Isu Politik Masa Kini

Isu Politik Masa Kini

Share

Hanya Berita Yang Benar Kami Perjuangkan

24/02/2026

Admin setuju sangat dengan saranan Cikgu Chandra Kerajaan Madani dan KKM, tolonglah dengar. Hospital Bukit Mertajam (HBM) ni memang dah melampau.

Dah tahu jalan tu sesak, dia pergi pacak hospital kat situ buat apa?

Ini kenapa Hospital Bukit Mertajam perlu dipindahkan:

1. "Seniority" Zaman Dinosaur

Kuil kat depan tu dah ada punya lah lama. Entah-entah dari zaman dinosaur lagi penganut dah parking sana. Tiba-tiba tahun 1890, British pergi gatal tangan bina hospital. Hospital ni "budak baru" nak lawan abang kawasan? Tak sedar diri betul!

2. Loceng vs Nyawa

Penganut nak parking susah, nak bunyikan loceng pun tak tenang sebab bunyi siren ambulans bising sangat. Nyawa pesakit kat dalam tu kita tolak tepi dulu, itu tak penting. Yang paling penting sekarang adalah nyawa penganut yang nak pergi kuil. Hak parking mereka perlu dilindungi lebih daripada nyawa orang nazak!

3. Solusi Bijak: Pindahkan Hospital!

Ambulans susah nak masuk sebab jalan jem? Alah, kau orang ni pun satu... tak payahlah pening-pening fikir macam mana nak bagi ambulans lalu. Kita pindahkan je hospital tu ke tempat lain. Bila hospital dah tak ada, ambulans pun tak datang. Jalan pun clear, penganut pun boleh parking sampai tengah jalan dengan tenang. Bijak tak bijak?

4. Ayam vs Telur

Siapa datang dulu? Ayam ke telur? Hospital ke kuil? Tak payah tanya sejarah, tanya selera kita je. Kalau rasa nak parking senang, hospital tu yang kena angkat kaki. Takkan kuil yang kena beralah, kuil tu kan dah ada sebelum dinosaur pupus lagi mengikut logik "pembaris" kita ni.

TEPUK DADA TANYA SELERA!

Kita nak jadi masyarakat yang mementingkan parking, atau mementingkan hospital? Saya sokong Cikgu Chandra. Tolong pindahkan HBM ni ke puncak Gunung Jerai ke, atau ke tengah hutan sana. Biar jalan depan kuil tu sunyi sepi macam zaman dinosaur balik.

• Korang setuju tak hospital tua 136 tahun ni kena beralah dengan parking?

• Ke korang pun rasa hospital ni memang "penyemak" kat situ?

Siapa yang rasa hospital ni ganggu betul kat situ, komen kat bawah! 👇

27/10/2024

Kibar bendera negara asing : Kenapa Palestin boleh, China tidak?

Ada pihak yang mempersoalkan, kenapa bendera Palestin boleh dikibarkan di Malaysia, tetapi bendera negara China tidak boleh?

Pertama sekali, adalah menjadi kewajipan dan tanggungjawab kepada setiap warga Malaysia agar taat setia kepada negara seiring prinsip Rukun Negara iaitu kesetiaan kepada raja dan negara.

Kedua, setiap warga negara Malaysia perlu memiliki jati diri dan semangat cintakan negara Malaysia. Bersusah payah nenek moyang kita berjuang bersama-sama memerdekakan negara daripada kuasa penjajah, kenapa p**a hari ini kita hendak mengagung-agungkan negara lain selain negara sendiri? Hormat dan semangat setiakawan pun ada batasannya. Jangan sampai kita menggadai maruah dan kedaulatan negara sendiri. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

Kepada yang kurang faham dengan sejarah atau geo-politik, biar saya terangkan secara ringkas kenapa ada pihak yang kibarkan bendera Palestin;

1. Penindasan tentera Zionis dan solidariti masyarakat dunia ke atas serangan kejam hingga membunuh ramai kanak-kanak serta orang awam yang tidak berdosa di bumi Palestin.

2. ⁠Terbukti jenayah perang ini turut mendapat reaksi dan tentangan banyak negara melalui resolusi di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Ini adalah isu antarabangsa.

Mengibarkan bendera Palestin kerana dua perkara di atas adalah sangat berbeza dengan tindakan segelintir pihak yang mengibarkan bendera asing yang lain tanpa bersebab.

Saya tidak kata langsung tidak boleh mengibarkan bendera negara asing, tetapi ia perlulah memiliki sebab yang kukuh. Misalnya di kejohanan sukan antarabangsa, sudah tentu ada bendera negara asing yang dikibarkan, atas sebab penyertaan negara tersebut.

Begitu juga dengan peristiwa atau hari-hari penting yang diraikan seperti ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China. Sudah tentu kita dapat melihat bendera kedua-dua negara dikibarkan secara bersama sebagai simbolik hubungan akrab kedua-dua negara.

Justeru timbul persoalan, apa sebab dan motif mengibarkan bendera negara China di dalam sekolah di Malaysia dan terbaharu, di tempat awam di Teluk Intan? Siapakah penganjur program tersebut?

Malah, Ketua Polis Perak juga sudah menyatakan bahawa perhimpunan tersebut dibuat secara haram dan tanpa permit. Perhimpunan haram itu pun sudah menjadi kesalahan, apatah lagi himpunan warga asing di bumi Malaysia dengan mengibarkan bendera asing. Cuba sebut dan nyatakan, kalau ada mana-mana negara lain yang akan membenarkan insiden seperti ini berlaku di negara mereka.

Ketiga, sekiranya betul mereka yang kibarkan bendera asing tu adalah di kalangan warga asing sekali pun, kenapa tidak kelihatan bendera Malaysia yang turut dikibarkan bersama oleh pihak penganjur yang saya yakin adalah di kalangan orang Malaysia? Siapa penganjur? Bukankah Teluk Intan itu di Malaysia? Bukankah itu sepatutnya menjadi tanggungjawab dan hasrat setiap warga Malaysia untuk mempromosikan Malaysia, apatah lagi di kawasan-kawasan pelancongan kita sendiri?

Fikir-fikirkanlah. Ini bukan isu politik atau isu perkauman. Tetapi ini adalah isu kedaulatan dan sikap segelintir rakyat Malaysia yang masih tidak sedar akan tanggunjawab kita untuk menjunjung martabat dan mempertahankan kedaulatan negara kita sendiri.

Malaysia, tanah tumpahnya darahku. 🇲🇾

Neow Choo Seong
Ketua Penerangan Pemuda MCA
26 Oktober 2024

Gereja, kuil perlu mohon geran kerajaan sebelum 30 Jun, kata Teo | The Malaysian Insight 25/05/2024

Kenyataan Media Sukarelawan Rakan Perlembagaan (SRP) mengenai Geran Kerajaan untuk rumah ibadat bukan Islam

1. SRP merujuk kepada laporan berita The Malaysian Insight bertarikh 22 Mei 2024 yang bertajuk "Gereja Kuil perlu mohon Geran Kerajaan sebelum 30 Jun" yang pautan beritanya boleh di baca di sini
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/483288

2. Laporan berkenaan memetik kenyataan YB Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Komunikasi yang mengingatkan pengurusan kuil dan gereja yang ingin menambahbaik rumah ibadat bukan Islam agar membuat permohonan Geran Bantuan Kerajaan berkenaan sebelum 30 Jun 2024 yang permohonan berkenaan hendaklah di buat secara dalam talian kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

3. Ketika YB Rafizi Ramli, pada 20 Mei 2024 mengumumkan bahawa "Tiada lagi Geran bantuan kerajaan untuk usahawan Bumiputera", 2 hari selepas pengumuman tersebut YB Yeo Nie Ching p**a mengumumkan Geran Bantuan Kerajaan untuk rumah ibadat bukan Islam masih tersedia sebelum 30 Jun 2024.

4. SRP seperti kebiasaannya akan mengulas samada dasar Kerajaan menyediakan Geran bantuan untuk rumah ibadat bukan Islam ini samada ianya adalah dasar yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan ataupun tidak.

5. Sukacitanya SRP merujuk kepada fasal Kebebasan Beragama seperti yang terkandung di dalam Perkara 11(2) Perlembagaan Persekutuan seperti berikut:-

(2) Tiada seorang pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai yang hasilnya diuntukkan khas kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud sesuatu agama selain agamanya sendiri.

6. Apabila bercakap mengenai Geran Bantuan Kerajaan, pastinya sumber kewangan untuk menyediakan Geran tersebut adalah merupakan dana tabungan Kerajaan yang antara sumbernya adalah daripada tabungan wang kutipan cukai rakyat berbilang agama di Malaysia.

7. Apabila Perkara 11(2) Perlembagaan Persekutuan berkenaan di baca, jelas menunjukkan bahawa terdapat larangan Perlembagaan Persekutuan untuk memaksa pembayar cukai beragama Hindu untuk menanggung kos pembaikan Gereja dan begitu juga pembayar cukai beragama Kristian tidak boleh di paksa membayar kos pembinaan Tokong.

8. SRP menegaskan bahawa adalah jelas pengumuman Geran bantuan kerajaan untuk rumah ibadat bukan Islam ini adalah satu lagi pelanggaran peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang di buat secara berterusan oleh semua gabungan yang pernah menjadi Kerajaan Persekutuan kerana SRP mengetahui bahawa amalan pemberian geran sebegini telah di amalkan sejak sekian lama.

9. Sesiapa sahaja Pembayar Cukai mempunyai locus standi untuk mencabar keperlembagaan pemberian Geran bantuan kerajaan ini ke mahkamah atas kausa tindakan bahawa ianya bertentangan dengan perkara 11(2) Perlembagaan Persekutuan.

10. Kerajaan Perpaduan ini tidak seharusnya berterusan kelihatan memaksa rakyat Malaysia melakukan sesuatu di luar batasan Perlembagaan dengan memanip**asi peruntukan perlembagaan untuk kepentingan minoriti.

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz
Peguambela & Peguamcara
Pengasas SRP

Gereja, kuil perlu mohon geran kerajaan sebelum 30 Jun, kata Teo | The Malaysian Insight Timbalan menteri komunikasi itu berkata permohonan boleh dibuat secara dalam talian kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Want your business to be the top-listed Government Service in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Johor Bahru