06/05/2026
Mesyuarat Entrance Audit Pengurusan Kewangan Pejabat Tanah Daerah Muar ๐
Telah berlangsung Mesyuarat Entrance Audit Pengurusan Kewangan di Pejabat Tanah Daerah Muar pada 5 Mei 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Tanah Daerah Muar. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Yang Berusaha Encik Mohd Hisam bin Said, Pentadbir Tanah Daerah serta diwakili para Penolong Pentadbir Tanah dan turut dihadiri oleh Puan Noor Nabilah binti Masnawi, Penolong Ketua Audit Dalam (Negeri), Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor bagi membentangkan tujuan audit.
Sesi ini bertujuan memberikan penerangan menyeluruh kepada pihak auditi mengenai lapan kawalan utama dalam pengurusan kewangan. Taklimat ini penting bagi memastikan setiap prosedur yang dilaksanakan selaras dengan piawaian yang ditetapkan serta mematuhi peraturan kewangan yang sedang berkuat kuasa.
Adalah menjadi harapan agar proses audit ini dapat memperkukuh sistem kawalan dalaman serta mengenal pasti ruang penambahbaikan bagi mengekalkan kecemerlangan tadbir urus di Pejabat Tanah Daerah Muar.
06/05/2026
๐ด๐ฌ๐บ๐๐ผ๐จ๐น๐จ๐ป ๐ฌ๐ต๐ป๐น๐จ๐ต๐ช๐ฌ ๐จ๐ผ๐ซ๐ฐ๐ป ๐ท๐ฌ๐ต๐ฎ๐ผ๐น๐ผ๐บ๐จ๐ต ๐ฒ๐ฌ๐พ๐จ๐ต๐ฎ๐จ๐ต ๐ท๐ฌ๐ฑ๐จ๐ฉ๐จ๐ป ๐ซ๐จ๐ฌ๐น๐จ๐ฏ ๐ฉ๐จ๐ป๐ผ ๐ท๐จ๐ฏ๐จ๐ป ๐
Telah berlangsung Mesyuarat Entrance Audit Pengurusan Kewangan bertempat di Pejabat Daerah Batu Pahat pada 5 mei 2026 bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Batu Pahat. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Mohammad Irfan Akmal bin Mohammad Ghazali, Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Fizikal) dan turut dihadiri oleh Encik Muhammad Iskandar Zulkarnain bin Shamsul Bahar, Penolong Ketua Audit Dalam (BBN/PBT), Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor bagi membentangkan tujuan audit.
Sesi ini bertujuan memberikan penerangan menyeluruh kepada pihak auditi mengenai lapan kawalan utama dalam pengurusan kewangan. Taklimat ini penting bagi memastikan setiap prosedur yang dilaksanakan selaras dengan piawaian yang ditetapkan serta mematuhi peraturan kewangan yang sedang berkuat kuasa.
Adalah menjadi harapan agar proses audit ini dapat memperkukuh sistem kawalan dalaman serta mengenal pasti ruang penambahbaikan bagi mengekalkan kecemerlangan tadbir urus di Pejabat Daerah Batu Pahat.
06/05/2026
Assalamualaikum WBT & Salam Maju Johor ๐ฅ๐ฆ
๐บ๐ฌ๐ณ๐จ๐ด๐จ๐ป ๐ซ๐จ๐ป๐จ๐ต๐ฎ ๐ซ๐จ๐ต ๐บ๐ฌ๐ณ๐จ๐ด๐จ๐ป ๐ฉ๐ฌ๐น๐ป๐ผ๐ฎ๐จ๐บ
Pihak Unit Audit Dalam merakamkan ucapan tahniah dan selamat datang kepada warga baharu yang menyertai pasukan kami. Semoga kehadiran anda dapat memperkukuh kapasiti organisasi serta menyumbang kepada pelaksanaan tadbir urus yang lebih berkesan, telus dan berakauntabiliti di Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor.
16/04/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐' ๐๐. ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
Setinggi-tinggi kesyukuran dan tahniah diucapkan sempena sambutan ulang tahun kelahiran dan selamat bersara kepada Yang Berhormat Tan Sri Datoโ Dr. Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor ke-24.
Sepanjang 34 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam Negeri Johor, beliau bukan sekadar seorang pentadbir, malah merupakan nakhoda yang telah membawa transformasi besar kepada tadbir urus dan kemajuan Bangsa Johor. Kepimpinan beliau yang berteraskan integriti dan visi yang tajam akan terus menjadi penanda aras buat seluruh warga perkhidmatan awam.
Mewakili seluruh penjawat awam Negeri Johor, kami mendoakan agar YB Tan Sri terus cemerlang menabur bakti demi nusa dan bangsa.
Terima kasih atas segala pengorbanan, nasihat, dan jasa yang tidak terhitung nilainya. Semoga YB Tan Sri sekeluarga sentiasa berada dalam perlindungan dan rahmat Allah SWT.
ยฉ๏ธ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐ฃ๐๐๐๐๐๐ง ๐ฆ๐๐ง๐๐๐จ๐ฆ๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐๐๐๐ก ๐๐ข๐๐ข๐ฅ
13/04/2026
ENTRANCE PENGAUDITAN PRESTASI INSENTIF KHEMAH USAHAWAN MIKRO NEGERI JOHOR PERBADANAN USAHAWAN JOHOR BERHAD
๐ISNIN | 13 APRIL 2026
Unit Audit dalam, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor meneruskan perancangan Audit Tahunan 2026 dengan melaksanakan Pengauditan Prestasi bagi Insentif Khemah Usahawan Mikro Negeri Johor Perbadanan Usahawan Johor Berhad. Pengauditan ini dilaksanakan bertujuan untuk menilai keberkesanan, kecekapan, serta impak pelaksanaan insentif yang telah diberikan kepada usahawan mikro di seluruh negeri Johor. Selain itu, ia memastikan setiap tadbir urus mematuhi piawaian yang ditetapkan demi manfaat kelestarian usahawan.
Mesyuarat Entrance ini dipengerusikan oleh Tuan Haji Muhammad Shahril Azizi bin Abd. Gapar, Ketua Unit, Unit Audit Dalam, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor. Turut hadir bersama dalam sesi ini ialah Encik Muhammad Yusof bin Md. Esa, Pengurus Besar Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd (PUJB) serta barisan pegawai terlibat.
Komitmen Unit Audit Dalam adalah untuk memastikan setiap inisiatif Kerajaan Negeri sampai kepada kumpulan sasar mengikut standard piawaian dan prinsip ketelusan yang ditetapkan.
11/04/2026
INFAQ JUMAAT JOHOR, MENYEMAI NILAI MEMBERI DALAM JIWA BANGSA JOHOR - MEDIA DIGITAL JOHOR
ย ย Oleh: Muhammad Imran Mohd Razib Pegawai Penerangan Media Digital Johor ย ย 1. Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima. Nilai memberi dan berkongsi tidak seharusnya pudar, sebaliknya ia perlu terus dipupuk agar menjadi asas kepada pembentukan masyarakat yang lebih penyaya...
08/04/2026
SELAMAT ULANG TAHUN KEPUTERAAN YAM TUNKU TUN AMINAH BINTI SULTAN IBRAHIM ๐ธ
YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim diputerakan pada 8 April 1986 di Johor Bahru.
Merupakan anakanda kedua dan puteri tunggal KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.
YAM Tunku Tun Aminah telah dianugerahkan gelaran โTunโ oleh Sultan Ibrahim pada 22 November 2012.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
01/04/2026
Iklan Jawatan Kosong di Unit Audit Dalam.
Permohonan adalah dipelawa daripada rakyat Negeri Johor Darul Ta'zim atau Warganegara Malaysia untuk mengisi kekosongan jawatan secara Contract of Service.
22/03/2026
DAULAT TUANKU
Mengadap
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN IBRAHIM SULTAN YANG DIPERTUAN BAGI NEGERI DAN JAJAHAN TAKLUK JOHOR DARUL TA'ZIM YANG DI-PERTUAN AGONG
Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor Pada 23 Mac 2026 Bersamaan 3 Syawal 1447 Hijrah
Dengan Segala Hormat Takzimnya Yang Berdatang Sembah:
Ketua Unit Audit Dalam
Serta warga kerja Unit Audit Dalam, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor