PPBM Bahagian MARAN

Directions

PPBM Bahagian MARAN PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA
BAHAGIAN MARAN

BERSATU BERAMANAH BERMARUAH

10/07/2026

Selamat mengundi kepada Bangsa Johor..

10/07/2026

PERLIS SENGAJA DIBAKAR SUPAYA JOHOR TENGGELAM DALAM ASAP

1. Pak Ya tengok isu Perlis ini meletup pada waktu yang sangat pelik. Bukan waktu biasa. Bukan selepas orang Johor mengundi. Tapi dekat-dekat hari orang Johor mahu buat keputusan. Dalam politik, bila asap naik pada waktu begini, jangan cepat-cepat tengok asap saja. Tengok juga siapa yang mahu mata kita pedih.

2. Hari ini nama Menteri Besar Perlis naik. Ada yang letak jawatan MPT Bersatu. Ada EXCO ikut langkah sama. Ada p**a pemimpin Bersatu Perlis keluar parti. Maka cepatlah orang mahu tanam dalam kepala kita bahawa Bersatu sedang runtuh, Muhyiddin sedang ditinggalkan, dan semangat Bersatu di Johor sudah patah.

3. Tapi orang Johor jangan baca tajuk macam orang baca iklan tepi jalan. Tengok isi betul-betul. Menteri Besar Perlis tidak keluar Bersatu. Dia tidak letak jawatan Menteri Besar. EXCO juga tidak letak jawatan kerajaan negeri. Kerajaan Perlis tidak tumbang. Yang berlaku ialah jawatan parti pusat dilepaskan dan ada individu memilih jalan terpaksa.

4. Jadi Pak Ya nak tanya soalan mudah. Kalau kerajaan Perlis tidak tumbang, kenapa mahu digambarkan seolah-olah Bersatu sudah pecah berkecai? Kalau MB masih MB, kalau kerajaan masih berjalan, kalau Perlis tidak runtuh, kenapa asapnya mahu dihembus sampai ke Johor, kenapa ?

5. Pak Ya tidak mahu menuduh siapa-siapa. Tapi Pak Ya juga bukan budak kecil untuk tidak nampak peliknya masa isu ini meletup. Asapnya di Perlis, tetapi mata yang mahu dikaburkan ialah mata orang Johor. Tidak perlu tumbangkan kerajaan. Tidak perlu MB keluar parti. Cukup buat penyokong bawah rasa, “eh, Bersatu macam berkecai”. Dalam perang politik, rasa goyang itu pun sudah jadi peluru untuk untung kan musuh.

6. Pak Ya juga tidak mahu orang Bersatu cepat-cepat marah kepada Menteri Besar Perlis. Jangan mudah hukum dia pengkhianat. Kadang-kadang orang yang berdiri di tengah ribut bukan semestinya mahu menikam. Ada masa dia sedang menahan tekanan yang kita di luar tidak nampak. Sebab itu jangan cepat maki orang di depan mata, sebelum kita tahu tangan siapa yang sedang menggoncang dari belakang, pokok tidak akan bergoyang kalau tidak ada beruk yang sedang goncang.

7. Kalau ada daun gugur, jangan terus maki daun itu. Tengok dulu siapa yang menggoncang pokok. Sebab itu Pak Ya mahu orang Johor fikir balik. Kalau Bersatu betul-betul sudah lemah, kenapa perlu dilemahkan lagi? Kalau Muhyiddin sudah tidak ada harga, kenapa namanya masih perlu dilukakan saat akhir? Kalau Bersatu di Johor tidak menggerunkan musuh, kenapa utara perlu dibakar supaya asap masuk memedihkan mata di selatan?

8. Depa sangka depa sedang lenyek Muhyiddin. Tapi Pak Ya nampak terbalik. Sebenarnya mereka sendiri sedang mengaku Muhyiddin masih besar. Orang yang tidak penting, orang tidak kepung. Orang yang sudah lemah, orang tidak akan berusaha untuk dihenyak. Orang yang tidak ada pengaruh, orang tidak susah-susah mahu calarkan namanya dekat-dekat hari mengundi. Manusia boleh susun asap, boleh susun waktu, boleh susun pengkhianatan. Tetapi depa lupa, perancangan manusia tidak pernah mengatasi perancangan Allah. Mereka merancang, Allah juga merancang. Dan Allah sebaik-baik perancang.

10. Kepada semua sahabat-sahabat dalam Bersatu dan pengundi di Johor, jangan panik. Jangan melatah. Jangan tunduk kepada asap. Kalau ada yang goyang, jangan meraung. Kalau ada yang keluar, jangan hancur semangat. Dalam perjuangan, ribut bukan sekadar menguji batang. Ribut juga memberitahu kita akar mana yang benar-benar mencengkam tanah.

11. Orang Johor, jangan biarkan tangan hangpa dipimpin oleh tajuk berita. Jangan sampai asap Perlis masuk mata, lalu Johor tersalah pangkah. Bersatu bukan sedang mati. Bersatu sedang dibersihkan. Muhyiddin bukan sedang rebah. Muhyiddin sedang dibersihkan pasukannya.

12. Kadang-kadang api bukan datang untuk membunuh. Api datang untuk membakar semak yang menutup jalan. Selepas asap hilang, orang akan nampak siapa yang masih berdiri, siapa yang masih setia, dan siapa yang hanya gagah ketika gula masih ada.

PAK YA KABINET
KHALIFAH PENA
9 JULAI 2026

27/06/2026
27/06/2026

Ketua Armada BERSATU Malaysia, Muhammad Hilman Idham berkata, laporan sebuah akhbar tempatan bertajuk “Lapan MT PN Bantah Penyertaan Wawasan, Pejuang” yang disiarkan pada 24 Jun adalah tidak tepat serta mengelirukan kerana gagal menggambarkan pendirian sebenar parti.

Menurut beliau, keputusan menerima PEJUANG sebagai parti anggota PN telah dipersetujui secara sebulat suara oleh kepimpinan gabungan tersebut, termasuk BERSATU.

“BERSATU menyokong penyertaan PEJUANG dan hanya membantah kemasukan PCM atas faktor pematuhan undang-undang serta implikasi terhadap kestabilan dan keharmonian dalaman gabungan,” katanya dalam satu kenyataan media.

Berita penuh di bawah.


27/06/2026

Dalam PRU Negeri Johor kali ini, Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang mewakili Perikatan Nasional meletakkan 16 orang calon yang berintegriti, berkredibiliti serta menggabungkan pemimpin yang mempunyai pengalaman luas dalam pentadbiran dan kemasyarakatan.
Undilah Perikatan Nasional!





09/06/2026

Kenyataan Media Tan Sri Muhyiddin Yassin | 9 Jun 2026

09/06/2026

Kenyataan Media Tan Sri Muhyiddin Yassin | 7 Jun 2026

Address

Johor Bahru Malaysia
Johor Bahru

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PPBM Bahagian MARAN posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share