SMK TASEK UTARA

Call Directions

SMK TASEK UTARA πŸ‘©β€πŸš€πŸ§‘β€πŸš€INSPIRING FUTURE GENERATIONS πŸ†TEKUN USAHA JAYAπŸ₯‡πŸ₯‡

🌺 TAHNIAH PASUKAN TARIAN TRADISIONAL MELAYU SMK TASEK UTARA! 🌺Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Tarian Tradisi...
26/09/2026

🌺 TAHNIAH PASUKAN TARIAN TRADISIONAL MELAYU SMK TASEK UTARA! 🌺

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Tarian Tradisional Melayu SMK Tasek Utara yang telah berjaya meraih TEMPAT KE-4 PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU sempena UDA Big Business Day 2026 yang berlangsung pada pagi tadi.

Pencapaian ini membuktikan kesungguhan, disiplin dan komitmen tinggi para peserta dalam mengangkat keindahan seni serta warisan tarian tradisional Melayu. πŸ’ƒπŸ»πŸŒΏ

✨ TAHNIAH KEPADA PESERTA TARIAN MELAYU TRADISIONAL DAERAH JOHOR BAHRU 2026:

1. Nur Syifa Qairina binti Azhar
2. Putri Nur Ellia Natasha binti Abdullah
3. Nuha Nafisa binti Mohd Salleh
4. Afifah Nazurah binti Khairul Azhar
5. Nur Dania binti Baharudin
6. Alisha Nur Syazana binti Abdul Halim

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Cikgu Mohd Khairuddin Bin Hussain, Nurul Syafiqah Binti Wan Azmi (6APM1) dan Mohammad Fazrullah Shah (6APM2) atas segala bimbingan, sokongan dan komitmen dalam membantu pasukan tarian SMK Tasek Utara mencapai kejayaan ini. πŸ‘πŸ»πŸŒŸ

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus menggilap bakat, memartabatkan seni budaya dan mengharumkan nama SMK Tasek Utara di peringkat yang lebih tinggi.

Syabas dan tahniah! Teruskan melangkah dengan penuh semangat dan bangga membawa nama sekolah! πŸ’™πŸ’›










25/09/2026
πŸ†βœ¨ TAHNIAH PASUKAN KAUNSELOR BIMBINGAN & KAUNSELING SMK TASEK UTARA! βœ¨πŸ†πŸŽ‰ 8 ANUGERAH BERJAYA DIBAWA PULANG! πŸŽ‰1. Gold Awar...
23/09/2026

πŸ†βœ¨ TAHNIAH PASUKAN KAUNSELOR BIMBINGAN & KAUNSELING SMK TASEK UTARA! βœ¨πŸ†

πŸŽ‰ 8 ANUGERAH BERJAYA DIBAWA PULANG! πŸŽ‰

1. Gold Award : i-IARC (Action Research Category : Life Meaning Journey Board)
2. Gold Award : (Action Research Category :CareerMatch RIASEC 2.0
3. Best Paper Award : (Action Research Category: CareerMatch RIASEC 2.0
4. Best of the Best : Action Research Category : CareerMatch RIASEC 2.0
5. Gold Award : i-IARC (Action Research Category : AURA PERMA Mindshift
6. Best Booth Prize : i-IARC (Action Research Category : AURA PERMA Mindshift
7. Best Poster Prize : i-IARC (Action Research Category : AURA PERMA Mindshift
8. Silver Award : i-IARC (Action Research Category : Modul WOW! STEMorasi Jiwa

Syabas dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Cikgu Norfarhah Binti Abu Bakar dan Cikgu Nursyazwani Binti Paiman, Team Bimbingan & Kaunseling SMK Tasek Utara, atas kejayaan membanggakan dalam International Innovation and Action Research Competition 2026 yang berlangsung di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

πŸ… 8 ANUGERAH berjaya diraih hasil komitmen, kreativiti, inovasi dan kesungguhan dalam menghasilkan idea serta amalan terbaik yang memberi impak kepada perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

Kejayaan ini membuktikan bahawa warga SMK Tasek Utara, Sekolah Rintis Bangsa Johor (SRBJ) sentiasa komited dalam membudayakan inovasi, penyelidikan dan kecemerlangan profesional.

πŸ‘ Tahniah sekali lagi kepada Cikgu Norfarhah dan Cikgu Nursyazwani atas pencapaian yang membanggakan ini. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus melakar kecemerlangan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

INOVASI DIPERKASA, KECEMERLANGAN DICIPTA! 🌟










πŸŽ“βœ¨ MAJLIS GRADUASI SPM & STPM KALI KE-16 TAHUN 2026 βœ¨πŸŽ“Dengan penuh sukacita, SMK Tasek Utara, Johor Bahru bakal meraikan...
18/09/2026

πŸŽ“βœ¨ MAJLIS GRADUASI SPM & STPM KALI KE-16 TAHUN 2026 βœ¨πŸŽ“

Dengan penuh sukacita, SMK Tasek Utara, Johor Bahru bakal meraikan kejayaan dan pencapaian para graduan dalam Majlis Graduasi SPM & STPM Kali Ke-16 Tahun 2026. 🌟

Majlis penuh bermakna ini akan dirasmikan oleh Haji Noor Rahilme bin Mohamed Noor, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahasa, Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Johor.

πŸ“… 18 September 2026 (Jumaat)
πŸ“ Hotel Trove, Johor Bahru

Majlis graduasi bukan sekadar sebuah acara meraikan kejayaan, tetapi menjadi simbol usaha, ketekunan, pengorbanan dan doa yang mengiringi perjalanan para pelajar hingga ke tahap ini.

πŸ’« Tahniah dan syabas kepada semua graduan SPM & STPM!
Semoga kejayaan yang diraikan hari ini menjadi titik permulaan kepada perjalanan yang lebih gemilang pada masa hadapan.

Terus melangkah, raih impian!
🌟 Inspiring Future Generations 🌟








Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un.Telah kembalinya ke rahmatullah insan yang amat dihormati dan disayangi, Cikgu Rohai...
16/09/2026

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un.
Telah kembalinya ke rahmatullah insan yang amat dihormati dan disayangi, Cikgu Rohaidah Binti Daud, bekas Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) Teknik & Vokasional, SMK Tasek Utara, Johor Bahru.
Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga arwah. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar buat warga pendidik dan seluruh anak bangsa yang pernah menerima bimbingan serta tunjuk ajar daripada beliau. Segala jasa, pengorbanan, dan ilmu bermanfaat yang dicurahkan sepanjang perkhidmatannya di SMK Tasek Utara akan sentiasa dikenang dan menjadi amal jariah yang berterusan.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat almarhumah.
Ya Allah, ampunilah dosanya, rahmatilah dia, sejahterakanlah dia dan maafkanlah segala kesilapannya. Tempatkanlah rohnya dalam kalangan hamba-Mu yang beriman dan beramal soleh, serta kurniakanlah kesabaran yang tinggi buat ahli keluarga yang ditinggalkan.

Al-Fatihah. 🀲🏼

πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨ SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 βœ¨πŸ‡²πŸ‡Ύ16 September 2026Satu hati, satu jiwa, satu Malaysia. β€οΈπŸ‡²πŸ‡ΎSempena sambutan Hari Malays...
15/09/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨ SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 βœ¨πŸ‡²πŸ‡Ύ
16 September 2026
Satu hati, satu jiwa, satu Malaysia. β€οΈπŸ‡²πŸ‡Ύ
Sempena sambutan Hari Malaysia 2026, seluruh warga SMK Tasek Utara mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia.
Marilah kita terus menghargai kepelbagaian, memelihara perpaduan dan bersama-sama membina Malaysia yang lebih harmoni, sejahtera dan gemilang.
🌺 Malaysia Kita, Bersama Selamanya.
🀝 Perpaduan | Harmoni | Kemakmuran
Ikhlas daripada:
Mohamed Khairul bin Mohamed Amin
Pengetua
SMK Tasek Utara
πŸ‡²πŸ‡Ύ Malaysia Madani, Kesejahteraan Dinikmati.

14/09/2026

✨ JALINAN & JARINGAN KERJASAMA PROFESIONAL ✨
SMK Tasek Utara, Johor Bahru, Johor berbesar hati menerima kunjungan daripada SMK Dang Anum, Merlimau, Melaka dalam Program Lawatan Penanda Aras ke Sekolah Rintis Bangsa Johor. πŸ€πŸ“š
Program ini menjadi wadah bermakna dalam memperkukuh jalinan dan jaringan profesional antara dua buah institusi pendidikan, khususnya melalui perkongsian amalan terbaik, idea, pengalaman serta inovasi dalam pengurusan dan pembangunan sekolah.
🌟 Bersama Berkongsi
🌟 Bersama Maju
🌟 Bersama Melakar Inspirasi
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada SMK Dang Anum atas kunjungan serta perkongsian yang amat bermakna.
Semoga jalinan ini terus berkembang sebagai jaringan strategik yang memberi impak positif kepada warga pendidik dan kemenjadian murid.
Dua Sekolah β€’ Satu Matlamat
πŸ’™πŸ’› Pendidikan Berimpak, Membina Masa Depan Gemilang.








Address

Susur 7, Jalan Tun Abdul Razak
Johor Bahru
80350

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:00
Tuesday 07:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+6072361806

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK TASEK UTARA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share