Batalion 5 PGA Simpang Renggam

Batalion 5 PGA Simpang Renggam

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Batalion 5 PGA Simpang Renggam, Government Organization, Johor Bahru.

26/05/2026

πŸŒ™βœ¨ SALAM AIDILADHA 1447H / 2026M βœ¨πŸŒ™

β€œPengorbanan adalah lambang keikhlasan, kekuatan dan ketaatan.”

Seluruh warga Batalion 5 Pasukan Gerakan Am, Simpang Renggam Johor mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua muslimin dan muslimat.

Semoga Aidiladha ini membawa keberkatan, ketenangan serta mengeratkan ukhuwah sesama kita. Marilah kita terus menyemai semangat pengorbanan, keikhlasan dan kesatuan demi agama, bangsa dan negara tercinta.

πŸ•Œ Salam Aidiladha
πŸ•‹ Moga segala pengorbanan diterima dan dirahmati Allah SWT.

Ikhlas daripada:
YDH SUPT. SALEHIN BIN SULEIMAN
Pegawai Pemerintah
BN5 PGA Simpang Renggam, Johor

Disediakan Oleh:
Sjn Qasha

Photos from Batalion 5 PGA Simpang Renggam's post 22/05/2026

MAJLIS PENUTUPAN LDP PORU KOMPENI ALPHA BN 5 PGA

Simpang Renggam, 22 Mei 2026 (Jumaat) – Telah berlangsung Majlis Penutupan LDP PORU Kompeni Alpha bertempat di Padang Kawad Batalion 5 PGA bermula jam 0800 hingga 1000 pagi.

Majlis telah disempurnakan oleh YDH ASP Aris Hambali bin Mohamad Zainuddin, Kompeni Komander Kompeni Alpha merangkap perasmi majlis penutupan. Turut hadir ASP Abd Muthalib bin Dolah (Ajutan Bn.5), ASP Jimmy anak Limin (Pegawai Latihan Bn.5), pegawai-pegawai kanan, guru-guru SMK Dato’ Abdul Rahman Andak serta 90 orang pelajar sekolah tersebut.

Demonstrasi penutupan telah dipersembahkan oleh Pasukan PORU Kompeni Alpha melibatkan pelaksanaan Kawad Asas, Kawad Tambahan dan Kawad Cemas yang mempamerkan tahap disiplin, kecekapan serta kesiapsiagaan anggota dalam menghadapi situasi gangguan ketenteraman awam.

Seramai 90 anggota daripada Kompeni Alpha telah terlibat menjayakan latihan dan demonstrasi tersebut terdiri daripada 1 pegawai, 47 PRP sebagai Pasukan PORU serta 42 PRP sebagai perusuh dan team teknikal.

Majlis ini turut menjadi platform pendedahan kepada para pelajar mengenai peranan serta tanggungjawab Pasukan Simpanan Persekutuan dalam mengekalkan keamanan dan ketenteraman awam.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pegawai, anggota serta warga kerja yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memastikan kelancaran Majlis Penutupan LDP PORU Kompeni Alpha.

Jurufoto:
Kompeni Alpha

Photos from Batalion 5 PGA Simpang Renggam's post 22/05/2026

MAJLIS SOLAT HAJAT DAN DOA SELAMAT OP TARING NYAH KOMPENI A BN 5 PGA

Simpang Renggam, 21 Mei 2026(Khamis) β€” Telah berlangsung Majlis Solat Hajat dan Doa Selamat OP Taring Nyah Kompeni A Batalion 5 PGA bertempat di Surau An-Nur, Batalion 5 PGA Simpang Renggam pada jam 7.00 malam.

Majlis tersebut dihadiri oleh YDH ASP Abd Muthalib Bin Dollah, Ajutan Bn 5 PGA, ASP Aris Hambali Bin Mohamad Zainuddin, Kompeni Komander A dan selaku Pengerusi Surau An-Nur, pegawai kanan polis, pegawai rendah polis, pegawai awam serta warga Bn 5 PGA dengan jumlah kehadiran seramai 185 orang termasuk pelajar-pelajar SMKDARA.

Program dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah, diikuti solat hajat, bacaan Yassin serta doa selamat yang dipimpin oleh Yang Berbahagia Ustaz Mohd Nazrin Bin Zainurin daripada BAKA Bn 5 PGA. Majlis diteruskan dengan solat Isyak berjemaah dan diakhiri dengan jamuan makan.

Penganjuran majlis ini bertujuan memohon keberkatan, keselamatan dan kelancaran sepanjang pelaksanaan Op Taring Nyah Kompeni A selain memperkukuhkan ukhuwah serta semangat kebersamaan dalam kalangan warga Bn 5 PGA.

Photos from Batalion 5 PGA Simpang Renggam's post 21/05/2026

PEMERIKSAAN KESELAMATAN FIZIKAL KLTL BATALION 5 PGA OLEH CGSO JOHOR & PUTRAJAYA

Simpang Renggam, 21 Mei 2026 (Khamis) – Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) telah menerima lawatan Pemeriksaan Keselamatan Fizikal Kawasan Larangan dan Tempat Larangan (KLTL) oleh pegawai daripada CGSO Negeri Johor dan Putrajaya bagi menilai tahap pematuhan keselamatan fizikal di kawasan batalion.

Pemeriksaan tersebut telah diketuai oleh Pn. Nurul Farhana Binti Abd Rasid, Timbalan Pengarah CGSO Johor dan turut dihadiri oleh YDH DSP Helmy Bin Abdullah, Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA bersama ASP Muthalib Bin Dolah, Ajutan Batalion 5 PGA, pegawai dan anggota Kem Komandan serta wakil daripada Cawangan Persenjataan, Gerakan dan CIPS.

Antara lokasi yang diperiksa termasuk Bilik Kawalan CCTV, Balai Pengawal dan sekitar Stor Senjata. Taklimat berkaitan keselamatan turut disampaikan oleh pihak Ajutan dan Pegawai Kem Komandan.

Secara keseluruhannya, tahap pematuhan keselamatan fizikal KLTL di Batalion 5 PGA berada pada tahap memuaskan dengan beberapa cadangan penambahbaikan telah dikemukakan oleh pihak CGSO bagi memperkukuhkan lagi aspek keselamatan dan kesiapsiagaan batalion.

Jurufoto:
Kpl Afif

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM
Briged Tengah PGA Polis Diraja Malaysia

Photos from Batalion 5 PGA Simpang Renggam's post 21/05/2026

TAKLIMAT KESIAPSAGAAN PENUGASAN MENGHADAPI PILIHANRAYA NEGERI JOHOR KE-16

Simpang Renggam, 21 Mei 2026 (Khamis) – Dalam memperkukuhkan tahap kesiapsiagaan serta meningkatkan kefahaman pegawai dan anggota yang terlibat dalam penugasan Pilihanraya Negeri Johor Ke-16, satu Taklimat Kesiapsiagaan Penugasan telah diadakan bertempat di Dewan Baris Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Johor.

Program tersebut turut dihadiri oleh YDH DSP Helmy Bin Abdullah, Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA bersama pegawai daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) iaitu YBhg Tn Hj Nor Nekman Bin Jaimon, Pengarah SPR Johor, YBhg Dato’ Puteh Hidayah Binti A. Rahman, Timbalan Pengarah Akademi Pilihan Raya serta Tn Nik Aminudin Bin Nik Shahar Shah, Ketua Program Pengurusan Latihan Akademi Pilihan Raya yang turut bertindak sebagai penceramah program.

Pelaksanaan taklimat ini telah melibatkan 300 PKP/PRP daripada BN5 PGA, IPD Kluang dan IPD Batu Pahat. Sepanjang program berlangsung, para peserta telah diberikan penerangan berkaitan prosedur penugasan, aspek keselamatan, peranan petugas serta tatacara pelaksanaan tugas sepanjang berlangsungnya Pilihanraya Negeri Johor nanti bagi memastikan kelancaran proses demokrasi negara dapat dilaksanakan dengan baik dan teratur.

Pelaksanaan program ini diharapkan dapat meningkatkan tahap kesiapsiagaan, disiplin serta profesionalisme seluruh warga penugasan agar sentiasa bersedia dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan penuh integriti serta semangat berpasukan.

Jurufoto:
L/Kpl Hanis

Polis Johor
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM
Briged Tengah PGA Polis Diraja Malaysia

Photos from Batalion 5 PGA Simpang Renggam's post 19/05/2026

LATIHAN JASMANI BN5 PGA

Simpang Renggam, 19 Mei 2026 (Selasa) – Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (BN5 PGA) telah melaksanakan Latihan Jasmani bertempat di Padang Kawad BN5 PGA yang melibatkan penyertaan seramai 61 orang warga batalion terdiri daripada pegawai, PRP dan KTA.

Pelaksanaan latihan ini bertujuan meningkatkan tahap kecergasan fizikal, memperkukuhkan disiplin serta memupuk semangat kerjasama dan kesiapsiagaan dalam kalangan warga BN5 PGA agar sentiasa berada pada tahap terbaik dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan.

Latihan Jasmani tersebut telah diketuai oleh INSP Muhammad Hakimi Bin Hashim selaku Pegawai Baris dengan dibantu oleh SM Mohd Azmi Bin Siyatan sebagai SM Baris serta SJN Shahrol Rizal Bin Shaffie selaku Sarjan Regangan.

Turut hadir YDH ASP Aris Hambali Bin Mohamad Zainuddin, Kompeni Komander Alpha. Program berjalan dengan lancar dan penuh semangat, sekali gus mencerminkan komitmen warga BN5 PGA dalam mengekalkan tahap kecergasan dan kesiapsiagaan yang tinggi selaras dengan keperluan penugasan semasa.

Jurufoto:
L/Kpl Hanis

Photos from Batalion 5 PGA Simpang Renggam's post 18/05/2026

PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT CAWANGAN KOMUNIKASI BN5 PGA

Kluang, 18 Mei 2026(Isnin) - Cawangan Komunikasi Batalion 5 PGA telah melaksanakan Program Gaya Hidup Sihat bertempat di Gunung Lambak, Kluang yang melibatkan penyertaan seramai 1 PKP dan 10 PRP.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kecergasan fizikal, mengeratkan semangat kerjasama serta memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga BN5 PGA. Aktiviti pendakian yang bermula seawal jam 0830 hrs itu berjaya dilaksanakan dengan lancar dalam suasana penuh semangat serta disiplin tinggi.

Kesemua peserta berjaya menamatkan pendakian dengan selamat tanpa sebarang insiden yang tidak diingini. Program seperti ini bukan sahaja memberi manfaat dari aspek kesihatan, malah turut memperkukuhkan hubungan silaturahim serta semangat berpasukan dalam kalangan anggota.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang terlibat atas komitmen dan semangat yang ditunjukkan sepanjang program berlangsung.

Photos from Batalion 5 PGA Simpang Renggam's post 15/05/2026

KEJOHANAN RAGBI PIALA KOMANDER BRIGED TENGAH PGA 2026

Photos from Batalion 5 PGA Simpang Renggam's post 15/05/2026

MAJLIS PENUTUPAN KEJOHANAN RAGBI 10’S PIALA KOMANDER BRIGED TENGAH 2026

Simpang Renggam, 15 Mei 2026(Jumaat) Telah berlangsung dengan jayanya Majlis Perasmian Penutup Kejohanan Ragbi 10’S Piala Komander Briged Tengah 2026 pada 14 Mei 2026 bertempat di Padang SMK Simpang Renggam.

Majlis penutupan telah disempurnakan oleh YDH Supt Salehin Bin Suleiman, Pegawai Pemerintah Batalion 5 Simpang Renggam selaku wakil kepada YDH Komander Briged Tengah PGA merangkap tuan rumah kejohanan.

Turut hadir memeriahkan kejohanan YDH Supt Shohaiami Bin Ismail, Pegawai Pemerintah Batalion 6 PGA, YDH Supt Amanjit Singh, Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA, YDH Supt Mohd All Amin Bin Mohamed Zawawi, Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 19 PGA, YDH DSP Helmy Bin Abdullah, Penolong Pegawai Pemerintah BN5 PGA, En. Zulkifli Bin Md Pungot, Pengetua SMK Simpang Renggam serta En. Roheiran Bin Md Sidek, Wakil Presiden Rugby Kluang Club (RKC).

Kejohanan ini telah menghimpunkan pasukan-pasukan terbaik dari Briged Tengah dalam semangat kesukanan, disiplin serta perpaduan yang tinggi.

πŸ† Keputusan Penuh Kejohanan:
πŸ₯‡ Johan β€” Batalion 4 PGA
πŸ₯ˆ Naib Johan β€” Batalion 19 PGA
πŸ₯‰ Tempat Ketiga β€” Batalion 6 PGA
πŸ… Tempat Keempat β€” Batalion 5 PGA

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pasukan yang telah menunjukkan komitmen, semangat juang dan aksi terbaik sepanjang kejohanan berlangsung.

Seramai 28 pegawai dan anggota turut terpilih mewakili Pasukan Ragbi Briged Tengah ke Kejohanan Ragbi Piala Ketua Polis Negara yang akan berlangsung di Kontinjen Negeri Sembilan.

Semoga kejohanan ini terus menjadi platform memperkukuhkan semangat berpasukan, disiplin dan kecemerlangan sukan dalam kalangan warga PGA.

Jurufoto:
L/Kpl Hanis

Want your business to be the top-listed Government Service in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Johor Bahru
80350