15/07/2024
PDM Uda Bestari Parlimen Pulai - BN
Barisan Nasional, Pendukung Aspirasi Rakyat
15/07/2024
04/12/2023
Majlis Penyerahan Projek PPR Cahaya Senibong Dari KPKT kepada Kerajaan Negeri Johor yang disaksikan Oleh Timbalan Menteri KPKT, YB Tuan Hj. Akmal Nasrullah dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, YB Dato' Haji Mohd. Jafni bin Md Shukor pada Ahad, 3 Disember 2023. Terimakasih kepada semua yang terlibat.
10/09/2023
Diari PRK PARLIMEN PULAI P.161
Tarikh : 9.9.2023
Hari : Sabtu
Masa : 7.30pagi - 6.00ptg
Alhamdulillah syukur selama ini bertungkus lumus utk pengundi di Bandar Uda Utama akhirnya membuahkan hasil Barisan Nasional bersama Pakatan Harapan menang di PRK PARLIMEN PULAI P.161
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Keluarga Angkat Umno Bahagian Kulai terutama kepada Pengerusi Perumahan Dan Kajian Tempatan Dato’ Haji Mohd Jafni Md Shukor sangup turun padang selama tempoh berkempen untuk membantu pengundi di kawasan Bandar Uda Utama.
Letih Berjalan Di Tengah Pekan,
Singgah Sebentar Di Gerai Siti,
Terima Kasih Kami Ucapkan,
Atas Segala Jasa Dan Bakti.
Merah Menyala Si Buah Ceri,
Sungguh Cantik Berseri-seri,
Terima Kasih Ucapan Diberi,
Kerana Sudi Datang Kemari.
07/09/2023
Diari PRK PARLIMEN PULAI P.161
Tarikh : 7/9/2023
Hari : Khamis
Masa : 8.00mlm - 11.00mlm
Majlis Santuni Masyarakat Bandar Uda Utama & Taman Tan Sri Yaakob.
Majlis dimulakan dengan Bacaan Surah Yassin dan Doa Selamat.
Ketua Wanita Umno Bahagian Kulai Puan Hajah Nadia sempat santuni kaum wanita selepas selesai Bacaan Surah Yassin.
Ketua Pemuda Bahagian Kulai En.Mohd Kamal Ulum Morsin memulakan acara simbang santai kepada masyarakat Bandar Uda Utama.
Majlis diteruskan dengan Ucapan Ketua Penerangan UMNO Negeri Johor Datuk Md Jais Sarday untuk menerangkan kenapa Barisan Nasional bekerjasama dengan Pakatan Harapan untuk membentuk Kerajaan Perpaduan supaya masyarakat paham titah dan arahan dari DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia.
Kami mohon maaf sepuluh jari sekiranya kalau ada kekurangan pada majlis ini..
Majlis Bacaan Surah Yassin & Silaturrahim Komuniti Bandar Uda Utama pada 7/9/2023 Jam 8.00mlm.
Masyarakat di Bandar Uda Utama dialu-alukan kehadiran ❤️
07/09/2023
DIARI PRK PARLIMEN PULAI P.161
Tarikh : 3 Sept 2023
Hari : Ahad
Bertempat : PDM PEKAKA, PERLING
Perjumpaan bersama Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan Menteri Pertahanan merangkap Timbalan Presiden Umno.
Persoalan & Pertanyaan yang selama ini yang terpendam dalam fikiran ahli Umno kawasan parlimen Pulai telah di olahkan dan penerangan kenapa BN bersama dengan Pakatan Harapan dan parti-parti yang lain untuk membentuk Kerajaan Perpaduan.
Dato’ Seri lah Individu bersama-sama Dato’ Seri Presiden yang menghadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong selepas PRU KE-15 yang lalu..
Insyaallah Dato’ Seri Barisan Nasional Bangkit !!!
04/09/2023
Perjumpaan bersama Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi merangkap Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah di PPR MELANA Johor Bahru.
Insyaallah Dato’ Seri Barisan Nasional bangkit di Parlimen Pulai bersama-sama dengan Kerajaan Perpaduan
29/08/2023
PAS, JANGAN BAWA KEMUNAFIKAN POLITIK DALAM ISU AGAMA
- Saya nak tanya mana perginya kump**an ulama dan pak lebai dalam parti Islam Pas bila sahabat mereka dalam PN, Gerakan beriya-iya bantah cadangan kerajaan Pemimpin UMNO mempersoalkan ke mana menghilangnya suara kepimpinan Pas ketika parti sekutu mereka dalam Perikatan Nasional (PN), Gerakan membantah pelaksanaan Modul Penghayatan 40 hadis Imam Nawawi untuk pelajar Islam.
- Bila parti bukan sekutu mereka (MCA) bantah, wahhh bukan main laju lagi pak lebai keluarkan kenyataan tak wajar orang bukan Islam buat bantahan kerana perasaan Islamfobia.
- Saya bukan nak pertahankan MCA yang bersama dalam BN sebab saya pun berpendirian parti itu tak perlu campur tangan isu modul berkenaan yang tak ada kaitan dengan pelajar bukan Islam.
- Cuma saya tak boleh terima sikap double standard dan perbuatan Pas yang setiap kali tunggang isu agama bila ada kepentingan politik.
- Kenapa Pas tak tarbiahkan sekali pemimpin dalam Gerakan seperti mana yang mereka duduk sembang selama ini nak menegakkan ajaran Islam kepada parti bukan Islam dalam PN?
- Bila benda yang berkaitan dengan pihak lawan terutamanya UMNO, Pas terus saja pantas hentam UMNO. Bila UMNO batalkan kerjasama dalam MN dengan Pas, terus Pas tuduh UMNO tolak penyatuan Melayu dan Islam. Bila bekerjasama dengan PH dalam Kerajaan Perpaduan, Pas terus serang UMNO kononnya akan jadi askar Gurkha kepada DAP.
- Pas hentam cukup-cukup UMNO sebab bersama dengan DAP dalam kerajaan. Kononnya UMNO tergamak bekerjasama dengan satu parti yang anti Islam dan Melayu.
- Padahal Gerakan pun apa kurangnya. Kadang-kadang Gerakan lebih ekstrim dalam beberapa isu babitkan Islam seperti tindakan Gerakan saman Pas Kelantan dalam isu hudud. Gerakan juga lantang membantah dengan pelaksanaan tulisan jawi pada buku-buku teks di semua sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT).
- Tapi kenapa Pas boleh p**a bersengkokol dengan Gerakan dalam PN yang terang-terang banyak kali menongkah arus babitkan isu Islam? Pas boleh p**a tutup sebelah mata dengan Gerakan sebab mereka berkawan. Jadi hukum hakam Islam yang dibawa Pas boleh memilih pihak mana yang betul dan salah ya?
- Janganlah bawa kemunafikan politik dalam isu agama semata-mata untuk kepentingan kuasa dan kedudukan.
DATUK NUR JAZLAN MOHAMED
AHLI MAJLIS KERJA TERTINGGI UMNO
KETUA UMNO BAHAGIAN PULAI
29/08/2023
Inilah bahananya kalau hanya tahu nak jadi pop**ar tanpa fikirkan implikasi masa depan.
Bagi cadangan dan idea memang senang. Lepas tu desak untuk luluskan usul tapi akhirnya tinggalkan orang muda terkontang kanting tanpa bimbingan.
Maka kebanyakan mereka hanya buat ikut s**a hati tanpa fikirkan impak untuk masa depan sendiri.
Bila orang tegur kamu kata dia merendah-rendahkan pemikiran orang muda. Tapi kamu tak lihat realiti sebenarnya.
29/08/2023
Insyaallah..Semoga kemenangan Kerajaan Perpaduan di PRK PARLIMEN PULAI..❤️💙
Terima Kasih yang tidak terhingga kepada Team Bahagian Kulai Umno Bahagian Kulai sudi menjadikan PDM UDA BESTARI PARLIMEN PULAI menjadi keluarga angkat untuk PRK kali ini.
Terima Kasih yang tidak terhingga kepada Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor Dato’ Mohd Jafni Md Shukor yang sudi hadir ke tempat kami maaf kerana banyak kekurangan..
28.8.2023
29/01/2023
Kenyataan Media
Pelantikan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor
29 Januari 2023
1. Pelantikan saya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor datang dengan tanggungjawab yang sangat berat.
2. Saya berterima kasih atas kepercayaan YAB Presiden terhadap saya.
3. Saya juga sangat menghargai sumbangan besar YB Datuk Hasni Mohammad terhadap UMNO Johor.
4. Peralihan kepimpinan ini dilakukan untuk saya meneruskan kerja-kerja baik yang telah beliau laksanakan insyallah.
5. Keutamaan saya ialah untuk memastikan perpaduan dan kesatuan UMNO Johor tetap terpelihara.
6. Bukan sesekali untuk menguatkan mana-mana kelompok dan kump**an, tetapi memulih, merawat dan membangunkan semula kekuatan UMNO.
7. Adat berpolitik, pasti ada badai dan geloranya. Terima lah ia sebagai pasang surut dalam perjuangan dan insyallah akan ada hikmah terpenting dari segalanya itu.
8. Saya menyeru semua pemimpin UMNO Johor bertaut kembali dan bermuafakat demi kelangsungan parti.
9. Insyallah, saya tidak akan menyisih dan meminggirkan sesiapa jua.
10. Semua bagi saya, adalah sahabat dan keluarga besar UMNO Johor yang akan dirai dan dihargai.
Dato Seri Mohamed Khaled Nordin
Naib Presiden UMNO
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Telephone
Website
Address
Bandar Uda Utama
Johor Bahru
81200

29/08/2023