11/09/2022
Pertandingan Mewarna diadakan terbuka kepada semua penduduk kampung Sungai Danga kategori A berumur 4 hingga 6 tahun kategori B 7 tahun-9 tahun ,kategori C 10 tahun-12 tahun dan kategori warga emas berumur 50 tahun ke atas
sempena Sambutan Hari Malaysia 2022. Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk menyemai semangat cintakan negara dengan melalui aktiviti mewarna lukisan yang disediakan oleh pihak penganjur.
Pelbagai hadiah menanti adik-adik .
01/01/2022
31 Disember 2021 / 3.00 Ptg / Balairaya Kg Sg Danga
Mesyuarat JPKK Kampung Sungai Danga Bil.05/2021
Mukim Pulai
Daerah Johor Bahru
21/12/2021
Mesyuarat JPKK Kampung Sungai Danga Bil.04/2021
Mukim Pulai
Daerah Johor Bahru
27/03/2021
12 Mac 2021 - Majlis Pengisytiharaan & Bacaan Ikrar Ketua Kampung Sungai Danga bagi tempoh 2021 - 2022. Pengisytiharan dibaca oleh Penghulu Mukim Pulai Tuan Haji Zainuddin Zainal Abidin di Masjid Kg Sg Danga sebelum solat jumaat. Tahniah Tok Surip Abdullah Ketua Kampung Sungai Danga.
27/03/2021
17 Mac 2021 - Perjumpaan wakil penduduk Kg Sg Pinang bersama Penghulu Mukim Pulai, Ketua Kg Sg Danga, Ahli Majlis MBJB Zon Teluk Danga, PDRM, peguam & konsultan pemilik tanah Tanjung Bidara Venture berhubung bancian penduduk yg akan dijalankan oleh konsultan lantikan tuan tanah. Perbincangan yang diadakan di Balairaya Kg Sg Danga berjalan dengan baik.
24/03/2021
Tahniah Dato' Haji Abdul Rahman Bin Salleh Pegawai Daerah Johor Bahru.
22/03/2021
8 Mac 2021 - Majlis Ikrar & Penyampaian Watikah Perlantikan Ketua - Ketua Kampung Daerah Johor Bahru.