09/09/2026
🌟 **Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Hayshmitha A/P Ganapathy dari 6 Manikam atas pencapaian yang amat membanggakan sebagai Naib Johan Pertandingan Melukis Doodle Antidadah 2026, Peringkat Daerah Pasir Gudang . 🏆🎨
Pencapaian ini membuktikan bahawa usaha, kreativiti dan kesungguhan pasti membuahkan kejayaan. Semoga Hayshmitha terus melangkah dengan yakin, mengembangkan bakat dan mencapai lebih banyak kejayaan pada masa akan datang. ✨👏
🌷 Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga kepada guru pembimbing, Cikgu Ananthi dan ibubapa , atas segala bimbingan, tunjuk ajar, sokongan dan komitmen dalam membimbing Hayshmitha sehingga mencapai kejayaan ini.
**Tahniah Hayshmitha! 👏👏
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada murid-murid lain untuk terus berusaha dan mengharumkan nama sekolah 💙💛