08/10/2026
Jasa dibalas dengan penghormatan, pengorbanan diabadikan dengan pengiktirafan.
Setinggi-tinggi tahniah YDH Tuan KPD atas pengurniaan PDKPP 2026.
ππππππππ β ππππππ πππππππ ππππππ πππ πππππ πππππ ππππππ ππππ ππππ
, 8 Oktober 2026 (Khamis) β Seluruh warga Polis Daerah Seri Alam merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada YDH ACP Mohd Sohaimi bin Ishak, Ketua Polis Daerah Seri Alam, atas pengurniaan Pingat Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis (PDKPP) oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.
Istiadat Pengurniaan Pingat Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis (PDKPP) telah berlangsung dengan penuh istiadat di Balairung Seri, Istana Negara, Kuala Lumpur, pada hari ini.
Pengurniaan ini merupakan satu pengiktirafan dan penghormatan atas jasa, khidmat bakti, dedikasi serta komitmen tinggi dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab demi kepentingan pasukan, keselamatan serta kesejahteraan masyarakat.
Seluruh warga IPD Seri Alam berbangga atas pencapaian ini dan mendoakan agar YDH ACP Mohd Sohaimi bin Ishak terus diberikan kekuatan, keteguhan dan kejayaan dalam menerajui pasukan serta melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.
ππππππππ β ππππππ πππππππ πππ ππππ, πππππππ ππππ πππππππππππ πππππ.
ππππππ πππππ πππππππππ ππππππππ πππ ππππππππππ ππππ πππππππ πππ ππππππππππ.