19/11/2025
RTS, LRT, ART perlu jadi tulang belakang pengangkutan awam di JB
"Sistem rel bandar bukan sekadar projek kos tinggi, tetapi pelaburan jangka panjang untuk tempoh 30 tahun yang mampu menyediakan kapasiti besar, laluan bebas kesesakan, ketepatan masa dan pembangunan berorientasikan transit (TOD)."
09/04/2023
Isu 1- 9 Apr 2023
*Kenaikan kos Pas Bulanan MBJB*.
MBJB telah melaksanakan MBJB SPOT V2 iaitu applikasi atas talian untuk bayaran parkir.
Ia langkah yang baik dalam menuju ke arah IR5.0.
Walaubagaimanapun dalam penggunaan applikasi atas talian ini, kos sepatutnya dapat dikurangkan, tetapi ia telah meningkat sebanyak 20% iaitu dari RM225 ke RM270 untuk Pas Bulanan 3 bulan.
Dalam keadaan ekonomi sekarang ini, pengusaha & masyarakat terus terbeban, kenaikan ini tidak sepatutnya berlaku.
Mohon Majlis Bandaraya Johor Bahru menilai semula kenaikan kos ini. Juga ADUN yang berada di dalam Dewan agar menyuarakan isu ini.
Note: Bayaran mengikut jam masih kekal RM0.60
10/03/2023
Program CSR QES Management Consultants Sdn Bhd bersama- sama dengan Peguam Syariah Johor di Parlimen Tebrau.
Jika anda ada kemusykilan berkenaan dengan hak sepencarian, hak selepas penceraian, hak semasa perkahwinan, poligami, situasi kematian, faraid, wasiat, hibah dan lain2 yang berkaitan boleh membuat slot perundingan yang akan diadakan pada:
Tarikh : 18 Mac 2023 (Sabtu)
Masa: 9am - 1pm
Tempat : No 10-01, Jalan Setia Tropika 1/18, Taman Setia Tropika. 81200 Johor Bahru, Johor.
Link pendaftaran : https://forms.gle/WLf4pzoxGenPNhTg8
Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi 012 778 3462 (Dr Khairil).
17/12/2022
Seminar Persijilan Halal bagi usahawan di DUN Tiram Parlimen Tebrau. Lebih 80 orang uasahawan hadir yg dibuat 2 sesi di Politeknik Ibrahim Sultan.
Semoga terang perjalanan usahawan di Tebrau dalam proses persijilan Halal.
Seminar berikutnya pada 15 Jan 2023 di Setia Tropika, Kempas.
Hubungi Dr Khairil untuk pendaftaran 012 778 3462
23/10/2022
KEPIMPINAN UMNO
1. Kepimpinan UMNO tidak senang mendengar serangan terhadap parti itu. Konon serangan disebabkan percubaan menutup kegagalan penyerang.
2. Sebenarnya serangan terhadap UMNO disebabkan khuatir parti kleptokrat ini memenangi PRU 15 dan mendiri Kerajaan kleptokrasi.
3. Jika keburukan UMNO tidak didedah besar kemungkinan pengundi tidak fikir panjang dan undi UMNO seperti biasa. Apatah lagi kepimpinan UMNO amat berjaya menutup perbuatan salah mereka dengan mendakwa ahli dan penyokong tidak perlu malu apabila melaku kesalahan.
4. Dengan sifat ini kesalahan Presiden UMNO yang sudah dipenjara dan dikena denda 210 million Ringgit bukanlah sesuatu yang tidak baik dan perlu dirasai malu oleh ahli dan penyokong UMNO. Oleh itu jangan malu apabila menyokong UMNO.
5. Apatah lagi sokongan akan dibalas dengan sogokan wang. Pedulikan apa akan terjadi kepada negara apabila puak kleptokrat Cash is King memerintah sekali lagi.
6. Sebab itu menjadi tanggungjawab rakyat yang cinta pada bangsa dan negara untuk memperingati pengundi akan keburukan pemerintahan UMNO dibawah pimpinan Najib dan sekutunya.
7. Malaysia sudah jadi negara separuh maju sehingga dikenali sebagai Harimau Asia. Apabila Najib menjadi Perdana Menteri beliau menolak khidmat untuk bangsa dan negara.
8. Sebaliknya ia berpendapat melalui sogokan wang yang banyak kepada rakyat, UMNO akan dipilih dalam tiap-tiap PRU.
9. Untuk jayakan kepercayaan “Cash is King” atau “Wang Tunai itu Raja” Najib mencurahkan berbillion Ringgit kepada UMNO dan rakyat secara percuma.
10. Dari mana datang dana yang besar ini. Mudah sahaja. Najib dirikan 1MDB syarikat milik Kerajaan bermodal 1 juta Ringgit dan syarikat meminjam lebih dari 40 billion Ringgit dengan faedah yang tinggi.
11. Sebahagian dari wang ini dimasukkan dalam akaun peribadi Najib dan wang inilah yang diagih kepada pemimpin dan bahagian UMNO. Dan mereka pun tutup mata terhadap kesalahan Najib memasukkan wang yang dipinjam oleh 1MDB ke dalam akaun peribadinya.
12. Sebaliknya mereka teruskan sokongan mereka kepada Najib. Pengundi dalam PRU juga disogok oleh Najib supaya UMNO menang.
13. Najib mungkin percaya bahawa melalui sogokan ini ia akan kekal sebagai Perdana Menteri (PM). Dan sebagai PM ia boleh halang tindakan undang-undang terhadap pencurian wang 1MDB milik Kerajaan, olehnya.
14. Tetapi dalam PRU 14, Najib kalah dan tidak lagi dapat sembunyi jenayah yang dilakukan. Dan kekalahan BN juga membongkar bermacam-macam jenayah dan salah guna kuasa yang dilakukan semasa pemerintahan UMNO dan Najib. Selain dari itu prestasi pencapaian Malaysia merosot sehingga dikenali oleh dunia sebagai kleptokrasi, iaitu negara pencuri yang dipimpin oleh pencuri. Dan Malaysia tidak lagi menjadi Harimau Asia.
15. Di masa yang sama politik Malaysia menjadi tidak stabil dengan Kerajaan-Kerajaan yang lemah yang tidak cekap. Prestasi Malaysia merosot teruk, dan kewangan Malaysia tertekan kerana bayaran hutang yang bertimbun.
16. Adalah jelas jika Kerajaan UMNO tidak ditamatkan Malaysia akan alami keadaan yang lebih teruk. Pemulihannya tidak dapat dilakukan.
17. Semua kesalahan dan kegagalan UMNO perlu didedah supaya rakyat yang cinta negara dan bangsa akan tolak UMNO dalam PRU 15.
DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
23 Oktober 2022
13/10/2022
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=572101924716402&id=100057497977756
Mendepani PRU 15 yang akan diadakan tidak lama lagi, kami sedang mencari sukarelawan PEJUANG yang akan terlibat dalam pilihanraya sebagai PACA (Ejen Mengundi, Ejen Pengira dan Ejen Barong).
Ayuh sertai kami dengan mengimbas kod qr yang diberikan atau klik link di bawah untuk mendaftar
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScOIcdhXA61l11aqwTwqLv1r52ICA6WhLgL2bzFVadVb8frIQ/viewform