒπ€ ππ„π†π„π‘πˆ π‰πŽπ‡πŽπ‘ ππˆπ‹ πŸ“/πŸπŸŽπŸπŸ”

BATU PAHAT | 15 OKTOBER 2026

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pengarah RISDA Negeri Johor, Tuan Haji Muhd. Khairuddahri bin Abdul Rahman, bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat RISDA Daerah Batu Pahat.

Turut hadir Timbalan Pengarah RISDA Negeri Johor, En. Zainal bin Lihim serta semua ahli mesyuarat yang terlibat termasuk Kumpulan RISDA Holdings.

Pada majlis yang sama turut diadakan perasmian bilik mesyuarat yang baru siap dinaiktaraf dan dinamakan Bilik Mesyuarat Renjana.

LAWATAN HARTA TANAH RISDA BAGI PROGRAM ROAD TOUR PROPERTY 2026JOHOR | 14 Oktober 2026 (Rabu)Pada 14 Oktober 2026, telah ...
15/10/2026

LAWATAN HARTA TANAH RISDA BAGI PROGRAM ROAD TOUR PROPERTY 2026

JOHOR | 14 Oktober 2026 (Rabu)

Pada 14 Oktober 2026, telah berlangsung Lawatan Harta Tanah RISDA bagi Program Road Tour Property 2026 bersama Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) RISDA, YBrs. Encik Wan Mohd Hafiz bin Wan Ibrahim, di dua lokasi harta tanah RISDA di Negeri Johor, iaitu 14 lot tanah kosong di Mukim Kluang, Johor dan sebuah bangunan kosong dua tingkat di Lot 41177, Mukim Sri Gading, Batu Pahat.

Lawatan ini bertujuan untuk meninjau keadaan semasa harta tanah RISDA secara langsung, di samping menilai potensi pembangunan, penggunaan serta kaedah pengurusan yang bersesuaian bagi mengoptimumkan pemanfaatan aset milik RISDA.

Melalui lawatan ini, maklumat berkaitan keadaan fizikal, potensi penggunaan dan isu-isu pengurusan harta tanah dapat dikenal pasti bagi membantu perancangan serta tindakan susulan yang lebih berkesan.

Diharapkan usaha ini dapat memperkukuh pengurusan aset dan memastikan harta tanah RISDA dimanfaatkan secara optimum, strategik dan berimpak tinggi demi kepentingan organisasi.






15/10/2026

Address

PTB 12328, Jalan Padi Murni, Bandar Baru Uda
Johor Bahru
81200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RISDA Negeri Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to RISDA Negeri Johor:

Shortcuts

Share