27/02/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐
๐๐๐๐๐๐๐ "๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐"
Mulai 9 Mac 2026, aktiviti-aktiviti dalam akaun Facebook ini akan dihentikan. Semua "followers" sedia ada diminta untuk bermigrasi dari akaun ini ke akaun Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan BSI. Segala pemakluman semasa, aktiviti-aktiviti serta peristiwa berkaitan AKPS Bangunan Sultan Iskandar akan dihebah atau dikongsi di akaun baharu ini sahaja. Harap maklum.
Klik butang ๐ญ๐ถ๐ณ๐ณ๐ถ๐พ dan ๐ณ๐ฐ๐ฒ๐ฌ Media Sosial AKPS Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Media Sosial Rasmi Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) bagi mendapatkan informasi terkini dan aktiviti AKPS.
โ
๏ธ Facebook AKPS BSI
https://www.facebook.com/akpsbsi
โ
TikTok AKPS BSI
https://www.tiktok.com/.bsi
โ
๏ธ Facebook AKPS MALAYSIA
https://www.facebook.com/mybordercontrol
28/10/2025
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
Sekalung tahniah diucapkan kepada YBhg. Datoโ Lokman Effendi Ramli, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Imigresen Malaysia atas pengurniaan Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-66 Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.
Ikhlas daripada,
Dato' Zakaria Shaaban Ketua Pengarah Imigresen dan seluruh Warga Jabatan Imigresen Malaysia
18/10/2025
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
Panduan ini disediakan bagi membantu orang ramai yang akan melalui Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor sempena perayaan Hari Deepavali pada 20 Oktober 2025.
Dijangka berlaku peningkatan jumlah kenderaan dan pelawat yang akan menggunakan laluan BSI sepanjang minggu ini dan minggu hadapan.
Peringatan Mesra:
โ
Pastikan tempoh sah laku pasport tidak kurang daripada 6 bulan
โ
Pastikan baki kad Touch โn Go mencukupi
โ
Rancang perjalanan anda & sentiasa mengikuti info trafik semasa
โ
Patuhi peraturan lalu lintas dan arahan pegawai bertugas
โ
Pengisian MDAC adalah wajib bagi pelawat asing kecuali warganegara Singapura
โ
Imbas kod untuk muat turun MyNiise (63 buah negara untuk pelepasan masuk dan 71 buah negara untuk pelepasan keluar)
โ
Pelawat diwajibkan membawa pasport bersama
Untuk keselesaan dan keselamatan semua, sila patuhi segala panduan / arahan berkaitan yang dipaparkan dan beri laluan kepada yang lebih memerlukan. Kesabaran anda amatlah dihargai.
Klik butang ๐ญ๐ถ๐ณ๐ณ๐ถ๐พ dan ๐ณ๐ฐ๐ฒ๐ฌ Media Sosial AKPS Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Media Sosial Rasmi Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) bagi mendapatkan informasi terkini dan aktiviti AKPS.
โ
๏ธ Facebook AKPS BSI
https://www.facebook.com/akpsbsi
โ
TikTok AKPS BSI
https://www.tiktok.com/.bsi
โ
๏ธ Facebook AKPS MALAYSIA
https://www.facebook.com/mybordercontrol
29/09/2025
๐ฎ๐ฎ๐ฐ ๐๐ข๐ง๐ฆ๐ฃ๐ข๐ง ๐ช๐๐ฅ๐๐ ๐๐ฆ๐๐ก๐ ๐๐๐๐๐ก๐๐ ๐ฃ๐๐ฆ๐ง๐
Sebagai sebahagian daripada reformasi Kerajaan MADANI, Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah membangunkan sistem pemetaan untuk mengenal pasti 224 hotspot utama penempatan warga asing di seluruh negara.
โ
Melalui pemetaan ini, operasi penguatkuasaan dapat dilaksanakan secara lebih berfokus untuk mengesan mereka yang melanggar undang-undang.
โ
Warga asing yang ditahan akan ditempatkan di depot imigresen sebelum dihantar pulang dengan kerjasama kedutaan masing-masing.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen kerajaan untuk memastikan pengurusan imigresen yang lebih teratur, berkesan dan selari dengan prinsip Malaysia MADANI - menjaga keselamatan, kedaulatan serta keharmonian negara.
20/09/2025
SIARAN MEDIA KEMENTERIAN DALAM NEGERI: MEKANISME TRIAL RUN SISTEM IMIGRESEN BERSEPADU NASIONAL (NIISe) โ PENGGUNAAN KOD QR DI LALUAN KERETA MULAI 22 SEPTEMBER 2025
PUTRAJAYA, 20 September 2025 โ Percubaan Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) pada 22 September 2025 ini akan melibatkan pemeriksaan imigresen dengan menggunakan Kod QR yang dijanakan melalui aplikasi mudah alih MyNIISe. Fasa awal percubaan pada 22 September 2025 ini melibatkan laluan kereta sahaja di dua pintu masuk utama iaitu:
i. Bangunan Sultan Iskandar (BSI): 16 laluan kereta (8 masuk, 8 keluar); dan
ii. Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB): 12 laluan kereta (6 masuk, 6 keluar).
Yang berikut ialah langkah-langkah yang perlu diambil untuk menggunakan aplikasi MyNIISe:
i. Muat turun aplikasi MyNIISe melalui telefon pintar menerusi Apple App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery.
ii. Jana Kod QR secara individu atau berkumpulan dalam aplikasi.
iii. Imbas Kod QR tersebut di lorong kereta yang ditetapkan semasa pemeriksaan imigresen.
Bagi membantu melancarkan penggunaan aplikasi MyNIISe ini, orang ramai juga boleh merujuk panduan langkah demi langkah seperti yang berikut:
i. Poster dan video rasmi menerusi Facebook, Instagram dan TikTok KDN serta NIISe
ii. Kemas kini berkala menerusi pelantar media sosial rasmi KDN dan NIISe.
Setakat 19 September 2025, aplikasi MyNIISe telah dimuat turun oleh lebih 10 000 orang pengguna, menunjukkan penerimaan awal yang positif. Sepanjang tempoh percubaan ini, KDN mengalu-alukan maklum balas pengguna yang boleh disalurkan melalui e-mel [email protected]. Selepas fasa laluan kereta, percubaan penggunaan Kod QR di laluan motosikal serta laluan pejalan kaki/penumpang bas akan dimulakan pada bulan berikutnya.