10/03/2026
Program Sumbangan Kasih: Pengagihan Bubur Lambuk Sempena Ramadhan
Persatuan Kebajikan Sinar Mulia Johor Bahru (PKSMJB) telah melaksanakan Program Sumbangan Kasih: Pengagihan Bubur Lambuk sempena bulan Ramadhan yang penuh keberkatan dengan kerjasama Surau Al-Hafiz.
Melalui program ini, PKSM telah menyalurkan sedikit sumbangan bagi penyediaan bubur lambuk yang kemudiannya diagihkan kepada para penganut agama Islam serta masyarakat setempat di sekitar Taman Desa Jaya, termasuk para jemaah yang hadir ke Surau Al-Hafiz.
Program ini telah berlangsung pada 08 Mac 2026 (Ahad) di Surau Al-Hafiz, Jalan Permatang 31, Taman Desa Jaya, di mana proses penyediaan bubur lambuk dilakukan secara gotong-royong sepanjang hari dan pengagihan kepada masyarakat telah dijalankan pada jam 2.00 petang.
Semoga usaha kecil ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat serta membawa keberkatan kepada semua pihak yang terlibat.

19/10/2025
16/09/2025