Laman Rasmi Pejabat Kadi Daerah Johor Bahru

Call Directions Contact the organization

Laman Rasmi Pejabat Kadi Daerah Johor Bahru " Islam Sebagai Cara Hidup "

15/09/2026

PERMOHONAN SKIM BANTUAN PENDAFTARAN IPT DALAM NEGARA 2026 KINI DIBUKA!

Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) membuka permohonan Skim Bantuan Pendaftaran Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Dalam Negara Tahun 2026 – Semester Pertama kepada pelajar yang memenuhi syarat kelayakan.

Kadar bantuan:

Anak Asnaf – RM500 (Sijil/Asasi/Matrikulasi), RM1,000 (Diploma) dan RM1,500 (Ijazah Sarjana Muda)
Pelajar KUIJSI – RM1,000
Kategori Umum – RM500

Tempoh permohonan:
15 September hingga 15 Oktober 2026

Antara syarat utama ialah pemohon beragama Islam, anak kelahiran Johor dan menetap di Negeri Johor, telah menerima surat tawaran ke IPT tempatan serta mendaftar bagi semester pertama sahaja.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui portal ePayment MAINJ seperti yang tertera pada poster atau dengan mengimbas kod QR.

Jangan lepaskan peluang ini. Mohon dalam tempoh yang ditetapkan dan kongsikan maklumat ini kepada mereka yang memerlukan.

10/09/2026

[ENGLISH VERSION]
CHECKLIST FOR APPLICATION TO MARRY A FOREIGN NATIONAL ABROAD**

Planning to get married to a foreign national abroad? 💍

Make sure you understand and prepare all the required documents and requirements before submitting your application to ensure a smooth process.

📌 CHECKLIST LEGEND:
⬜ Grey Box – Malaysian Citizens
🟨 Yellow Box – Non-Malaysian Citizens

✅ Check all required documents
✅ Ensure all information is complete and accurate
✅ Prepare the necessary supporting documents

📲 Visit the official website of the Johor Islamic Religious Department (JAINJ) to obtain further information and download the relevant forms.

📢 Plan ahead, prepare your documents and ensure that your marriage application complies with the applicable requirements.

Syariah Law Division
Johor Islamic Religious Department (JAINJ)

10/09/2026

TALAK BUKAN PERKARA YANG BOLEH DIPANDANG RINGAN.

Jika rumah tangga sudah sampai ke tahap perceraian, tahukah anda bahawa terdapat prosedur yang perlu dipatuhi?

Talak hendaklah dilafazkan di Mahkamah Syariah dengan kebenaran Mahkamah.

⚠️ Jika talak telah dilafazkan di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah, ia perlu dilaporkan kepada Mahkamah dalam tempoh tujuh (7) hari bagi mendapatkan pengesahan lafaz cerai.

Jangan bertindak terburu-buru. Fahami prosedur, dapatkan nasihat dan pastikan setiap tindakan dibuat mengikut ketetapan undang-undang Syariah.

lihat poster ini untuk fahami prosedur perceraian (talak).

01/09/2026
01/09/2026
31/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69

31 Ogos 2026 | Jiwa Merdeka

Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi merupakan sebuah amanah untuk kita pelihara bersama. Nikmat keamanan yang dikecapi hari ini memberi ruang untuk kita menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta selaras dengan tuntutan Maqasid Syariah demi kemaslahatan dan kesejahteraan seluruh masyarakat.

Marilah kita menghayati erti kemerdekaan dengan penuh kesyukuran, menghargai pengorbanan generasi terdahulu serta menyemai rasa cinta kepada tanah air dalam diri dan keluarga.

Kerana jiwa yang merdeka bukan hanya bebas pada zahirnya, tetapi bebas daripada perpecahan, kebencian dan perkara yang merosakkan nilai kemanusiaan.

Semoga Malaysia terus dikurniakan keamanan, keberkatan dan kesejahteraan, dan kita semua terus memainkan peranan memelihara nikmat kemerdekaan sebagai amanah untuk generasi yang akan datang.

Ikhlas daripada
Pengarah
dan Warga Kerja
Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ)

26/08/2026

KENALI LAFAZ TALAK (CERAI)

Talak merupakan suatu perkara yang serius dan tidak boleh dipandang ringan. Oleh itu, penting untuk kita memahami perbezaan antara lafaz sarih dan lafaz kinayah dalam perceraian.

Lafaz Sarih
Lafaz yang jelas menunjukkan maksud talak atau cerai. Talak boleh jatuh walaupun tanpa niat.

📌 Contoh:
“Aku ceraikan kau dengan talak satu atau dua atau tiga.”

Lafaz Kinayah (Sindiran)
Lafaz yang tidak jelas secara langsung menunjukkan perceraian dan boleh membawa maksud lain. Talak tidak akan jatuh melainkan dengan niat talak atau cerai.

📌 Contoh:
“Pergilah ke rumah ibu bapa engkau.”
“Baliklah kau ke rumah keluarga kau.”

Jom Ambil Tahu! Ketahui perbezaan lafaz talak dan jangan sesekali memandang ringan perkataan yang melibatkan ikatan perkahwinan.

25/08/2026

*SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN*

Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan selamat ulang tahun kelahiran kepada

*Yang Berhormat Dato’ Mohammed Ridha bin Dato’ Abd Kadir*
*Setiausaha Kerajaan Johor*

Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan, kesejahteraan, keberkatan usia serta dipermudahkan segala urusan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab kepada Negeri Johor.

Ikhlas daripada
Pengarah
& Warga Kerja
Jabatan Agama Islam Negeri Johor

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐔𝐋𝐈𝐃𝐔𝐑 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐑𝐔 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟏𝟒𝟒𝟖𝐇 / 𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌"Setiap yang merestukan kelahirannya, mer...
25/08/2026

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐔𝐋𝐈𝐃𝐔𝐑 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐑𝐔 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟏𝟒𝟒𝟖𝐇 / 𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌

"Setiap yang merestukan kelahirannya, merasa nyaman seperti udara berhempus diembun pagi menunggu datangnya sang suria.

Kemarau Hilang dan bumi subur semula laksana memakai kain Sundus
Menghijau rata.

Buah-buahan menjadi ranum, menunggu petikan tuan yang empunya.

Timur Dan barat
Ikan dilaut
Binatang di darat
Sama gembira.
Alam seluruhnya ria."
Barzanji.

Majlis Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. Peringkat Daerah Johor Bahru bagi tahun 1448H/2026M (25 Ogos 2026Selasa) telah berlangsung pagi tadi dengan jayanya bertempat di Masjid Tun Hussein Onn Larkin, Mukim Bandar, Johor Bahru.

Yang Amat Mulia Tunku Abu Bakar Al-Haj ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor telah berkenan berangkat ke majlis sambutan dan mengetuai perarakan bermula tepat jam 7.30 pagi.

Sebanyak 45 kontinjen terdiri dari pelbagai jabatan, sekolah dan badan berkanun.

‘Maju Johor Dihayati, Ummah Diberkati’.

Harumkan Ya Allah
Maqam Junjungan Yang Mulia

Dengan kata ucapan Selawat dan selamat sejahtera

الله صل وسلم وبارك عليه

Jabatan Agama Islam Negeri Johor
Masjid Tun Hussein Onn, Kampung Dato' Onn Jaafar, Johor Bahru
Pejabat Daerah Johor Bahru

Address

Johor Bahru
80990

Opening Hours

Monday 08:30 - 16:00
Tuesday 08:30 - 16:00
Wednesday 08:30 - 16:00
Thursday 08:30 - 16:00
Friday 08:30 - 12:00
14:45 - 16:00

Telephone

+6072076443

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Laman Rasmi Pejabat Kadi Daerah Johor Bahru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Laman Rasmi Pejabat Kadi Daerah Johor Bahru:

Shortcuts

Share