Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Johor

Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Johor

Share

Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Pejabat Pendaftaran Kesatuan Sekerja telah ditubuhkan dalam bulan Julai 1946.

Photos from Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Johor's post 04/06/2026

22.05.2026(Jumaat)
-Telah Berlangsung Program Kesedaran Berkesatuan Dikalangan Pelajar-Pelajar ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang, Johor. Seramai lebih kurang 150 Orang pelajar dan urusetia terlibat pada program kali ini.
-Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh TS Eza Binti Monzaid, Timbalan Pengarah ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang, Johor.
-Ia merupakan salah satu usaha JHEKS bagi mempromosikan faedah menubuhkan/ menyertai Kesatuan Sekerja.
-Program ini turut melibatkan penceramah dari Pertubuhan Keselamatan sosial Johor (PERKESO)

Photos from Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Johor's post 04/06/2026

21.05.2026 (Khamis)
JHEKS Johor dengan jayanya telah menganjurkan Kursus Pengurusan Kesatuan Sekerja Johor bertempat di ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang, Johor. Kursus ini melibatkan 94 orang peserta dengan penyertaan 16 kesatuan induk dan 25 kesatuan cawangan. Tahniah kepada pihak urusetia dan kesemua peserta yang hadir.

27/05/2026

πŸ•Œ π’π€π‹π€πŒ π€πˆπƒπˆπ‹π€πƒπ‡π€ πŸπŸ’πŸ’πŸ•π‡ πŸ•Œ

Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, seluruh warga JHEKS mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam di seluruh negara.

Aidiladha mengajar erti pengorbanan, keikhlasan dan kesyukuran dalam mengharungi kehidupan. Semoga sambutan yang penuh keberkatan ini mengeratkan lagi silaturahim serta menyemai nilai kasih sayang dan perpaduan dalam masyarakat.

πŸŒ™ Semoga setiap amal ibadah dan pengorbanan kita diterima serta dirahmati Allah SWT. πŸŒ™

Ikhlas daripada
Seluruh Warga JHEKS

Photos from Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Johor's post 12/05/2026

"Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pengarah JHEKS Johor, Puan Rafizah Binti Abd. Manan atas penganugerahan Anugerah Khas Ketua Pengarah JHEKS Tahun 2025. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik serta memperkukuh budaya kerja cemerlang".


".

Photos from Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Malaysia's post 12/05/2026
12/05/2026

🌹 Setinggi-tinggi Penghargaan & Terima Kasih 🌹

Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) merakamkan ucapan penghargaan yang tidak terhingga kepada
YBrs. Haji Mohd Asri Bin Abdul Wahab
Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja
atas segala jasa, sumbangan serta komitmen yang dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan Tuan Haji Mohd Asri bersama JHEKS.

Sesungguhnya, segala bakti dan kepimpinan yang ditinggalkan akan terus menjadi kenangan dan inspirasi buat seluruh warga kerja JHEKS.

Selamat bersara dan semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan serta kesejahteraan bersama insan tersayang.

πŸ’SELAMAT BERSARA TUAN HAJI MOHD ASRI BIN ABDUL WAHABπŸ’

Ikhlas daripada,
Seluruh Warga Kerja
Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS)

Photos from Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Johor's post 20/04/2026

Memberi taklimat AKS 1959 (Pindaan 2024) Seminar Pendidikan anjuran NUTP Pusat di Hotel Seri Malaysia, Mersing pada pagi ini. Peserta adalah MJK Pusat dan Peg Utama Kesatuan di semua negeri seluruh Malaysia.

Photos from Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Johor's post 17/04/2026

15.4.2026 | PROGRAM BICARA DAN PERKONGSIAN MENELUSURI 1 MEI 2026: PEKERJA KESUMA BANGSA PERINGKAT ZON SELATAN SEMPENA HARI PEKERJA 1 MEI 2026

Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) Johor telah mengadakan Program Bicara Dan Perkongsian Menelusuri 1 Mei 2026: Pekerja Kesuma Bangsa Peringkat Zon Selatan Sempena Hari Pekerja 1 Mei 2026 bertempat di ADTEC JTM Kampus Batu Pahat. Perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Malaysia , Puan Anita binti Ahmad dan kata aluan disampaikan oleh Puan Rafizah Binti Abdul Manan,Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Johor.

Seramai 275 penyertaan yang melibatkan pelbagai pihak antaranya Kesatuan Sekerja (117), Pelajar Adtec (84), Penduduk Setempat/Komuniti (37), Majikan/Syarikat (8), Pekerja GIG (3) dan Wakil Jabatan/Pempamer (26).

Ceramah pertama telah disampaikan oleh Dr. Sharifah Nor Sabira binti Dato’ Hj. Syed Mohd Ali Ketua Seksyen Kesihatan Pekerjaan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Johor bertajuk β€œPengurusan Kesihatan Mental & Stress”. Ceramah kedua p**a telah disampaikan oleh Puan Noratishah binti Mohamed Senior Manager, J.K. Wire Harness Sdn. Bhd. bertajuk β€œWe Build Sustainable Growth”.

Manakala sesi bual bicara telah dikendalikan oleh Puan Aniza binti Abd Rahim dari Mahkamah Perusahaan Johor bersama-sama 3 ahli panel iaitu Dr. Sharifah Nor Sabira binti Dato’ Hj. Syed Mohd Ali, Puan Noratishah binti Mohamed dan Tn. Hj. Zainuddin bin Mohd Noh (Panel Wakil Pekerja) Presiden Kesatuan Kakitangan Pelaksana Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

JHEKS Johor mengucapkan terima kasih kepada urusetia bersama JHEKS Melaka, Mahkamah Perusahaan dan ADTEC JTM Kampus Batu Pahat, Johor serta semua peserta yang hadir dalam menjayakan program pada kali ini.

ADTEC JTM Kampus Batu Pahat

01/04/2026

πŸ”₯ ANDA SUDAH BERSEDIA?πŸ”₯

Bersempena sambutan Hari Pekerja Tahun 2026, JHEKS akan menganjurkan

πŸ’₯ PROGRAM BICARA & PERKONGSIAN πŸ’₯ πŸ—“οΈ Menelusuri 1 Mei 2026: Pekerja Kesuma Bangsa

πŸ“ Dari Selangor β†’ Perak β†’ Johor β†’ Terengganu β†’ Sarawak β†’ Sabah, kami bawakan pelbagai topik hangat untuk anda:
✨ Jenayah Digital & Keselamatan di Dunia Siber;
✨ Minda Sejahtera, Pekerja Terpelihara;
✨ Work-Life Balance: Mitos atau Realiti?;
✨ Kesejahteraan Mental Pekerja Dalam Dunia Digital;
✨ Perlindungan & Keselamatan Pekerjaan; dan
✨ Melestari Suara Pekerja.

πŸ’¬ Ini bukan sekadar program tetapi
πŸ‘‰ Ini platform suara pekerja
πŸ‘‰ Ini ruang tambah ilmu
πŸ‘‰ Ini peluang kita bersama bangunkan masa depan kerja yang lebih baik!

πŸ“’ Jangan lepaskan peluang! Sertai kami di lokasi berhampiran anda!

πŸ‡²πŸ‡Ύ Pekerja Sejahtera, Malaysia Makmur πŸ‡²πŸ‡Ύ






Photos from Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Johor's post 13/02/2026

10.2.2026 | TAKLIMAT PROGRAM HAL EHWAL KESATUAN SEKERJA (PHEKS) BAGI TAHUN 2026

Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) Johor telah mengadakan sesi Taklimat PHEKS 2026 di Trove Hotel Johor Bahru.

Seramai lebih 100 orang Pegawai-Pegawai kesatuan daripada seluruh Johor telah menghadirkan diri bagi mengikuti sesi taklimat ini.

Taklimat ini disampaikan oleh Puan Rafizah Binti Abd. Manan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Johor.

Pihak kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir menjayakan taklimat tersebut.

Sebanyak 4 kluster bagi permohonan PHEKS telah dibuka bagi tahun 2026. Maklumat lanjut dan borang permohonan boleh diperolehi di jheks.mohr.gov.my/index.php/pheks.

Permohonan telah dibuka dan semua Kesatuan Sekerja dipelawa untuk memohon.

Want your business to be the top-listed Government Service in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Tingkat 3, Blok A, Wisma Persekutuan, Jalan Air Molek
Johor Bahru
80000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00