Penerangan Ampang

Directions

Penerangan Ampang Laman Rasmi Penerangan UMNO Bahagian Ampang (2023-2026). Wadah penyampaian info sahih & agenda perjuangan

Daulat Tuanku
17/10/2026

Daulat Tuanku

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRANUMNO Bahagian Ampang merakamkan ucapan Selamat Ulang Tahun Kelahiran kepada YBhg. Datuk Ser...
16/10/2026

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN

UMNO Bahagian Ampang merakamkan ucapan Selamat Ulang Tahun Kelahiran kepada YBhg. Datuk Seri Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor dan Ketua UMNO Bahagian Gombak.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan yang baik, keberkatan usia, kebahagiaan bersama keluarga serta kekuatan untuk terus memimpin dan menabur bakti kepada agama, bangsa dan negara.

Moga segala usaha dan perjuangan Datuk Seri sentiasa dipermudahkan serta diberkati Allah SWT.

Ikhlas daripada seluruh kepimpinan dan warga UMNO Bahagian Ampang.

16 Oktober 2026

ZIARAH KASIH | UMNO BAHAGIAN AMPANGBersama YBhg. Datuk Haji Mohamad Nadzim Ibrahim, Ketua UMNO Bahagian Ampang, menziara...
15/10/2026

ZIARAH KASIH | UMNO BAHAGIAN AMPANG

Bersama YBhg. Datuk Haji Mohamad Nadzim Ibrahim, Ketua UMNO Bahagian Ampang, menziarahi Saudara Bob, mantan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ampang, yang sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Semoga Saudara Bob diberikan kesembuhan, dipermudahkan segala urusan rawatan dan dikurniakan kesihatan yang baik seperti sediakala.

Silaturahim dan semangat kekeluargaan terus menjadi pengikat perjuangan kita.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan. Aamiin.

PROGRAM KURSUS KEMAHIRAN JANGKA PENDEK (KKJP) PARLIMEN AMPANG 2026📍 Dewan PAWE, Kg. Melayu Tambahan, Ampang📅 13 Oktober ...
13/10/2026

PROGRAM KURSUS KEMAHIRAN JANGKA PENDEK (KKJP) PARLIMEN AMPANG 2026

📍 Dewan PAWE, Kg. Melayu Tambahan, Ampang
📅 13 Oktober 2026

YBhg. Datuk Mohamad Nadzim Ibrahim, Ketua UMNO Bahagian Ampang, hadir merasmikan Program Kursus Kemahiran Jangka Pendek (KKJP) Bidang Sentangan (Dekorasi Belon) anjuran KEMAS Parlimen Ampang.

Program yang berlangsung selama dua hari ini bertujuan memberi pendedahan dan kemahiran praktikal kepada para peserta, khususnya dalam bidang dekorasi belon yang berpotensi menjana pendapatan sampingan.

Semoga penganjuran program seumpama ini dapat terus diperkasakan bagi membuka lebih banyak peluang meningkatkan kemahiran, ekonomi dan kesejahteraan masyarakat setempat.

UMNO Bahagian Ampang
Bersama Masyarakat, Membina Masa Depan.

PERTANDINGAN TERBUKA BADMINTON AMPANG 2026Malam ni kita turun gelanggang!Bukan semata-mata nak cari siapa juara, tapi na...
11/10/2026

PERTANDINGAN TERBUKA BADMINTON AMPANG 2026

Malam ni kita turun gelanggang!

Bukan semata-mata nak cari siapa juara, tapi nak kumpulkan komuniti Ampang melalui aktiviti sukan yang santai dan menyeronokkan.

Menang kalah adat pertandingan. Yang penting dapat beriadah, berkenalan dan mengeratkan silaturahim.

Address

Jalan Yahya Awal
Johor Bahru

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penerangan Ampang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share