Dewan Ulamak PAS Kawasan Pulai - DUPK Pulai

Dewan Ulamak PAS Kawasan Pulai - DUPK Pulai

Share

Ini adalah page rasmi Dewan Ulamak PAS Kawasan Pulai.

Photos from Dewan Ulamak PAS Kawasan Pulai - DUPK Pulai's post 02/03/2026

𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗜𝗙𝗧𝗔𝗥 𝗝𝗔𝗠𝗔’𝗜𝗘 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗠𝗔𝗥𝗔𝗞 𝗝𝗜𝗛𝗔𝗗 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲
𝗣𝗔𝗦 𝗞𝗔𝗪𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗜

Majlis Iftar Jama’ie dan Semarak Jihad PAS Kawasan Pulai telah berlangsung dengan penuh penghayatan dan semangat ukhuwah pada 27 Februari 2026, Hari Jumaat yang lalu, bermula jam 7.00 hingga 10.45 malam bertempat di Dewan SRITI Al-Irsyad.

Program anjuran Dewan Ulamak PAS Kawasan Pulai ini menghimpunkan seramai 60 orang yang terdiri daripada pimpinan dan ahli PAS Kawasan Pulai bersama ahli keluarga masing-masing. Kehadiran yang memberangsangkan ini mencerminkan komitmen berterusan dalam mengukuhkan saf perjuangan serta mengeratkan hubungan silaturahim sesama ahli.

Majlis dimulakan dengan sesi Tadarrus dan Tadabbur Al-Quran yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Helmi Bin Hj Nor Isham selaku Ketua Dewan Ulamak PAS Kawasan Pulai dan Ustaz Ahmad Helmi Bin Subahan selaku Setiausaha Dewan Ulamak PAS Kawasan Pulai diikuti dengan acara berbuka puasa. Seterusnya para hadirin mendirikan Solat Maghrib yang dipimpin oleh Ustaz Abdul Haffidz selaku Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Kawasan Pulai, manakala Isyak serta Solat Sunat Tarawih dipimpin oleh imam jemputan.

Kemuncak program diteruskan dengan pengisian ceramah “Semarak Jihad” yang disampaikan oleh Ustaz Ilias Ithnin, Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Negeri Johor. Dalam tausiyahnya, beliau menyeru agar seluruh ahli memperkukuh kesatuan, mempertingkatkan pengorbanan serta terus istiqamah dalam memperjuangkan nilai-nilai Islam.

Secara keseluruhannya, program ini bukan sahaja menjadi platform pengisian rohani, malah menjadi medan mempereratkan ukhuwah dan memperkukuh iltizam perjuangan dalam kalangan ahli PAS Kawasan Pulai menjelang cabaran mendatang.

Sekian makluman.
𝗗𝗲𝘄𝗮𝗻 𝗨𝗹𝗮𝗺𝗮𝗸 𝗣𝗔𝗦 𝗞𝗮𝘄𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗣𝘂𝗹𝗮𝗶

18/02/2026

𝗦𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡
𝟭𝟰𝟰𝟳 𝗛 | 𝟮𝟬𝟮𝟲

Firman Allah SWT :

‫یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلصِّیَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ﴿ ١٨٣ ﴾

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

Al-Baqarah, Ayat 183

𝘋𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘐𝘯𝘨𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘛𝘶𝘭𝘶𝘴 𝘐𝘬𝘩𝘭𝘢𝘴 :
𝗗𝗘𝗪𝗔𝗡 𝗨𝗟𝗔𝗠𝗔𝗞 𝗣𝗔𝗦 𝗞𝗔𝗪𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗜

Photos from Dewan Ulamak PAS Kawasan Pulai - DUPK Pulai's post 11/02/2026

CERAMAH AMBANG RAMADAN 1447 H

Telah berlangsung Ceramah Ambang Ramadan 1447 H anjuran Dewan Ulamak PAS Kawasan Pulai.

Ceramah telah disampaikan oleh AlFadhil Tuan Guru Ustaz Haji Hanafiah bin Abdul Razak, Panel Pakar Falak JAKIM.

Semoga kita dapat mempersiapkan diri untuk menempuhi Madrasah Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi, insyallah.

03/02/2026

𝗦𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗡𝗜𝗦𝗙𝗨 𝗦𝗬𝗔’𝗕𝗔𝗡
𝟭𝟰𝟰𝟳 𝗛 | 𝟮𝟬𝟮𝟲

Daripada Mu’az bin Jabal RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

يَطَّلِعُ اللهُ إِلَى خَلْقِهِ فِيْ لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيْعِ خَلْقِه إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ

“Allah SWT melihat makhluk-Nya pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan semua makhluk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”.

Sahih Ibn Hibban

𝘋𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘐𝘯𝘨𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘛𝘶𝘭𝘶𝘴 𝘐𝘬𝘩𝘭𝘢𝘴 :
𝗗𝗘𝗪𝗔𝗡 𝗨𝗟𝗔𝗠𝗔𝗞 𝗣𝗔𝗦 𝗞𝗔𝗪𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗜

27/09/2025

𝗨𝗖𝗔𝗣𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗜𝗜𝗥𝗨 𝗔’𝗟𝗔 𝗕𝗔𝗥𝗔𝗞𝗔𝗧𝗜𝗟𝗟𝗔𝗛

Dewan Ulamak PAS Kawasan Pulai merakamkan ucapan Tahniah dan Takziah atas perlantikan Saf Kepimpinan Badan Perhubungan PAS Negeri Johor.

Semoga akan memacu lebih cemerlang di persada dakwah dan siasah khususnya di Negeri Johor serta membentuk ketumbukan politik Islam dengan lebih gemilang.

Siiru A’la Barakatillah.

Salam Perjuangan,
Saf Kepimpinan Dewan Ulamak PAS Kawasan Pulai.

08/08/2025

KENYATAAN RASMI

DEWAN ULAMA PAS NEGERI JOHOR (DUPNJ)
QUNUT NAZILAH: LAMBANG DOA UMAT DAN TUNTUTAN AGAMA

1. Qunut Nazilah adalah simbol kekuatan doa seorang Muslim kepada Allah SWT.
Ia bukan sekadar lafaz, tetapi sebuah ibadah yang mencerminkan kebergantungan umat kepada Allah tatkala menghadapi musibah, kezaliman, atau ancaman terhadap saudara seakidah.

Rasulullah ﷺ bersabda:
الدعاء مخ العبادة
“Doa itu adalah inti ibadah.”
(Riwayat al-Tirmizi)

2. Qunut Nazilah disyariatkan ketika berlaku musibah atau kezaliman terhadap umat Islam.
Ia pernah diamalkan oleh Rasulullah ﷺ ketika sahabat Baginda dikhianati dan dibunuh, serta sewaktu menzahirkan bantahan terhadap penindasan terhadap umat.

3. Doa dalam Qunut Nazilah bersifat umum terhadap kezaliman dan penzalim, bukan ditujukan kepada mana-mana individu Muslim secara khusus.
Ia selaras dengan adab dalam berdoa serta prinsip Islam yang menggalakkan doa secara hikmah dan umum terhadap kezaliman tanpa menujukan kecaman khusus kepada individu Muslim yang masih tergolong dalam saudara seagama.

4. Islam secara qatie (pasti) menolak kezaliman dalam apa jua bentuk.
Sabda Rasulullah ﷺ dalam hadis qudsi:

إني حرّمت الظلم على نفسي وجعلته بينكم محرماً فلا تظالموا
“Sesungguhnya Aku mengharamkan kezaliman ke atas diri-Ku, dan Aku jadikan ia haram di antara kamu, maka janganlah kamu saling menzalimi.”
(Riwayat Muslim)

5. Isu Qunut Nazilah tidak wajar dipolitikkan.
DUPNJ menegaskan bahawa doa adalah ibadah yang tinggi martabatnya. Menjadikannya polemik politik adalah satu bentuk pelecehan terhadap kedudukan doa yang suci dalam Islam.

6. Jangan mengkhususkan sesuatu yang diumumkan.
Apabila doa dibaca dalam konteks umum untuk menolak kezaliman dan menyelamatkan umat, maka tidak wajar untuk menafsirkan ia sebagai ditujukan kepada individu tertentu secara eksklusif. Hal ini boleh menimbulkan fitnah dan menyalahi semangat doa yang dibina atas dasar kasih dan tanggungjawab ummah.

Qunut Nazilah adalah suara umat kepada Allah Taala. Ia bukan cercaan, tetapi seruan mohon keadilan dan rahmat Tuhan.

DEWAN ULAMA PAS NEGERI JOHOR
📆 7 Ogos 2025 | 12 Safar 1447H

Photos from Dewan Ulamak PAS Kawasan Pulai - DUPK Pulai's post 18/07/2025

𝗞𝗘𝗨𝗧𝗔𝗠𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗠𝗕𝗔𝗖𝗔 𝗦𝗨𝗥𝗔𝗛 𝗔𝗟-𝗞𝗔𝗛𝗙𝗜 𝗗𝗜 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗝𝗨𝗠𝗔𝗔𝗧

Daripada Abu Sa’id al-Khudri RA, Nabi SAW bersabda:

مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الكَهْفِ فِي يَوْمِ الجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ مَا بَيْنَ الجُمُعَتَيْنِ

Maksudnya: “Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat Allah akan meneranginya dengan cahaya sepanjang masa di antara dua Jumaat.”

Riwayat Al-Hakim dan Al-Baihaqi.

Lajnah Dakwah,
Dewan Ulamak PAS Kawasan Pulai.

16/07/2025

Minda Presiden PAS

AMANAH KEPIMPINAN YANG DIHILANGKAN

Abu Hurairah RA meriwayatkan hadis sahih, yang disebut oleh Imam al-Bukhari RA dalam kitabnya, al-Jami‘ al-Sahih:

بَيْنَمَا النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي مَجْلِسٍ يُحَدِّثُ الْقَوْمَ، جَاءَهُ أَعْرَابِيٌّ فَقَالَ: مَتَى السَّاعَةُ؟ فَمَضَى رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُحَدِّثُ، فَقَالَ بَعْضُ الْقَوْمِ: سَمِعَ مَا قَالَ، فَكَرِهَ مَا قَالَ. وَقَالَ بَعْضُهُمْ: بَلْ لَمْ يَسْمَعْ.

Bahawa sedang Nabi SAW bersembang bersama para sahabat RA, tiba-tiba datang seorang Badwi (Arab dari tempat yang jauh) terus bertanya Rasulullah SAW, “Bilakah berlakunya Kiamat (seluruh alam dimusnahkan)?” Rasulullah SAW tidak menjawab (tidak melayan) soalannya dan meneruskan perbicaraannya. Ada kalangan kami yang berfikir, mungkin Rasulullah SAW murka kerana caranya tidak bersopan. Ada p**a yang berfikir, mungkin Baginda tidak memberikan perhatian kerana menumpukan perkara penting yang menjadi perbualannya.

حَتَّى إِذَا قَضَى حَدِيثَهُ قَالَ: أَيْنَ أُرَاهُ السَّائِلُ عَنِ السَّاعَةِ. قَالَ: هَا أَنَا يَا رَسُولَ اللهِ، قَالَ: فَإِذَا ضُيِّعَتِ الْأَمَانَةُ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ. قَالَ: كَيْفَ إِضَاعَتُهَا؟ قَالَ: ‌إِذَا ‌وُسِّدَ ‌الْأَمْرُ ‌إِلَى ‌غَيْرِ ‌أَهْلِهِ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ.

Setelah Rasulullah SAW menyelesaikan perbicaraannya, tiba-tiba Baginda bertanya, “Di mana orang yang bertanya tentang Kiamat tadi?” Si Badwi itu pun menjawab, “Ini, sayalah, wahai Rasulullah!" Baginda lalu bersabda, “Apabila amanah dihilangkan, maka tunggulah Kiamat!” Si Badwi meneruskan soalannya, “Bagaimana cara amanah dihilangkan?” Rasulullah SAW pun menjawab, “Apabila urusan pemerintahan umat diserahkan kepada orang yang tidak layak, maka tunggulah Kiamat!” [Riwayat al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Kitab al-‘Ilm, no. 59]

Al-Quran, kitab firman Allah menyebut bahawa amanah merupakan perkara yang paling besar dan berat kewajipannya. Firman Allah SWT:

إِنَّا عَرَضۡنَا ٱلۡأَمَانَةَ عَلَى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱلۡجِبَالِ فَأَبَيۡنَ أَن يَحۡمِلۡنَهَا وَأَشۡفَقۡنَ مِنۡهَا وَحَمَلَهَا ٱلۡإِنسَٰنُۖ إِنَّهُۥ كَانَ ظَلُومٗا جَهُولٗا ٧٢

“Sesungguhnya, Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi, dan gunung-ganang, maka semuanya enggan untuk memikul amanah itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, lalu dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya, manusia itu amat zalim dan amat bodoh.” [Surah al-Ahzab: 72]

Para ulama’ tafsir menceritakan, sesungguhnya Allah menyatakan bahawa besar pahala kepada sesiapa yang layak dan berjaya menunaikan amanah itu. Adapun mereka yang tidak layak dan tidak menunaikannya dengan baik, maka mereka akan dihumban ke dalam Neraka.

Hal tersebutlah yang menyebabkan makhluk sebesar alam bumi, bukit bukau, dan gunung-ganang takut menerimanya.

Allah mencipta manusia dengan ciri-ciri fitrah yang melayakkannya kerana berjasad, bernyawa, berakal, bernafsu, dan bermasyarakat, dibantu oleh ilmu wahyu dan akal. Bermula dengan pasangan Adam AS dan Hawwa’ AS yang diberikan ilmu yang tidak ada pada makhluk yang lain. Firman Allah SWT:

وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَـٰٓئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٞ فِي ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةٗۖ قَالُوٓاْ أَتَجۡعَلُ فِيهَا مَن يُفۡسِدُ فِيهَا وَيَسۡفِكُ ٱلدِّمَآءَ وَنَحۡنُ نُسَبِّحُ بِحَمۡدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَۖ قَالَ إِنِّيٓ أَعۡلَمُ مَا لَا تَعۡلَمُونَ ٣٠ وَعَلَّمَ ءَادَمَ ٱلۡأَسۡمَآءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمۡ عَلَى ٱلۡمَلَـٰٓئِكَةِ فَقَالَ أَنۢبِـُٔونِي بِأَسۡمَآءِ هَـٰٓؤُلَآءِ إِن كُنتُمۡ صَٰدِقِينَ ٣١

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat, ‘Sesungguhnya, Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.’ Mereka berkata, ‘Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau?’ Tuhan berfirman, ‘Sesungguhnya, Aku mengetahui apa-apa yang tidak kamu ketahui.’ (30) Dan Dia mengajari Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat, lalu berfirman, ‘Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu memang benar orang-orang yang benar!’ (31)” [Surah al-Baqarah: 30–31]

Adam AS dikurniakan ilmu wahyu dan ilmu dunia yang berwawasan dunia dan akhirat. Baginda diperintahkan supaya beribadat, mentadbir urusan dunia, dan menunaikan amanah dengan menegakkan hukum yang adil.

Allah SWT menyatakan amanah yang penting dalam firman-Nya:

۞إِنَّ ٱللَّهَ يَأۡمُرُكُمۡ أَن تُؤَدُّواْ ٱلۡأَمَٰنَٰتِ إِلَىٰٓ أَهۡلِهَا وَإِذَا حَكَمۡتُم بَيۡنَ ٱلنَّاسِ أَن تَحۡكُمُواْ بِٱلۡعَدۡلِۚ إِنَّ ٱللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِۦٓۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ سَمِيعَۢا بَصِيرٗا ٥٨ يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَأُوْلِي ٱلۡأَمۡرِ مِنكُمۡۖ فَإِن تَنَٰزَعۡتُمۡ فِي شَيۡءٖ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِۚ ذَٰلِكَ خَيۡرٞ وَأَحۡسَنُ تَأۡوِيلًا ٥٩

“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu menyampaikan segala amanah kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya, Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya, Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (58) Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul(-Nya), serta ulu al-amr antara kamu! Kemudian, jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (59)” [Surah al-Nisa’: 58–59]

Amanah yang paling penting dan paling besar ialah melaksanakan hukum yang adil kepada semua manusia yang bermasyarakat majmuk. Meletakkan Islam (al-Quran dan Sunnah) pada kedudukan paling tinggi oleh mereka yang melaksanakannya, yang dinamakan ulu al-amr (para ulama’ yang berilmu dan para pemimpin yang mentadbir dan melaksanakan hukum yang adil) berpandukan hidayah (petunjuk Allah), iaitu hidayah akal dan hidayah al-din (Islam daripada Allah).

Allah mengutus para anbiya’ yang dipilih daripada kalangan manusia untuk menjadi teladan yang terbaik. Firman Allah SWT:

كَانَ ٱلنَّاسُ أُمَّةٗ وَٰحِدَةٗ فَبَعَثَ ٱللَّهُ ٱلنَّبِيِّـۧنَ مُبَشِّرِينَ وَمُنذِرِينَ وَأَنزَلَ مَعَهُمُ ٱلۡكِتَٰبَ بِٱلۡحَقِّ لِيَحۡكُمَ بَيۡنَ ٱلنَّاسِ فِيمَا ٱخۡتَلَفُواْ فِيهِۚ وَمَا ٱخۡتَلَفَ فِيهِ إِلَّا ٱلَّذِينَ أُوتُوهُ مِنۢ بَعۡدِ مَا جَآءَتۡهُمُ ٱلۡبَيِّنَٰتُ بَغۡيَۢا بَيۡنَهُمۡۖ فَهَدَى ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لِمَا ٱخۡتَلَفُواْ فِيهِ مِنَ ٱلۡحَقِّ بِإِذۡنِهِۦۗ وَٱللَّهُ يَهۡدِي مَن يَشَآءُ إِلَىٰ صِرَٰطٖ مُّسۡتَقِيمٍ ٢١٣

“Manusia itu ialah umat yang satu. (Setelah timbul perselisihan), maka Allah mengutus para nabi sebagai pemberi peringatan, dan Allah menurunkan bersama mereka Kitab yang benar untuk memberikan keputusan antara manusia tentang perkara yang mereka perselisihkan. Tidaklah berselisih tentang Kitab itu melainkan orang yang telah didatangkan kepada mereka Kitab, iaitu setelah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata, kerana dengki antara mereka sendiri. Maka, Allah menunjuki orang-orang yang beriman kepada kebenaran tentang hal yang mereka perselisihkan itu dengan kehendak-Nya. Dan Allah selalu menunjuki orang yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus.” [Surah al-Baqarah: 213]

Para anbiya’ dilantik daripada kalangan manusia yang paling layak ilmu dan akhlak mereka.

Allah menetapkan Nabi Ibrahim AS menjadi contoh dan teladan yang terbesar dalam beristiqamah menegakkan Islam kerana diuji dengan cabaran menghadapi kuasa besar yang zalim pada zamannya. Firman Allah SWT:

وَمَن يَرۡغَبُ عَن مِّلَّةِ إِبۡرَٰهِـۧمَ إِلَّا مَن سَفِهَ نَفۡسَهُۥۚ وَلَقَدِ ٱصۡطَفَيۡنَٰهُ فِي ٱلدُّنۡيَاۖ وَإِنَّهُۥ فِي ٱلۡأٓخِرَةِ لَمِنَ ٱلصَّـٰلِحِينَ ١٣٠ إِذۡ قَالَ لَهُۥ رَبُّهُۥٓ أَسۡلِمۡۖ قَالَ أَسۡلَمۡتُ لِرَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ١٣١ وَوَصَّىٰ بِهَآ إِبۡرَٰهِـۧمُ بَنِيهِ وَيَعۡقُوبُ يَٰبَنِيَّ إِنَّ ٱللَّهَ ٱصۡطَفَىٰ لَكُمُ ٱلدِّينَ فَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسۡلِمُونَ ١٣٢ أَمۡ كُنتُمۡ شُهَدَآءَ إِذۡ حَضَرَ يَعۡقُوبَ ٱلۡمَوۡتُ إِذۡ قَالَ لِبَنِيهِ مَا تَعۡبُدُونَ مِنۢ بَعۡدِيۖ قَالُواْ نَعۡبُدُ إِلَٰهَكَ وَإِلَٰهَ ءَابَآئِكَ إِبۡرَٰهِـۧمَ وَإِسۡمَٰعِيلَ وَإِسۡحَٰقَ إِلَٰهٗا وَٰحِدٗا وَنَحۡنُ لَهُۥ مُسۡلِمُونَ ١٣٣

“Dan tidak ada yang benci kepada agama Ibrahim, melainkan orang yang memperbodoh dirinya sendiri, dan sungguh, Kami telah memilihnya di dunia dan sesungguhnya, dia di akhirat benar-benar termasuk orang-orang yang soleh. (130) Ketika Tuhannya berfirman kepadanya, ‘Tunduk patuhlah (Islamlah)!’ Ibrahim menjawab, ‘Aku tunduk patuh (Islam) kepada Tuhan semesta alam.’ (131) Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian p**a Ya‘qub. (Ibrahim berkata), ‘Wahai anak-anakku, sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam!’ (132) Adakah kamu hadir ketika Ya‘qub kedatangan (tanda-tanda) maut, ketika dia berkata kepada anak-anaknya, ‘Apa yang kamu sembah sepeninggalanku?’ Mereka menjawab, ‘Kami akan menyembah Tuhanmu dan Tuhan nenek moyangmu, Ibrahim, Isma‘il dan Ishaq, (iaitu) Tuhan Yang Maha Esa dan kami hanya tunduk patuh kepada-Nya (Islam).’ (133)” [Surah al-Baqarah: 130–133]

Islam ialah agama semua anbiya’, termasuk Nabi Ibrahim AS yang dipilih menjadi contoh teladan dalam perjuangan menentang kezaliman dan menegakkan hukum yang adil, sehingga Baginda AS disanjung oleh penganut semua agama. Firman Allah SWT:

۞وَإِذِ ٱبۡتَلَىٰٓ إِبۡرَٰهِـۧمَ رَبُّهُۥ بِكَلِمَٰتٖ فَأَتَمَّهُنَّۖ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامٗاۖ قَالَ وَمِن ذُرِّيَّتِيۖ قَالَ لَا يَنَالُ عَهۡدِي ٱلظَّـٰلِمِينَ ١٢٤

“Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman, ‘Sesungguhnya, Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia.’ Ibrahim berkata, ‘(Dan saya mohon juga) daripada keturunanku.’ Allah berfirman, ‘Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang yang zalim.’” [Surah al-Baqarah: 124]

Al-Quran dan hadis mendedahkan sifat mereka yang tidak layak menjadi pemimpin, antaranya ialah yang melaksanakan politik berprinsipkan harta kekayaan, rasuah, menipu, dan merendahkan besarnya amanah tersebut sehingga meminta-minta jawatan dengan mudah.

Firman Allah SWT:

وَقَالَ لَهُمۡ نَبِيُّهُمۡ إِنَّ ٱللَّهَ قَدۡ بَعَثَ لَكُمۡ طَالُوتَ مَلِكٗاۚ قَالُوٓاْ أَنَّىٰ يَكُونُ لَهُ ٱلۡمُلۡكُ عَلَيۡنَا وَنَحۡنُ أَحَقُّ بِٱلۡمُلۡكِ مِنۡهُ وَلَمۡ يُؤۡتَ سَعَةٗ مِّنَ ٱلۡمَالِۚ قَالَ إِنَّ ٱللَّهَ ٱصۡطَفَىٰهُ عَلَيۡكُمۡ وَزَادَهُۥ بَسۡطَةٗ فِي ٱلۡعِلۡمِ وَٱلۡجِسۡمِۖ وَٱللَّهُ يُؤۡتِي مُلۡكَهُۥ مَن يَشَآءُۚ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٞ ٢٤٧

“Nabi mereka mengatakan kepada mereka, ‘Sesungguhnya, Allah telah mengangkat Talut menjadi rajamu.’ Mereka menjawab, ‘Bagaimana Talut memerintah kami, padahal kami lebih berhak mengendalikan pemerintahan daripadanya, sedangkan dia pun tidak diberikan kekayaan yang cukup banyak?’ Nabi (mereka) berkata, ‘Sesungguhnya, Allah telah memilihnya sebagai rajamu dan menganugerahinya ilmu yang luas dan tubuh yang perkasa.’ Allah memberikan pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Luas pemberian-Nya lagi Maha Mengetahui.” [Surah al-Baqarah: 247]

Allah menceritakan tentang kaum Bani Isra’il yang menolak petunjuk Allah yang melantik Talut menjadi raja yang memimpin mereka kerana Talut tidak kaya berharta. Mereka menolak bahawa berilmu dan berakhlak mulia adalah keutamaan. Hakikatnya, harta boleh dihasilkan secara halal dengan ilmu dan kebijaksanaan serta akhlaknya. Sebaliknya, kekayaan bersama kejahilan hanya membawa kerosakan kepada negara dan rakyat.

Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّا وَاللهِ ‌لَا ‌نُوَلِّي ‌عَلَى ‌هَذَا ‌الْعَمَلِ أَحَدًا سَأَلَهُ، وَلَا أَحَدًا حَرَصَ عَلَيْهِ.

“Sesungguhnya, demi Allah, kami tidak melantik menjalankan tugas kepada seseorang yang meminta-minta jawatan dan seseorang yang rakus mahu akan jawatan.” [Riwayat Muslim, Sahih Muslim, Kitab al-Imarah, no. 1733, daripada Abu Musa al-Ash‘ari]

Sabda Rasulullah SAW:

سَيَكُونُ عَلَيْكُمْ ‌أُمَرَاءُ ‌يَأْمُرُونَكُمْ ‌بِمَا ‌لَا ‌يَفْعَلُونَ، فَمَنْ صَدَّقَهُمْ بِكِذْبِهِمْ، وَأَعَانَهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ، فَلَيْسَ مِنِّي وَلَسْتُ مِنْهُ، وَلَنْ يَرِدَ عَلَيَّ الْحَوْضَ.

“Akan muncul kepada kalian para pemimpin yang menyuruh kalian apa-apa yang mereka sendiri tidak mengerjakannya. Maka, sesiapa yang percaya kepada pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka, nescaya dia bukan daripada kalangan umatku dan aku bukan daripada kalangannya, serta dia tidak diizinkan bersama di kolamku (Kauthar pada Hari Kiamat).” [Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, Musnad al-Mukthirin min al-Sahabah, no. 5702, daripada Ibn ‘Umar]

Dalam riwayat lain, sabda Rasulullah SAW:

إِنَّهُ ‌سَيَكُونُ ‌أُمَرَاءُ ‌مِنْ ‌بَعْدِي فَلَا تُصَدِّقُوهُمْ بِكَذِبِهِمْ وَلَا تُعِينُوهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ، فَإِنَّهُ مَنْ صَدَّقَهُمْ بِكَذِبِهِمْ وَأَعَانَهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ فَلَنْ يَرِدَ عَلَيَّ الْحَوْضَ.

“Sesungguhnya, akan muncul pada akhir zaman para pemimpin, maka janganlah kalian mempercayai pembohongan mereka dan janganlah kalian menolong kezaliman mereka. Sesungguhnya, sesiapa yang percaya kepada pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka, nescaya dia tidak dibenarkan datang ke kolamku (Kauthar pada Hari Kiamat).” [Riwayat al-Hakim, al-Mustadrak ‘ala al-Sahihain, Kitab al-Iman, no. 262, daripada Khabbab]

Islam meletakkan jawatan pemimpin merupakan kewajipan agama yang besar fadilatnya jika ditunaikan dengan petunjuk Allah, namun besar dosanya kalau ia dikhianati.

Kewajipan tersebut disenaraikan dalam perintah Allah. Firman Allah SWT:

ٱلَّذِينَ إِن مَّكَّنَّـٰهُمۡ فِي ٱلۡأَرۡضِ أَقَامُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَوُاْ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَمَرُواْ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَنَهَوۡاْ عَنِ ٱلۡمُنكَرِۗ وَلِلَّهِ عَٰقِبَةُ ٱلۡأُمُورِ ٤١

“(Iaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma‘ruf, dan mencegah daripada perbuatan yang mungkar; dan kepada Allahlah kembali segala urusan.” [Surah al-Hajj: 41]

Semua urusan kepemimpinan termasuk dalam amalan yang akan dihisab pada Hari Kiamat kelak, sama ada pemimpin mahupun mereka yang memilih pemimpin atau berada dalam pasukannya dalam pentadbiran, kehakiman, dan lain-lain.

Firman Allah SWT:

يَوۡمَ نَدۡعُواْ كُلَّ أُنَاسِۢ بِإِمَٰمِهِمۡۖ فَمَنۡ أُوتِيَ كِتَٰبَهُۥ بِيَمِينِهِۦ فَأُوْلَـٰٓئِكَ يَقۡرَءُونَ كِتَٰبَهُمۡ وَلَا يُظۡلَمُونَ فَتِيلٗا ٧١

“(Ingatlah) suatu hari (yang pada hari itu) Kami memanggil tiap-tiap umat dengan pemimpin mereka; dan sesiapa yang diberikan kitab amalannya dengan tangan kanannya, maka mereka ini akan membaca kitab mereka itu, dan mereka tidak dianiaya sedikit pun.” [Surah al-Isra’: 71]

Umat Islam kini ditimpa bencana sekularisme yang menyesatkan, apabila memisahkan urusan dunia daripada agama, khususnya kewajipan memilih pemimpin kerajaan tanpa sempadan agama Allah, sehingga melantik pemimpin yang tidak layak dari segi ilmu dan akhlaknya, serta pembohong dan yang diputuskan kesalahannya di mahkamah. Apabila dia memohon pengampunan, bermakna dia mengaku akan kesalahannya.

Keadaan ini menyebabkan umat Islam ditimpa berbagai-bagai kesusahan di alam dunia sebelum meninggal dunia dan menanti bencana hukuman Allah pada Hari Akhirat yang lebih menyeksa.

Namun, Allah sentiasa membuka pintu taubat sekiranya kembali kepada Islam sebagai al-din, satu-satunya agama yang diterima oleh-Nya.

Firman Allah SWT:

ظَهَرَ ٱلۡفَسَادُ فِي ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ بِمَا كَسَبَتۡ أَيۡدِي ٱلنَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعۡضَ ٱلَّذِي عَمِلُواْ لَعَلَّهُمۡ يَرۡجِعُونَ ٤١

“Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).” [Surah al-Rum: 41]

Apabila tangan salah mengundi pemimpin yang disifatkan dengan ciri-ciri perosak dalam senarainya, iaitu berpolitik dengan kebendaan (rasuah), menipu dengan janji-janji bohong, dan melobi diri menjadi pemimpin, maka datanglah kerosakan aqidah melalui fahaman liberalisme dan pluralisme serta politik sekular yang terpisah daripada agama dan turutannya.

Di samping itu, turut berlaku ekonomi yang membebankan rakyat dengan inflasi disebabkan bergantung kepada jibayah (cukai), bukan hidayah yang memanfaatkan hasil dan sumber manusia. Demikian juga, terjadi keruntuhan moral dengan kemunculan le***an, gay, biseksual, dan transgender (LGBT) serta bertambahnya kadar kemungkaran yang lemah dicegah, diikuti dengan kemusnahan alam sekitar.

Maka, muhasabah wajib dilakukan dengan mengubah kepada pemimpin yang benar-benar beriman dan budiman bersama ilmunya, bukan pemimpin yang berlagak.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 20 Muharram 1446 / 16 Julai 2025

[Bil: 45 / 2025]

11/07/2025

𝗕𝗔𝗡𝗬𝗔𝗞𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧 𝗗𝗜 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗝𝗨𝗠𝗔𝗔𝗧

Daripada Abu Umamah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:


أَكْثِرُوا عَلَيَّ مِنَ الصَّلَاةِ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ؛ فَإِنَّ صَلَاةَ أُمَّتِي تُعْرَضُ عَلَيَّ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ، فَمَنْ كَانَ أَكْثَرَهُمْ عَلَيَّ صَلَاةً كَانَ أَقْرَبَهُمْ مِنِّي مَنْزِلَةً

Maksudnya: “Perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada setiap hari Jumaat. Sesungguhnya selawat yang dibaca oleh umatku akan dibentangkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Barangsiapa yang paling banyak berselawat ke atasku, maka dia akan berada paling hampir denganku (di dalam Syurga).”

Riwayat al-Baihaqi.

Lajnah Dakwah,
Dewan Ulamak PAS Kawasan Pulai.

Photos from Dewan Ulamak PAS Kawasan Pulai - DUPK Pulai's post 10/07/2025

𝐔𝐒𝐑𝐀𝐇 𝐓𝐔𝐍𝐉𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐄𝐊𝐔𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐉𝐄𝐌𝐀𝐀𝐇

Alhamdulillah, malam tadi berlangsungnya Usrah Gabungan Dewan Pemuda & Dewan Ulamak PAS Kawasan Pulai. Usrah pertama selepas sesi kepimpinan yang baharu.

Pengisian berkisar huraian Tafsir Surah Yaasiin dan Sirah : Membina Negara Islam, adalah satu input yang penting untuk membina generasi pemimpin akan datang dengan acuan syariat Islam.

Usrah bukan sekadar duduk dan dengar pengisian, dalam masa sama medan untuk meribatkan ukhuwwah dikalangan ahli.

Usrah malam tadi menjadi hebat dan dahsyat dengan hidangan asam pedas padu yang menyelerakan. 😅

Terima kasih Ustaz Abdul Hafidz kerana sudi menyediakan tempat dan hidangan untuk usrah malam tadi.

In sha Allah, kita berusaha sama-sama untuk istiqamah menggerakkan agenda pentarbiahan ini.

So, next usrah di mana kita? Tunggu… 🤫😁

Want your business to be the top-listed Government Service in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


22-02, Jalan Sri Perkasa 1/3, Taman Tampoi Utama
Johor Bahru
81200