02/03/2026
Setinggi-tinggi ucapan Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran kepada YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor.
Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan yang berpanjangan, ketenangan dalam setiap keputusan, serta kekuatan dalam memimpin Negeri Johor ke arah kemajuan dan kesejahteraan rakyat.
Semoga kepimpinan YAB Dato' Onn Hafiz Ghazi terus cemerlang dan diberkati dalam merealisasikan aspirasi Maju Johor.
11/11/2025
Belanjawan Johor 2026 yang bertemakan “Bangsa Johor Sejahtera” bakal dibentangkan dengan tumpuan kepada Agenda Maju Johor 2030 melalui enam teras utama yang memacu kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri.
Belanjawan kali ini memberi penekanan menyeluruh terhadap kebajikan dan kesejahteraan rakyat Johor. Selain merancakkan pertumbuhan ekonomi yang mapan serta memperkukuh pendidikan, kesihatan dan pembangunan infrastruktur strategik, pelbagai insentif baharu turut diperkenalkan bagi memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat manfaat.
Pembentangan ini bukan sekadar sebuah belanjawan, tetapi mencerminkan perancangan dan pelaksanaan inisiatif yang menyeluruh sebagai manifestasi Kerajaan Negeri untuk membina masa depan Johor yang lebih inklusif, progresif dan berdaya tahan.
Ayuh sama-sama saksikan pembentangan Belanjawan Johor 2026 dengan tema "Bangsa Johor Sejahtera" pada 13 November 2025, jam 9.30 pagi, secara langsung di laman Facebook Onn Hafiz Ghazi.
Bersama kita terus melangkah, memperkasa Johor menuju negeri maju, makmur dan sejahtera. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
05/11/2025
UNTUK HEBAHAN.
JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA SEDANG MELAKSANAKAN PROJEK RANCANGAN TEBATAN BANJIR FASA 1 PAKEJ 1 DI SG JOHOR, KOTA TINGGI, JOHOR. PROJEK INI ADALAH BERTUJUAN UNTUK MENGURANGKAN RISIKO BANJIR.
TERDAPAT 3 BUAH TANAH PERKUBURAN BERADA DI DALAM KAWASAN PROJEK. SEHUBUNGAN ITU, PIHAK JPS SEDANG MENCARI WARIS TANAH PERKUBURAN KAMPUNG PANTI YANG TERLETAK DI DALAM LOT 27075 KOTA TINGGI, MAKAM CEKEDAM DAN MAKAM DANAU RAJA, KOTA TINGGI.
ANTARA NAMA JENAZAH YANG TERTERA DI BATU NISAN ADALAH SEPERTI BERIKUT :
1. ABDUL A'MAD BIN SA'AMAH
2. SYED MOHD RAZALI BIN MOHD NOH
3. AWANG BIN ABDULLAH
4. HAJI MOHD SALEH
5. ABDURAHMAN BIN JIKUN
6. HAFSAH BINTI HAJI AHMAD
7. YANG BINTI MUHAMAD AMIN
8. AMINAH BINTI LEMAN
9. KIAH BINTI YAHYA
SERTA 292 BUAH KUBUR DI TANAH PERKUBURAN KAMPUNG PANTI, 3 BUAH KUBUR DI MAKAM CEKEDAM DAN 23 BUAH KUBUR DI MAKAM DANAU RAJA YANG TIDAK DAPAT DIKENALPASTI.
MANA - MANA PIHAK YANG MEMPUNYAI MAKLUMAT TENTANG PEWARIS KUBUR TERSEBUT SILA HUBUNGI USTAZ ABDUL RAHMAN (PEJ. KADI KOTA TINGGI): 0137579541 DAN TOK FAUZI (KETUA KAMPUNG KG PANTI): 012-733 8449 DALAM TEMPOH (7) HARI DARIPADA NOTIS INI DIKELUARKAN.
DISERTAKAN SALINAN IKLAN UNTUK MAKLUMAN LANJUT.
30/08/2025
SIARAN MEDIA
29 OGOS 2025 - EMPANGAN BEKOK, SEMBRONG DAN MACHAP ADALAH STABIL DAN BERADA DALAM KEADAAN YANG BAIK